Petisyen UMNO/BN Gagal Buktikan Calon PAS Langgar Akta


Setiu – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang terus mewakili Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang apabila mahkamah mengekalkan kemenangan PAS di kedua-dua kawasan tersebut

Hakim Mahkamah Pilihanraya Datuk Kang Hwee Gee menerima bantahan awal (preliminary objection) yang dibuat oleh responden (calon PAS) diatas ketidaksempurnaan petisyen yang dibuat oleh calon UMNO/BN, Dato’ Ahmad Ramzi Zubir, sekaligus menolak petisyen tersebut dengan kos. (Gambar - Imbas kembali Tok Guru membuang undi dalam PRU 12 lalu)

”Hari ini keputusan diatas bantahan kita (PAS) keatas ketidaksempurnaan petisyen yang dibuat oleh UMNO didalam dua kes Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang,
“oleh kerana Rhu Rendang dalam Parlimen Marang maka kes itu disekalikan pendengarannya,”kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato Wan Mutalib Embong ketika ditemui selepas menghadiri program Retreat anjuran Badan Perhubungan PAS di Merang, dekat sini semalam.

”Intipati petisyennya adalah atas dua isu, yang pertama tuduhan terhadap responden samada oleh dirinya sendiri atau wakilnya atau orang-orang yang direstui oleh beliau, melakukan perbuatan-perbuatan yang melampaui peruntukan-peruntukan yang dibenarkan oleh akta kesalahan pilihanraya dibawah syeksen 32(a),
”yang kedua dibawah 32(c) perbuatan rasuah pilihanraya, termasuk menghalang atau melakukakn perbuatan yang bercanggah dengan kesusilaan perjalanan pilihanraya,”ujar Wan Mutalib (Gambar kiri).

Menurut beliau petisyen bagi DUN Rhu Rendang, calon UMNO/BN telah menuduh responden melalui petugas, agen-agen dan orang-orang dengan direstuinya termasuk anak responden sendiri iaitu Mohd Khalil Abdul Hadi telah menahan bas dan merampas kad pengenalan pengundi-pengundi dari luar yang datang untuk mengundi menyebabkan berlakunya rusuhan di Rhusila.

Menurutnya lagi, dalam tuduhan kedua dan ketiga, pempetisyen menuduh penyokong-penyokong PAS yang dikenali melalui lambang baju, jaket yang ada bulan, tetapi tidak kenal individu itu, telah menghalang pengundi-pengundi daripada membuang undi di hadapan hadapan markaz PAS Seberang Marang dan di hadapan Sekolah Menengah Marang.

Manakala petisyen yang dibuat ke atas Parlimen Marang, Wan Mutalib mengatakan, calon UMNO/BN turut menuduh responden menghalang pengundi dari membuang undi dan membelasah pengundi di Sekolah Menengah Bukit Sawa.

”Dua anak beranak dan tiga individu yang datang untuk mengundi di Sekolah Menengah Bukit Sawa dikatakan dihalang dan dibelasah oleh petugas-petugas PAS dan petugas yang dianggap agen kepada calon Parlimen,
’kesesemuanya itu adalah tuduhan yang dibuat oleh calon UMNO/BN berkait dengan perbuatan salah laku yang dikatakan dilakukan oleh agen kepada calon PAS, iaitu Presiden,”terang beliau.

Namun begitu, dalam penghujahan yang dikemukakan, menurut beliau, untuk menjadikan seseorang itu adalah agen kepada calon tertakluk dibawah peruntukan undang-undang khas syeksen 12 akta kesalahan pilihanraya.

”Untuk membolehkan sesuatu petisyen itu sabit, hujah kita (PAS) mestilah orang yang dituduh dan ditohmah sebagai agen itu dapat dibuktikan melalui pelantikan,
“(namun) orang yang dituduh (oleh calon UMNO/BN) bertindak menghalang dan dituduh (melakukan perbuatan melanggar undang-undang) tidak dapat dibuktikan bertindak untuk calon PAS,”jelas beliau.

Dalam keputusannya di mahkamah petang semalam, Hakim Datuk Kang Hwee Gee ketika membacakan keputusan berkata pempetisyen gagal menyediakan bukti berhubung salah laku penyokong Pas di Parlimen tersebut pada pilihan raya umum, 8 Mac lalu.

Beliau berkata bahawa pempetisyen juga gagal menyatakan bukti berhubung ancaman terhadap pengundi pada hari tersebut memandangkan sejumlah 86.2 peratus pengundi yang keluar mengundi.

Katanya, hujah berhubung Mohd Khalil anak lelaki kepada responden pertama dan penyokongnya yang memakai jaket Pas ketika kejadian tersebut tidak memadai bahawa perbuatan tersebut dilakukan dalam pengetahuan atau agennya.

Pempetisyen juga gagal menyediakan fakta bahawa individu tersebut adalah agen kepada responden pertama sedangkan sebelum dia dikatakan sebagai agen calon.

Selain itu, mahkamah mendapati PAS mengemukakan bukti mencukupi untuk menolak petisyen yang difailkan calon BN itu.

Ulasan