Ibrahim Ali Mengetuai Pembahagian Wang kepada Pengundi di Manek Urai

SETIU – Pengerusi Kelab Veteran PAS Terengganu, Ustaz Kassim Ahmad berkata walaupun UMNO dan Barisan Nasional (BN)
mengerahkan seluruh jentera kerajaan untuk menghadapi PAS dalam pilihanraya kecil DUN manek Urai, namun parti tu tetap gagal mencapai kemenangan.

Katanya, beliau yang turut pergi bertugas dan memberi sokongan moral dalam pilihanraya kecil itu menyaksikan dengan jelas betapa UMNO/BN telah menggunakan wang untuk membeli undi.

Katanya ada maklumat yang mengatakan BN telah membelanjakan wang sebanyak hampir RM100 juta dalam pilihanraya kecil tersebut.


Beliau mendedahkan, Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali mengetuai pembahagian wang tersebut. http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/ustazkassim1.jpg

”Saya telah didatangi oleh seorang tuan punya bengkel kereta yang muda, katanya beliau bersama-sama golongan pemuda seramai lebih kurang 30 orang didatangi oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Pasir Mas, saudara (Dato’) Ibrahim Ali,

”(Ibrahim Ali) rupa-rupanya mengetuai pembahagian wang, tiap-tiap seorang ahli (pemilik) bengkel itu memperolehi RM300,”kata Ustaz Kassim ketika berucap dalam Majlis Kesyukuran Meraikan Kemenangan DUN Manek Urai di Kampung Merang, dekat sini, semalam.

ADUN Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah (Abe Uji) yang menjadi tetamu dalam majlis diatas, mengesahkan dakwaan Ustaz Kassim keatas Dato’ Ibrahim Ali.

Menurutnya Ibrahim telah menjalankan kegiatan mengagih-agihkan wang tersebut terutamanya di Peti Undi Laloh.


“Di Manek Urai baru ni, memanglah dari segi cula kita menang hampir 2,000 (undi) dua hari sebelum itu (hari mengundi), apabila dia (UMNO) nampak cula dia sudah kalah 2,000, dia mula bergerak dengan pitih (wang),

”di kawasan (Peti Undi) Laloh, (Dato’) Ibrahim Ali lah yang jaga di Laloh, membawa dua butir bag (berisi wang) untuk diagih-agihkan,”jelasnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/abeuji1.jpgBeliau berkata, nilai pembahagian wang tersebut bukan hanya RM300, bahkan RM3000 dan hingga mencapai RM10,000, terutamanya kepada ‘kepala-kepala’.

Katanya cara pembahagian wang tersebut bukan rumah kerumah tetapi Ibrahim akan mencari seorang ‘kepala’ (ketua) dan meminta ketua itu membawa pengundi kedalam kawasan kebun getah atau belukar berhampiran.

”Trend (kaedah) dia kali ini, bukan ‘style’ (cara) pergi kerumah orang, (tapi) style di panggil kedalam ‘rok’ getah, kut dalam ‘rok’, pergi jumpa dengan dia (Ibrahim),

”dia (Ibrahim) cari seorang kepala, dia tunggu didalam rok mana-mana, (kepala) bawa mari 10 orang, dia akan bayar hok kepala lebih sikit, orang rakyat (bawahan) ni ada (terima) RM300, 500 dan ada RM1000,”tegasnya.

Oleh sebab itulah, kata Abe Uji, majoriti undi yang diperolehi PAS dalam pilihanraya kecil itu menurun.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Yang DiPertua PAS Setiu, Ustaz mohd Pauzi Muda dan Timbalannya, Tengku Ahmad Hussin.




"Saya kata secara umum, dia yang tafsir, sepatutnya Nizar tak pergi,"kata Ustaz Harun


KUALA NERUS
- Ketua Dewan Ulama' PAS, Dato’ Ustaz Harun Taib, menafikan kenyataan beliau berkaitan memasang lilin ditujukan kepada sesuatu peristiwa khusus atau kepada seseorang.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/ada%20dua%20subahat%20dengan%20tidak.jpgKatanya, beliau memberikan panduan secara umum sebagaimana menurut ajaran Islam berdasarkan hadis RasuluLlah SAW.

Beliau berkata demikian dalam satu Majlis Dailog di Kampung Bukit Tunggal, dekat sini, petang tadi.

”Islam tidak membuat hukum untuk satu-satu orang, Islam membuat garis panduan untuk semua orang, kita ada dua (pilihan) sebagaimana dalam hadis Rasulullah,

(Gambar - Ustaz Harun menjelaskan dlam Islam ada dua, subahat atau tidak, tinggalkan yang ragu kepada yang tidak ragu)

”ada (keadaan) yang ragu ada yang subahat, orang yang membersihkan dari subahat dia membersihkan imannya, agamanya dan maruahnya, orang yang subahat ini umpama langkah sempadan,

”saya tak tujukan kepada dia (Nizar), tapi kaedah umum, ada subahat, ada tak subahat, saya kata secara umum, dia (media tersebut) yang tafsir, sepatutnya Nizar tak pergi,”katanya ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar media perdana hari ini berkaitan perkara tersebut.


PAS Harap Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Benar-benar Bebas

PAS bersyukur kerana jamaah menteri hari ini akur dengan desakan pelbagai pihak supaya ditubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja menyiasat kematian Teoh Beng Hock.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/PerasmianBulanTarbawi%20019.jpgTimbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berharap Suruhanjaya tersebut benar-benar bebas dan menjalankan penyiasatan secara menyeluruh serta professional.

”Pakatan Rakyat telah bermesyuarat pada minggu lepas dan telah membuat satu keputusan supaya satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian ini,

”dan AlhamduliLlah, pada hari ini Suruhanjaya tersebut telah ditubuhkan dan kita mengharapkan Suruahnajya Diraja ini menjadi surahanjaya yang benar-benar bebas, dan professional sifatnya, untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh,”katanya ketika ditemui selepas melancarkan program Bulan Tarbiyah, disini, semalam.


Beliau berkata, PAS tidak berhasrat meletakkan sebarang andaian terhadap kes kematian misteri Teoh dan akan menunggu keputusan hasil penyiasatan oleh Suruhanjaya DiRaja tersebut.

Sehubungan itu, katanya, PAS berpegang dengan asas Islam yang membenarkan seseorang Islam menziarahi dan mengucapkan takziah terhadap kematian seseorang bukan Islam.

Menurutnya, kehadiran wakil PAS ke majlis ziarah takziah mendiang Teoh di Melaka adalah selaras dengan keputusan bersyarat Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang diadakan Sabtu lalu.

”kita meletakkan syarat, ziarah takziah dibolehkan, tetapi tidak boleh melibatkan dengan hal-hal yang berkaitan dengan agama,” jelasnya.

Apabila ditanya berkaitan ahli PAS yang menyalakan lilin, beliau berkata PAS akan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak Dewan Ulamak bagi menentukan pandangannya (terhadap perkara itu).

Turut hadir dalam Majlis Perasmian Bulan Tarbiyah tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Setiausaha, Haji yahaya Ali dan Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Mohd Nor Hamzah

Ulasan