Perarakan Lebih 10,000 orang Iringi Calon PAS

KUALA KRAI - Sekitar jam 8,20 pagi perarakan mengiringi calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat bagi Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai bermula dengan kereta yang membawa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mendauhului perarakan.

Selama 7 minit Video Klip dirakam wartawan Buletin Online, tidak putus-putus ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat mengiringi calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.

Jalan 8 kaki lebar sepanjang 2 kilometer dipenuhi oleh ahli dan penyokong yang tidak diketahui jumlah sebenarnya, ada yang menyatakan 10,000 dan ada yang menyebut, lebih dari itu.

Kira-kira jam jam 9.01 pagi, setelah semua pemimpin utama termasuk Presiden, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, kedua-dua Naib Presiden, Setiausaha, Bendahari dan lain-lain berada dibawah khemah yang disediakan, doa dibacakan untuk mengiringi calon masuk ke dewan pendaftaran calon, iaitu Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Yahya Putra 1, disini.

Sementara menunggu proses penamaan calon pihak medi mencari sasaran pemimpin kedua belah pihak bagi mendapat bahan berita.

Antara yang di temubual ada Mursyidul Am PAS dan juga Presiden.

Sekitar jam 10.00, pendaftaran untuk penamaan calon ditutup, boring kedua-dua calon yang mendaftarkan diri untuk bertanding di pamirkan bagi semakan dan bantahan.

Pada jam 11.05 pagi, Pegawai Pengurus Pilihanraya telah menisytiharkan, calon PAS Abe Uji akan ditentang oleh calon Barisan Nasional yang diwakili oleh parti UMNO.

Ulasan