Pemimpin PAS Terengganu 'Menyingsing Lengan' Berkempen di Bukit Gantang

Bukit Gantang – Pemimpin PAS Terengganu yang berkampung di parlimen Bukit Gantang giat berkempen untuk memenangkan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' Wan Mutalib Embong, Bendahari Hj Mohd Abdul Wahid Endut dan ADUN Ladang Dato' Tengku Hassan Omar adalah di antara mereka yang duduk di saf hadapan bersama ratusan petugas lain.

Ketiga-tiga mereka telah menyampaikan ucapan dalam Majlis Hi-Tea di Taman Molek, Simpang, dalam UPU Pengkalan Aur, disini, semalam.

Dato' Wan Mutalib berkata Barisan Nasional (BN) sering menabur janji setiap kali apabila tiba musim pilihanraya.

Namun katanya, apabila pilihanraya selesai semua janji-janji tersebut tidak ditunaikan.

Antaranya kata beliau ialah kampung baru di Bukit Berangan Kuala Terengganu yang telah didiami sejak 55 tahun dahulu.

“setiap kali pilihanraya dijanjikan untuk diberikan tanah, rumah dah ada beranak dan bercucu tetapi tanah terus tidak dapat,

“bila kita (PAS) menang (dan memerintah) Terengganu kita bagi geran kekal kepada mereka,”ujar beliau dalam Majlis Hi-Tea di Taman Molek, Simpang, dalam UPU Pengkalan Aur, disini, semalam.

Katanya perkara tersebut sama seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak.

Dalam majlis yang sama, Hj Mohd Abdul Wahid berkata rakyat tidak mendapat agihan kekayaan negara kerana ia di bolot oleh pemimpin UMNO/BN

“Saya tengok, orang (negeri) Perak, orang Cina, orang India, orang Melayu, saya ingat kaya-kaya (tapi) tak ade juga, serupa macam Terengganu,

“kekayaan (negara) semua diangkut oleh mereka (pemimpin UMNO/BN), mereka tidak fikir soal rakyat susah, mereka tidak fikir sangat soal masalah rakyat,

“yang mereka fikir mau jadi Perdana Menteri, mereka fikir untuk ambil projek untuk kroni-kroni mereka sahaja,”jelasnya dihadapan hadirin yang terdiri dari kaum Cina dan India.

Katanya pemimpin UMNO/BN hanya fikir dan buat kerja untuk kepentingan golongan dan puak-puak mereka sahaja.

Justeru beliau berkata, penduduk Bukit Gantang mesti memberi pengajaran kepada UMNO/BN sebagaimana penduduk Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

“Itu sebabnya saya datang dari Kuala Terengganu, saya mahu beritahu yang kita sudah ajar Barisan Nasional di Kuala Terengganu,

“sekarang adalah masanya dimana kita mahu ajar itu UMNO/BN di Bukit Gantang,”tambahnya.

Ulasan