Majlis Perasmian FEI-WEC Berakhir Dengan 'Konsert Liar'

Kuala Nerus – Sebaik sahaja Yang DiPertuan Agong Agong meninggalkan majlis, Perasmian FEI-WEC 2008 di Stadium Sultan Mizan dekat sini lewat malam semalam bertukar menjadi 'konsert liar'.

Sekitar jam 11 malam, selepas pertunjukkan bunga api dan pengacara majlis mengumumkan keberangkatan pulang Yang DiPertuan Agong dan Permaisuri, diikuti Perdana Menteri (OOppppsss) Dato' Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Terengganu, Dato Ahmad Said keluar dari majlis.

Konsert kemudiannya disambung dengan persembahan penyanyi Saleem dan anak-anak muda mula meluru turun menuju kehadapan pentas.(Gambar kanan - M.Nasir bergelek atas pentas)

Persembahan perasmian FEI-WEC 2008 yang agak sopan dengan lagu puisi dan berentak perlahan sewaktu kehadiran Tuanku Sultan, bertukar menjadi liar ala ‘woodstock’.

Beberapa artis lain yang turut mempersembahkan ‘hidangan panas’ menyebabkan dalam sekelip mata bahagian hadapan pentas dipenuhi dengan muda mudi yang bercampur baur lelaki dan perempuan.

Umpama anak-anak yang ‘tiada ibu bapa dan penjaga’ di rumah, muda-mudi mula bebas melakukan aksi-aksi sebagaimana yang biasa dilihat dalam konsert ‘budaya kuning’ (gambar bawah/kiri - anak muda lelakitanpa segan silu berjoget).

Ramai anak muda lelaki yang berebut-rebut bersalaman dengan penyanyi wanita diatas pentas yang sengaja menghulurkan tangan, meniru ‘style’ artis Barat.

Tanpa segan silu, di atas ‘trek bitumen’ acara olahraga, anak-anak muda lelaki yang bergelek dan yang perempuan ‘bergedik-gedik’ menari, apabila detak jantung mereka bertambah laju mendengar rentak muzik yang semakin deras.

Sehinggakan mereka tidak sedar bahawa waktu telah melewati jam 12.00 tengah malam, bila penyanyi Mila ‘terloncat-loncat’ berdendang di atas pentas.

Tepat jam 12.30 tengah malam, pengacara mengumumkan Jamal Abdillah, Mawi dan Ramli Sarip akan muncul lagi, setelah M.Nasir yang berumur 50-an bergelek didepan anak-anak muda yang sebaya dengan anak-anaknya sendiri. (Gambar bawah/kanan - anak muda perempuan bergedik-gedik)

Mereka yang hanyut seolah-olah mahu berhibur hingga waktu subuh tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman pembatalan kemunculan artis berkenaan dan konsert dihentikan.

Bukan kerana para artis tidak mahu menghiburkan mereka dan bukan juga mereka tidak bersedia untuk terus bertepuk tangan, bergedik dan berjoget.

Ia dihentikan hanya kerana para pekerja stadium telah habis tugas dan mahu pulang kerumah masing-masing serta stadium akan ditutup!

Kerajaan negeri dibawah Barisan Nasional sepatutnya bertanggungjawab menghentikan sebarang persembahan apabila telah selesai majlis perasmian pada jam 11 malam.

Namun mungkin Ustaz Khazan, Exco Ugama Negeri tidak ada untuk menentukan konsert selepas itu samada ‘haram atau halal’ dengan keadaan yang bercampur baur dan anak-anak muda lelaki perempuan, bergedik dan berjoget!!!!Ada dua kejohanan taraf dunia yang dianjurkan oleh kerajaan Terengganu iaitu kejohanan Kuda Lasak Dunia (FEI-WEC) dan Kejohanan Perahu Layar Piala Monsun (Monsoon Cup).


Apa Beza FEI-WEC Deangan Monsoon Cup

Sejarah FEI-WEC bermula pada bulan Ogos 2005, dimana empat orang pimpinan kerajaan negeri Terengganu telah pergi ke Compiegne, Peranchis untuk membantu melobi penganjuran Kejohanan Kuda Lasak Dunia sejauh 160km (World Endurance Championship - WEC) yang dianjurkan oleh Persesekutuan Equesterian Antarabangsa (Federation Equestere Internationale - FEI) World Endurance Championship (WEC).

