Speaker DUN Perak - BN Dijangka Sekali Lagi Guna Pendekatan Tidak Mengikut Undang-undang


Dengan tidak memaklumkan lebih lanjut apakah pendekatan yang akan digunakan, Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri Perak ada pendekatan tersendiri bagi menggantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Beliau yang berkata Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Hutan Kita-Kiara di Taman Bukit Kiara di sini hari ini.

Kenyataan Perdana Menteri itu menimbulkan satu persoalan adakah BN sekali lagi menggunakan pendekatan diluar undang-undang ?

Speaker masih dalam tangan Pakatan Rakyat


Sesuatu yang pelik, tapi benar ! Speaker DUN Perak masih dalam tangan Pakatan Rakyat, sebab itu kerajaan minoriti Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Menteri Besar palsu, belum melantik Speaker.

Bukan kerana tidak mempunyai calon, atau Dr. Zambry tidak faham, tetapi tiada peruntukan dalam undang-undang tubuh negeri Perak untuk melantik Speaker !(Gambar - kiri, Sivakumar mengangkat sumpah sebagai Speaker DUN Perak, kanan, Nizar bersalaman mengucapkan tahniah )

“Oleh itu, Speaker DUN Perak kekal dengan ADUN Tronoh, V. Sivakumardari parti DAP,” kata Speaker DUN Selangor Teng Chang Kim dalam satu kenyataannya di Ipoh, kelmarin

Menurut Teng Chang Kim yang juga seorang peguam, tidak ada peruntukan juga yang boleh memecat Speaker DUN Perak dengan undi tidak percaya.

Beliau berkata DUN Selangor dan Perlembagaan mempunyai peruntukan Speaker pada bila-bila masa akan mengosongkan pejabatnya sekiranya DUN atau Parlimen memutuskan, namun negeri Perak tidak ada peruntukan tersebut.

Adun Sungai Pinang, Selangor itu juga menyatakan Speaker DUN Perak hanya kosong apabila dia meletakkan jawatan sebagai ADUN Perak atau beliau didapati tidak layak, atau beliau sendiri meletakkan jawatan sebagai Speaker dengan kerelaannya.

Oleh yang demikian krisis perlembagaan di negeri Perak akan berterusan !

Justeru dengan kuasa yang masih diperuntukkan itu, kata Teng, Dr Zambry tidak mempunyai pilihan kecuali terus mengekalkan V. Sivakumar sebagai Speaker.

Dengan keadaan itu, apabila Sidang DUN Perak dipanggil kelak, Sivakumar juga mempunyai kuasa untuk mengharamkan ‘para pengkhianat’ dari Pakatan Rakyat menghadirkan diri ke Sidang DUN.

Ia adalah kerana mereka telah meletakkan jawatan sebelum ini, dan Osman Jailu, Jamaludin Mad Radzi dan Hee Yit Foong perlu membawa kes tersebut ke mahkamah bagi mendapat keputusan samada mereka masih menjadi ADUN ataupun sebaliknya.

Teng juga berkata, sekiranya atas apa jua sebab dan keadaan, Sivakumar mengosongkan pejabatnya, maka DUN Perak akan menjadi sebuah DUN yang tergantung kerana undang-undang tubuh kerajaan Perak memperuntukkan DUN tidak boleh menjalankan apa-apa aktiviti, sekiranya Speaker mengosongkan pejabatnya.

Justeru, menurut Teng, Dr. Zambry tidak mempunyai pilihan lain, kecuali memohon kepada Sultan Perak supaya DUN Perak di bubarkan.

Namun, beranikan BN Perak berbuat demikian dalam keadaan sekarang !

Ulasan