17 Disember 2008

AMK, DPPNT Lapor Kes Balak Haram Kepada Polis, BPR Hari ini


Kuala Terengganu – Ekoran pendedahan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said sebagaimana yang didedahkan media, Angkatan Muda Keadilan dan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu masing-masing bersepakat akan mengemukakan laporan kepada pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap kemungkaran tersebut.


Ketua AMK Terengganu Fariz Musa yang ditemui kelmarin berkata pihaknya akan bersama-sama Dewan Pemuda PAS membuat laporan tersebut dibalai polis Kuala Terengganu dan kemudiannya akan mengiringi pimpinan DPPNT memfailkan laporan kepada BPR pula.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru semua angkatan muda dan pemuda-pemuda Islam untuk bersama-sama menyertai rombongan tersebut bagi memberikan sokongan moral serta solidariti Pakatan Rakyat menjelang Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu yang akan berlangsung Januari depan.

Setiuasaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Wan Sukairi Abdullah ketika dihubungi petang kelmarin mengesahkan pihaknya akan membuat laporan tersebut,

Menurutnya, teknikal laporan telah diselesaikan oleh Setiusaha Kerja DPPNT, Ustaz Nasir dan InsyaAllah laporan terhadap kemungkaran mencuri harta rakyat tersebut akan dbuat.

Justeru beliau menuntut kepada semua pemuda Islam yang cintakan amal ma’aruf nahi mungkar untuk turut sama memberikan sokongan.

“Laporan tersebut akan dibuat sekitar jam 1.00 tengahhari di balai polis Kuala Terengganu sebelum mereka bergerak ke pejabat BPR untuk membuat laporan yang sama”,kata Fariz Musa

Menjunjung Kasih Titah Agong; Fokus Tangani Covid-19

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ...