Lompat Dari UMNO Kepada PAS Adalah Tindakan Bermaruah


Marang - Agenda konspirasi ‘lompat’ parti, 'meculik' dan 'membeli' wakil rakyat telah diamalkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) sejak lebih 40 tahun yang lalu.


Negeri Terengganu adalah negeri yang pertama terlibat dengan permainan ‘kotor’ UMNO dan BN menculik dan membeli wakil rakyat sebagaimana yang berlaku di negeri Perak baru-baru ini.

Pada tahun 1961, kerajaan PAS Terengganu telah tumbang akibat permainan politik tidak bermaruah tersebut namun sedikit berbeza dengan apa yang dilakukan di Perak.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengatakan pimpinan UMNO dahulu lebih bermaruah kerana walaupun ‘menculik’ dan ‘membeli’ wakil rakyat, namun mereka lebih ‘jantan’ kerana menjatuhkan kerajaan Terengganu (1961) dengan membawa usul undi tidak percaya kedalam Dewan Undangan Negeri.

Sebaliknya kerajaan Perak telah dijatuhkan secara rampasan kuasa kerana Pengerusi Perhubungan Perak, Dato' Seri Najib Razak tidak mengikut lunas undang-undang menurut perlembagaan negeri Perak dan Malaysia.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali, apabila ditanya tentang isu ‘lompat melompat’ berkata tindakan melompat adalah sesuatu yang tidak bermaruah sekiranya yang melompat itu dibeli atau disogok.

“Yang lari (lompat) kerana kena (di) beli umpamanya, kena sogok dan sebagainya itu tidak betul dan tidak bermaruah,”katanya selepas Majlis ceramah di Rusila, baru-baru ini.


Sebaliknya, kata beliau, keluar dari UMNO dan menyertai PAS adalah satu keadaan yang berbeza kerana UMNO adalah parti tidak memperjuangkan Islam.

“Jika ada orang dan tidak kira siapa mereka itu sama ada orang biasa atau ahli UMNO atau pemimpin UMNO yang hendak masuk PAS menjadi kewajipan kita menerimanya, sebab, dia lari dari perjuangan yang tidak betul kepada perjuangan yang betul (Islam),”tegasnya.

Namun menurutnya orang yang ‘lompat’ keluar itu mestilah dengan penuh kerelaan dan bukan kerana di beli.

Umumnya, menurut beliau, tindakan berpindah dari satu parti ke satu parti adalah tidak wajar dan memang tidak di persetujui oleh PAS.

Malah katanya sekiranya ada orang PAS yang hendak masuk UMNO, PAS tidak boleh bersetuju kerana perjuangan UMNO itu tidak betul.

“Ini (adalah) antara perjuangan yang benar dengan perjuangan yang tidak benar”tambah beliau.

Mengulas isu yang berlaku di negeri Perak, beliau berkata ia adalah jelas, ada sesuatu ada sesuatu yang tidak betul telah berlaku.

“Ada perkara-perkara yang ‘berselindung’ (dalam kes Perak) dan saya tidak mahu sebut lagi buat masa ni,

“sehingga keadaan yang lebih sesuai dan orang ini (Adun Lompat) tidak akan masuk (BN) dengan sukarela melainkan dijanjikan sesuatu yang menyebabkan mereka bertindak demikian,”katanya

Ulasan