Majlis Sempena Eidul Fitri 1430

Perjuangan Masa Depan Yang Lebih Mencabar


- PAS Terengganu menerima 'Padah' Kerana Menobatkan Islam

Batu Burok, KUALA TERENGGANU - Ukuran sifat taqwa kepada orang-orang Islam yang menunaikan puasa Ramadhan adalah sejauh mana
http://www.buletinonline.net/images/stories/EidulFitri/EidulFitriPerantau14305.JPGtanggungjawab menegakkan al-Quran dilaksanakan dalam kehidupan mereka.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika merumuskan ucaputamanya di Majlis Ijtima’ EdiulFitri PAS Terengganu bersama Perantau yang diadakan di Kuala Ibai disini semalam.

Menurutnya, PAS Terengganu telah berjaya menegakkan al-Quran dalam masa pemerintahannya diantara 1999 hingga 2004, dengan menabalkan Islam.

Katanya, melalui majoriti dua pertiga, PAS telah mewajibkan didalam perlembagaan undang-undang (tubuh) negeri Terengganu; al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qias sebagai undang-undang tertinggi.

”Di Terengganu kita meluluskan undang-undang Islam, undang-undang Terengganu di gazetkan, Tuanku (Sultan) kita sign (tandatangan) dan digazetkan (sebagai) undang-undang, barangkali ramai orang yang tidak sedar,”jelasnya.

Katanya, oleh kerana kerajaan PAS Terengganu telah meletakkan asas Islam yang kuat, satu operasi luar biasa telah dibuat untuk menumbangkan PAS Terengganu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/EidulFitri/EidulFitriPerantau143010.JPGPada pilihanraya umum 2004, katanya, ada perkara yang tidak kena berlaku, dimana jumlah pengundi di Terengganu melebihi separuh jumlah keseluruhan rakyat Terengganu dan peratus keluar mengundi adalah sangat luar biasa.

”walaupun peratus undi rakyat Terengganu turun 2%, kita kalah (di Terengganu), di Kelantan (undi)  kita turun 5 – 6%  (tetapi) kita boleh bertahan,

”(jumlah) pengundi melebihi 50% (rakyat Terengganu), pengundi seramai 520,000 dan (jumlah) rakyat Terengganu 1 juta,

”dan peratus (keluar) mengundi di negeri lain antara 70 hingga 80%, pengundi (keluar mengundi) di negeri Terengganu 85 % ke atas, ada yang 89% dan ada yang 90% lebih, mengatasi (jumlah keluar mengundi) di negara-negara maju,”terangnya.

Katanya kejayaan tersebut meletakkan ’satu batu penanda’ yang sangat kuat, walaupun terpaksa PAS Terengganu terpaksa ’menerima padah’ didunia.

Justeru, katanya, perjuangan menghadapi cabaran masa depan adalah lebih besar, tanggungjawab yang perlu dipikul bukan hanya oleh pemimpin PAS, namun kepada semua orang Islam


Angin Perubahan PRK Bagan Pinang; Anggota Tentera Bersedia

-Kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan adalah satu ugutan
Tepoh, KUALA NERUS
– Angin perubahan sedang berlaku dikalangan anggota tentera dan mula bertiup dari Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PULADA) Kem Sirusa,

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/uabc.jpgdalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pilihanraya PAS, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik yakin PAS mempunyai peluang yang cerah dalam Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang.

”Kita kalah 2,333 dan ada disana undi pos 5,000 orang, tetapi sebenarnya tidak mustahil kita boleh menang, kerana (pilihanraya umum) yang lepas kita dapat seribu lebih undi pos,


”pekerja (pilihanraya) kita (PAS) dah mula pergi kempen dekat pagar (kem) askar (tentera) sekarang, dan saya mendapat maklumat, memang askar-askar bersedia untuk membuat perubahan,”katanya ketika berucap dalam majlis Sambutan Eidul Fitri Alumni Pelajar Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah di sini, semalam
.

Ketika ditemui selepas majlis tersebut, beliau berkata, keadaan kemudahan kehidupan dan prasarana dalam Kem Sirusa amat tidak memuaskan.

Katanya, hasrat ’mahu berubah’ sebahagian tentera dalam DUN Bagan Pinang telah disampaikan kepada PAS oleh para tentera diseluruh negara.

”Kemudahan dan prasarana untuk kehidupan askar yang ada di Kem Sirusa, memang tidak memuaskan (dan) itu (berlaku) sekian lama,

”maklumat ini kita perolehi dari kawan-kawan askar, yang ada diseluruh Malaysia memberitahu kepada kita tentang sebahagian daripada askar didalam kawasan Bagan Pinang ini mahu membuat perubahan,”ujarnya.

Katanya, beliau mendapat jaminan dari bekas-bekas pegawai tentera memberikan kerjasama kepada PAS bahkan mereka kini sedang berusaha bertungkus lumus, menggerakkan kempen di DUN Bagan Pinang.

Menurutnya, peluang PAS bagi menawan DUN tersebut dalam pilihanraya kecil kali ini cerah kerana PAS telah mempunyai asas sokongan sebanyak 20 hingga 25 peratus, melebihi seribu undi pada pilihanraya umum lalu.

Beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang berkata, parti politik tidak dibenarkan berkempen dalam kem tentera sebagai sesuatu yang bercanggah dengan perlembagaan negara dan peraturan pilihnraya, bahkan boleh dianggap sebagai satu ugutan yang tidak patut dipatuhi.

”Tidak ada dalam perlembagaan atau dalam mana-mana undang-undang dalam negara kita, pengundi tidak boleh mendengar apa-apa pendapat atau kempen,

”arahan itu sebenarnya bercanggah dengan perlembagaan bahkan tidak ada dalam peraturan pilihanraya,

”Jadi kalau ada arahan sebegitu, makna arahan itu tidak patut dipatuhi, bukan sahaja melanggar etika tetapi melanggar peraturan dan boleh dianggap sebagai ugutan,”jelasnya.

Tegasnya, PAS akan terus berkempen dalam kem tentera kerana ia tidak akan menggugat keselamatan dan menurutnya ’track record’ PAS dalam kempen pilihanraya sebelum ini adalah bersih.
.

Ulasan