Pemergian empat orangtermasuk Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh, adalah untuk membantu Sultan Mizan merealisasikan hasratnya bagi mendapatkan hak penganjuran kehohanan tersebut bagi sesi 2008.

Kesungguhan Sultan Mizan untuk menganjurkan sukan berkuda tiu akhirnya mendapat jawapan dimana pada Lembaga FEI yang bersidang pada 18 Disember 2005 di Switzerland telah memberikan perakuan dan meluluskan permohonan Yayasan DiRaja Sultan Mizan untuk menjadi penganjur FEI WEC.

Kemudian bagi memastikan penganjuran FEI-WEC berjaya sebuah Jawatankuasa Agung FEI-World Endurance Championship 2008 telah ditubuhkan yang dipengerusikan sendiri oleh Sultan Mizan, selaku Pengerusi Yayasan DiRaja Sultan Mizan.

Ahli-ahli Jawatankuasa Agung ini terdiri daripada Y.A.B. Menteri Besar Terengganu, Y.B. Menteri-Menteri Berkaitan, Y.B. Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, wakil dari persatuan dan pertubuhan yang berkaitan serta wakil dari Yayasan DiRaja Sultan Mizan.

Urusan menganjur FEI-WEC 2008 berterusan dari tahun 2005, sehinggalah bulan ini, dimana ia akan dilangsungkan pada 6 hingga 9hb November 2008.

Banyak pegawai dan kakitangan yang terlibat serta pembiayaan kewangan yang diperlukan bagi penganjuran FEI-WEC.

Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan telah memberi sumbangan sebanyak RM10 juta pada tahun 2006, RM10 juta pada tahun 2007 dan ditambah lagi sebanyak RM 15 juta pada tahun 2008 bagi membiayai sebahagian daripada kos mengendalikan kejohanan tersebut.

Kerajaan Negeri Terengganu telah menampung kos pembinaan infrastruktur Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu yang berjumlah RM 34 juta.

Kerja-kerja pembinaan infrastruktur berkaitan telah bermula dan sebahagian besar siap pada tahun 2006 manakala baki pembinaannya disiapkan pada tahun 2007.

Sehingga hari ini, sebanyak 34 negara disahkan akan bertanding dalam dalam FEI-WEC 2008 dengan penyertaan 148 orang penunggang dan 148 ekor kuda.

Setiap kuda yang menyertai Kejohanan FEI-WEC diwajibkan membayar yuran penyertaan sebanyak Euro 400 (RM1798.90), selain mereka perlu membawa peralatan dan kumpulan pengurusan sendiri.

Hadiah kejohanan yang ditawarkan bagi semua kategori adalah USD 200,000.00 dengan segala perbelanjaan pengangkutan, makanan dan tempat tinggal bagi kuda, penunggangnya serta krew, ditanggung oleh pihak penganjur.

Dari segi pertandingannya, setiap pasukan akan berlepas dan bergerak sejauh 160km, samada ada berlari atau berjalan tanpa henti kecuali untuk pemeriksaan kuda dan penunggangnya.

Pasukan yang paling awal sampai ke garisan penamat setelah mengharungi perjalanan sejauh 160km, akan diisytiharkan sebagai pemenang.

Manakala asal Kejohanan Perahu Layar Monsoon Cup difahamkan datang dari ‘kepala’ Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, namun kemudiannya perlaksanaannya diserahkan kepada kroni yang digelar oleh Tun Mahatir sebagai Patrick Badawi.

Tidak seperti FEI-WEC, paten kejohanan kuda lasak itu telah sedia ada, Monsoon Cup belum ada dan semuanya digerakkan oleh Patrick yang menjadi 'mastermind' dibelakang tabir.

Patrick telah pergi ke Australia bertemu dengan Peter Gilmour, seorang jaguh sukan lumba kapal layar dan bermulalah 'satu rekaan baru' bagi lumba perahu layar yang dinamakan sebagai Monsoon Cup.

Untuk membolehkan Monsoon Cup direalisasikan, Patrick dengan kuasa yang diberi oleh Perdana Menteri memilih dua lagi kroni bagi pihak kerajaan iaitu Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh dan Exco Infrastruktur, Dato’ Wan Hisham Wan Salleh menjadi ‘partner’.

