Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Pendidikan Islam Malaysia Kontemporari 2009 di Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah, dekat sini semalam.
“Kita mahu agenda sediakan insan yang soleh bukan warganegara yang soleh, kerana yang boleh terselamat dari azab neraka itu bukan adalah insan yang soleh, bukan warganegara yang soleh,”katanya dalam ucaputama seminar yang dianjurkan oleh Lujnah Hal Ehwal Pendidikan PAS Pusat.
Katanya agenda tersebut berdasarkan ayat al-quran yang bermaksud “selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka,”
Katanya matlamat pendidikan Islam bukan sebagaimana matlamat yang di putuskan oleh kerajaan iaitu menghasilkan produk pendidikan untuk dipasarkan.
“Jangan kita jadi usaha pendidikan macam kita berkebun, macam buat kebun (bertanam) nanas apabila masak kena dipasarkan, apabila tidak ada pasaran, jangan buat,”tegasnya.
Katanya dasar pendidikan kebangsaan sering berubah-ubah mengikut pasaran pekerjaan sebagai contoh pertukaran bahasa pengantar dari bahasa
“Sebab itu sekali begitu, sekali begini, selalu berubah, dulu memperjuangkan bahasa kebangsaan, lepas itu (sekarang) bahasa Inggeris pula,”katanya.
Katanya kerajaan menukarkan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik kepada bahasa Inggeris kerana produk pendidikan dikatakan tidak mahir berbahasa Inggeris dan tidak dapat memenuhi pasaran pekerjaan.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Pendidikan, Dato’ Ustaz Abu Bakar, Pengerusi Seminar, Ustaz Abu Bakar AABdullah dan Pengarah, Ustaz Mohd Pauzi Muda.
Ulasan