Kekuatan PAS Adalah Gabungan Antara Ulama’ dan Profesional

KUALA TERENGGANU – Soal kepimpinan ulama’ begitu hngat diperkatakan oleh menjelang pemilihan kepimpinan PAS yang akan berlaku pada Muktamar PAS Pusat yang akan datang

Pesuruhjaya Pas Terengganu Dato’ Mustafa Ali berkata isu tersebut dimainkan oleh pihak media sehingga dilihat seolah-seolah terdapat perbezaan pendapat dikalangan pimpinan dan ahli-ahli PAS.

Ia berlaku demikian kerana menurutnya ada dikalangan ahli PAS yang berpendapat bahawa semua peringkat kepimpinan mestilah mereka diketuai oleh ulama’

Sebaliknya, beliau berkata dalam perlembagaan PAS tidak menghadkan bahawa Presiden dan timbalannya atau mana-mana peringkat kepimpinan mesti dari kalangan ulama’

Namun begitu, beliau menyarankan, berdasar pengalaman lebih 50 tahun dan melihat perjalanan PAS buat masa kini, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden haruslah disandang oleh Ulama’

“Tapi saya katalah (berdasarkan) pengalaman saya, melihat perjalanan-perjalanan (PAS) setakat ini, untuk pada waktu ini, paling kurang, Presiden dan Timbalan Presiden itu (mestilah) terdiri daripada ulama’,”katanya sewaktu merasmikan Muktamar Pemuda PAS Negeri Terengganu Kali Ke 40 di Markaz Tarbiah Kuala Ibai, dekat sini, semalam.

Sementara itu, beliau menyeru semua pihak supaya jangan menganggapi kepimpinan ulama’ itu bermaksud semua pringkat parti mesti dipimpin oleh ulama’

Katanya Majlis Syura Ulama’ ditubuhkan selepas penerimaan konsep Kepimpinan Ulama sekitar tahun 1983 bertujuan menjaga menetapkan halatuju dan polisi parti.

Katanya peringkat kepimpinan lain merupakan pelaksana kepada apa yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama’.

“Majlis Syura Ulama adalah satu institusi yang menentukan halatuju perjuangan PAS, manakala Dewan pemuda, Dewan muslimat, Dewan Ulama dan perhubungan-perhubungan negeri adalah pelaksana,”ujarnya.

Oleh itu, katanya, tidak semestinya di peringkat kawasan dan cawangan dipimpim oleh ulama’, tetapi sekiranya ada terdapat golongan ulama’ yang boleh memimpin pada peringkat itu, ia akan menjadi lebih baik.

Katanya kekuatan PAS pada hari ini adalah lahir melalui gabungan yang wujud diantara ulama’ dan profesional.

“Artinya profesional juga mestilah tahu ilmu-ilmu asas agama, ilmu asas Jamaah, ilmu asas harakiyah,

“ulama mesti juga tahu tentang (pengurusan) organisasi, bukan setakat tahu mengajar tetapi tidak tahu tentang organisasi,”katanya.

Dengan terlaksananya gabungan ulama’ dan profesional dalam PAS, katanya, tidak ada satu parti politik pun di Malaysia, yang boleh menandingi kekuatan PAS.






Dato’ Mustafa Tidak Bertanding

Kuala Terengganu – Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali mengumumkan beliau tidak akan bertanding mana-mana jawatan dalam pemilihan parti pada Muktamar PAS pusat akan datang.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Perhubungan PAS Terengganu berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS Negeri Terengganu di Kuala Ibai, disini semalam.

Selain dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilih, katanya, beliau tidak bersedia lagi untuk bertanding sebarang jawatan.

“Saya nak sebutlah hari ini, tidak timbullah nak naik pangkat sebab saya tidak bertanding. Saya tidak bertanding dah dalam pilihanraya PAS,

“saya pengerusi Jawtankuasa Pemilih, tidak boleh bertanding, bukan kerana jadi Pengerusi itu maka saya tak bertanding, saya memang tidak bersedia lagi,”katanya.

Sebelum itu beliau menekankan bermuafakat dalam memilih kepimpinan parti adalah satu perkara yang amat penting.

Katanya hanya di negeri Terengganu yang mengekalkan amalan pemilihan ‘segugus’ atau pun ‘syura’ dalam kepimpinan samada pemuda ataupun (peringkat) kawasan.

“Muafakat, berpakat supaya tidak belawan sebenarnya satu benda (perkara) yang baik dalam Jamaah,

“kepada Pemuda saya nak beritahu, amalan yang kita namakan pilih segugus, syura, dalam kepimpinan samada Pemuda ataupun Kawasan, yang kita mulakan sejak tahun 80an,

“yang kekal sebenarnya, ialah di negeri Terengganu ini, yang lain tidak kekal, semua negeri lain berlawan belaka,”katanya.

Ulasan