Kuala Terengganu – Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said disaran membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu sekarang, sebelum menghadapi krisis politik dan perlembagaan sebagaimana yang dihadapi oleh negeri Perak dewasa ini.
Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, ia adalah jalan terbaik kepada semua pihak bagi menyelesaikan krisis keyakinan yang sedang berlaku terhadap kepimpinan Ahmad.
“Dengan krisis keyakinan terhadap Menteri Besar (MB), bukan sahaja berlaku dikalangan pembangkang, malah berlaku dikalangan Ahli DUN Barisan Nasional (BN),
“jalan penyelesaian terbaik adalah MB mengambil tindakan pro-aktif, membubarkan DUN, sebelum berlaku krisis yang lebih kronik,”katanya ketika dihubungi Buletinonline.
Beliau yang juga ADUN Batu Burok berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan ura-ura yang menyatakan ada ADUN BN akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad ke dalam Sidang DUN yang dijadualkan bermula Isnin ini
Ahmad dikatakan telah memberi amaran akan memecat mana-mana ADUN BN yang membawa usul tersebut ke dalam Sidang DUN yang dijadualkan bermula Isnin ini.
Mengulas lanjut, Dr. Syed Azman berkata krisis keyakinan terhadap Ahmad turut berlaku berlaku dikalangan pegawai kerajaan dan kakitangan anak-anak syarikat kerajaan negeri serta rakyat negeri Terengganu.
“Ahmad Said akan dipuji dan dikenang oleh rakyat sekiranya bertindak mengikut lunas undang-undang, membubarkan DUN dan mengembalikan mandat kepada rakyat,”tambah Dr. Syed.
Referendum Dua Bukit – Rakyat desak bubarkan DUN Perak, tolak Perdana Menteri.
Kuala Terengganu - Kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dalam dua pilihanraya kecil pada 7 April lalu merupakan ‘referendum’ rakyat.
Calon-calon PAS dan PKR yang mewakili PR di kedua-dua pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau telah menewaskan calon UMNO/BN dengan majoriti yang lebih besar.
Isu ‘Coup-de Etat’ atau kudeta (rampasan kuasa) keatas kerajaan Pakatan Rakyat Perak berkumandang di Bukit Selambau, walaupun ia bukan terletak dalam negeri Perak.
Sejak awal-awal lagi, sejurus selepas penamaan calon, pemimpin PR bersepakat meletakkan kedua-dua pilihanraya tersebut merupakan referendum rakyat terhadap tindakan kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO.
Kini, DUN Perak mesti dibubarkan, kerana rakyat telah membuat keputusan menolak tindakan rampasan kuasa UMNO dan BN.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata, DUN Perak mesti dibubarkan dan diserah kembali kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang diyakini oleh rakyat melalui pilihan raya.
Beliau berkata rakyat Perak telah membantah kerajaan negeri Perak (BN) dan ia dibuktikan dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang
“Keputusan yang ada ini (PRK Bukit Gantang) menuntut supaya DUN Perak itu dibubarkan,
tidak dapat tidak, mesti dibubarkan dan diserah kembali kepada rakyat,”katanya.
Menurutnya harapan rakyat sekarang adalah kepada Tuanku Sultan Perak agar memperkenankan pembubaran Dun Perak dengan kadar yang segera bagi menyelesaikan kemelut politik dan krisis Perlembagaan di negeri tersebut.
Dalam pada itu beliau berkata, tindakan Perdana Menteri baru Dato’ Seri Najib Razak yang ‘diam’ seribu bahasa mengenai tuduhan penglibatan beliau dengan kes pembunuhan wanita
“Ini sangat memalukan negara dan orang ramai akan terus mempersoalkan sebab perkara itu tidak ada jawapan.
“Saya menyokong kenyataan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahukan Najib ‘membersihkan’ dirinya terlebih dahulu,”ujarnya
Katanya sebanyak 17 buah akhbar luar negara di seluruh dunia mempersoalkan kredibeliti serta menyiarkan berita kes pembunuhan itu yang mengaitkannya dengan Najib.
Beliau berkata masalah Altantuya adalah antara faktor rakyat menolak BN dalam pilihanraya kecil baru-baru ini.
Katanya, walaupun kini Najib telah menjadi Perdana Menteri, namun rakyat akan terus mempersoalkan perkara tersebut dan keputusan pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau adalah mesej rakyat menolak BN dan Perdana Menteri yang baru.
Ahmad Said Beri Amaran Akan Pecat ADUN BN Yang Bawa Usul Undi Tidak Percaya
Kemaman - Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said hari ini memberi amaran akan memecat mana-mana Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin yang mengatakan terdapat usul undi tidak percaya terhadap beliau akan dikemukakan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama tiga hari bermula Isnin ini.
Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO serta ADUN Kijal berkata, mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap seorang menteri besar dalam persidangan dewan adalah satu perkara serius.
“Jika usul itu datang dari pihak pembangkang, kami di dalam kerajaan akan menolaknya. Jika ia dikemukakan oleh wakil BN, dia akan dipecat, itu biasalah.
“Kalau mendapat sokongan, bubar dewan itu sahaja. Kita terpaksa menerimanya kalau dia nak buat..apa nak kata,” katanya ketika ditemui pihak media di sini hari ini.
Ahmad juga berkata beliau tidak tahu menahu tentang khabar angin yang menyatakan Perdana Menteri baru, Dato’ Seri Najib Razak akan menukar beberapa orang Menteri Besar, termasuk bagi negeri Terengganu.
“Itu saya tidak tahulah, Terengganu kena tanya Tuankulah,” katanya. sambil menyelar pihak media yang katanya suka mensensasikan isu.
Ulasan