PAS Terengganu Yakin ‘Abe Uji’ Akan Menang.


MANEK URAI - PAS Terengganu yakin calon yang dipilih bagi Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai akan mencapai kemenangan pada 14 Julai akan datang.

Setiausaha PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali menyifatkan pemilihan Mohd Fauzi Abdullah atau lebih dikenali sebagai ‘Abe Uji’merupakan pilihan yang tepat bagi mempertahankan kemenangan.

“Calon PAS (Mohd Fauzi) ini paling popular. Dia sudah lama bergelumang di peringkat Dun Manek Urai dan Parlimen Kuala Krai.

“Dia dikenali ramai termasuk di kalangan orang Umno dan atas pagar (tidak berparti),”katanya ketika di temui bersama para petugas dari Terengganu disini.


Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat berkata Abe Uji sudah dianggap sebagai wakil rakyat oleh penduduk Manek Urai sebaik sahaja beliau diisytiharkan sebagai calon.


”Tiga hari saya di Manek Urai, khususnya bertugas di UPU Laloh. Saya menyaksikan suasana pra-pilihanraya yang memberangsangkan.(Gambar - Haji Yahaya dan Haji Hanafiah bersama calon PAS, Abe Uji, di Kampung Lela Jasa)

”Mohd Fauzi Abdullah, atau nama glamournya dikalangan ahli dan penyokong PAS 'Abang Uji' akan menang, InsyaAllah dengan undi yang meningkat.

”Abe Uji begitu dikenali ramai, dari kanak-kanak sehingga remaja yang belum boleh mengundi sehingga lah kepada orang dewasa dan orang-orang veteran, semuanya mengenali Abe Uji,”katanya ketika ditemui di bilik gerakan UPU Laloh disini.

Sementara itu, Ketua Urusan Pengundi Muda DUN Manek Urai, Mohd Zamri Hassan berkata sehingga kini, semua jentera kempen bergerak dan tidak menghadapi sebarang masalah.

”Tidak ada isu yang dimainkan oleh UMNO dan Barisan Nasional,”katanya yang ditemui di majlis jamuan makan tengahari di markaz petugas Gua Musang di Kampung Lela Jasa.

Berkaitan dengan isu air yang dikatakan menjadi masalah bagi penduduk Laloh, katanya, ia akan diselesaikan segera apabila tangki air baru ditempatkan di kampong berkenaan.

”Isu air sudah dimaklumi, tangki air baru akan dibina di bukit atas nu,”katanya menunjukkan kawasan bukit berkenaan
.

Manakala SPR berkata, pengundi Muda adalah pengundi paling ramai di kawasan pilihanraya Manek Urai dengan mereka yang berumur diantara 21 hingga 39 tahun membentuk 45.5% dari jumlah keseluruhan 12, 293 orang pengundi.

12,293 Pengundi Berdaftar

5,598 pengundi (21-39 tahun)
45.54% dari jumlah pengundi

4,511 pengundi (40-59 tahun)
36.70% dari jumlah pengundi

1,937 pengundi (60-79 tahun)
15.75% dari jumlah pengundi

247 (atas 80 tahun)
2.01% dari jumlah pengundi

6,316 jumlah pengundi Lelaki
51.38% dari jumah pengundi

5,977 jumlah pengundi perempuan
48.62% dari jumlah pengundi

99.2% Pengundi Melayu
56 orang pengundi Cina
28 orang pengundi India
12 pengundi lain-lain.

25 orang Pengundi POS

Ulasan