Justeru sebuah tempat perlumbaan mesti dibina dengan segala kemudahannya, maka telah dipilih Pulau Duyong sebagai tempat kejohanan tanpa satu infrastruktur yang ada.

Untuk mencapai hasrat Abdullah, rakyat Pulau Duyong yang duduk ditapak kejohanan Monsoon Cup telah dihambat keluar dan sebanyak RM200 juta dibelanjakan bagi membina Herirage Bay Club (HBC) serta kemudahannya dibina serta merta.

Yang hairannya, idea yang lahir dari Malaysia untuk menganjurkan Monsoon Cup ini telah dibawa kepada World Match Tour, sebuah badan yang dikatakan menganjurkan siri perlumbaan pelayaran professional dunia.

Sepatutnya, kerana ia adalah idea Malaysia, World Match Tour terikat dengan segala cadangan dan keputusan Malaysia, namun sebaliknya berlaku, kerajaan melalui penganjur yang dilantik iaitu T-Best Event Sdn Bhd pula yang terpaksa mengikat janji dengan World Match Tour.

Selain kos pembinaan infrastruktur Heritage Bay Club sebanyak RM200 juta, berjuta-juta ringgit lagi 'wang royalti minyak' dihumbankan ke muaras sungai, dibelanjakan untuk mendalamkan muara sungai Terenggan, ditambah dengan perbelanjaan pembinaan pemecah ombak (Break-Water) yang bernilai lebih setengah billion.

Selain penganjuran sukan kapal layar yang pelik, kerana hanya berlumba dalam ‘basin’ atau pun kolam, perbelanjaan bertambah dengan kerajaan negeri/pusat terpaksa memberikan RM20 juta setahun kepada T-Best Event Sdn Bhd untuk menganjurkan kejohanan itu.

Daripada jumlah hadiah sebanyak RM250,000 pada tahun 2005, Monsoon Cup menambah ganjaran sehingga kepada RM 1 juta pada tahun 2008.

Monsoon Cup yang diuar-uarkan sangat hebat dan bertaraf dunia, namun pada tahun ini hanya 12 pasukan sahaja yang mengambil bahagian, berbanding dengan kejohanan kuda lasak FEI-WEC yang disertai oleh 33 buah Negara dengan 148 peserta.

Sehingga kini, tiada siapa yang benar-benar faham bagaimanakah kejohanan perahu layar Monsoon Cup dijalankan.

Begitu banyak perbezaan yang ketara antara dua kejohanan bertaraf dunia yang dianjurkan di negeri Terengganu itu.

Perbezaan yang nyata antara FEI-WEC dan Monsoon Cup dilihat dari cita-cita sorang pendokong dan ahli sukan kuda lasak, Sultan Mizan Zainal Abidin sendiri yang turut menyertai acara sukan itu.

Manakala samada Abdullah Ahmad Badawi, Idris Jusoh dan Wan Hisham adalah ahli politik dan bukan ahli sukan kapal layar, begitu Patrick Lim yang terkenal sebagai seorang peniaga yang mengutamakan keuntungan.

Dan yang paling jelas antara dua kejohanan itu pada tahun 2008, walaupun kedua-dua sejarah penganjurannya melibatkan Idris Jusoh, namun kini Idris tidak lagi memahat sejarah tetapi sudah menjadi sejarah !

Rupa-rupanya Kerajaan Terengganu Bayar Peserta…..?!

Kuala Terengganu – Pelbagai acara yang dianjurkan Kerajaan negeri dikatakan dapat sambutan ramai dari para peserta yang terbabit aktiviti pelancongan, sebenarnya adalah peserta yang dibayar.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato Za'abar Mohd Adib, terpaksa mendedahkan perkara tersebut kerana mahu mengurangkan beban perbelanjaan untuk tahun depan.

Beliau berkata kerajaan akan memastikan peserta terutama dari luar negara ini yang bercadang menyertai aktiviti tahun depan dilakukan secara sukarela.

Langkah itu diambil selepas kajian mendapati kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang agak besar membayar peserta menyertai beberapa acara sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) tahun ini sebagaimana di laporkan Berita Harian.

Beliau berkata ada peserta yang menyertai aktiviti diadakan sempena TMT dibayar segala-galanya termasuk perbelanjaan makan minum, penginapan dan pengangkutan, selain memperoleh hadiah wang tunai sepenuhnya jika mereka memenangi pertandingan dianjurkan.

Ulasan