PRK P.059 Bukit Gantang – PAS Perak Ucap Terima Kasih



Taiping – Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Hj Ahmad Awang mengucapkan terima kasih kepada PAS Terengganu yang menjadi jentera sokongan penting menjayakan majlis bersejarah, Pelancaran Jentera Pilihanraya Kelab Penyokong PAS.

Jentera PAS dari Kemaman dan Kuala Terengganu yang bertugas di Peti Undi Pengkalan Aur, disini, telah menyumbangkan tenaga dan kewangan kepada majlis tersebut.

Timbalan Yang DiPertua PAS Kemaman, Hj Hanafiah Ramly berkata demikian kepada Buletinonline selepas majlis tersebut disini kelmarin.

Sebelum itu, Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaludin merakamkan penghargaan yang sama kepada PAS Terengganu.

“Jadi saya mengajak seluruh yang hadiri disini untuk menolak UMNO dan memenangkan Pakatan Rakyat,

“dan terima kasih kepada PAS Terengganu yang telah memberi sumbangan (untuk majlis ini) dan telah berkampung disini,”kata Nizar dalam ucapannya ketika merasmikan majlis tersebut.

Kontingen PAS Kemaman diketuai oleh Yang DiPertua Kawasan Hj Ismail Harun turun bersama 18 ahli terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Kawasan dan DUN turut membantu menyediakan jamuan kepada lebih 800 orang yang hadir.

Manakala PAS Kuala Terengganu diketuai oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terenganu Ustaz Wan Shukairi Wan Abdullah .

Wan Shukairi berkata beliau turut membantu jentera penerangan PRK Bukit Gantang berucap dalam satu majlis berasingan.

“Selain itu, satu mesyuarat penyelarasan bersama PAS Johor akan diadakan untuk menyelaraskan gerakkerja kempen dalam Unit Peti Undi Pengkalan Aur,”katanya yang ditemui dimajlis tersebut.

Ustaz Hj Ahmad Awang yang juga Naib Presiden PAS berkata beliau yakin Pakatan Rakyat yang diwakili PAS akan memenangi piliharaya Kecil itu yang akan diadakan pada 7 April depan.

Beliau berkata demikian setelah melihat sokongan pengundi bukan Melayu yang ditunjukkan oleh mereka dalam majlis itu.

Katanya walaupun terdapat tekanan dan ugutan kepada pengundi India dan Cina oleh UMNO/BN namun menurutnya keadaan di Bukit Gantang berbeza dengan Kuala Terengganu.

“Ini Bukit Gantang bukan bandar macam Kuala Terengganu, kebanyakkan orang-orang (bukan Melayu) kebanyakkanya bukan peniaga, mereka pekebun kecil, nelayan dan petani.”katanya

Beliau turut yakin pengundi luar dikalangan bukan Melayu akan pulang melaksanakan tanggungjawab untuk membuang undi.

Turut Hadir dalam majlis Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr’ Lo Lo’ Ghazali, Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Dr Mujahid Yusof Rawa, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Hu Pang Chow dan Bekas Ketua Muslimat PAS Ustazah Jamilah

Ulasan