Majlis Rumah Terbuka EidulFitri PAS Terengganu

Majlis Hari Terbuka Idulfitri PAS Terengganu – Kemeriahan Dalam Kesederhanaan

KUALA TERENGGANU – Majlis sambutan tahunan Hari Terbuka IdulFitri PAS Terengganu yang diadakan semalam (13 Oktober) di perkarangan pejabatnya di Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu tetap meriah walaupun sederhana.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/P1180205.JPGMajlis tersebut merupakan ’jambatan’ yang merapatkan hubungan PAS dengan masyarakat termasuk di kalangan para pemimpin parti, ahli-ahli serta rakyat jelata yang berbilang kaum.

Buletinonline yang turut bersama di majlis tersebut dapat melihat kehadiran semua lapisan masyarakat termasuk di kalangan ahli-ahli politik, kakitangan kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), lelaki, wanita, orang dewasa, warga emas dan kanak-kanak.

Majlis yang bermula pada jam 11.00 pagi itu, berakhir pada jam 3.00 petang dengan penglibatan seluruh kepimpinan parti di peringkat negeri dan kawasan-kawasan seperti Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut.

Penyediaan makanan dan minuman pula disediakan mengikut kawasan-kawasan dengan juadah nasi minyak, mee goreng, satay, ketupat, nasi dagang, tapai, laksa penang dan sebagainya.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib serta Jawatankuasa Perhubungan PAS negeri turun ‘padang’ menyambut para tetamu dan hadirin ke majlis tersebut.

Katanya, PAS Terengganu sangat gembira dan berbesar hati dengan sambutan serta kehadiran rakyat ke majlis rumah terbuka Idulfitri ini.

“Saya mewakili PAS Terengganu merakamkan ucapan terima kasih dan sangat berbesar hati dengan kehadiran rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini.

“Kita (manusia) adalah bersaudara dan PAS tidak memusuhi mana-mana pihak yang berlainan bangsa dan agama. Semua mereka (bangsa) adalah rakyat di negeri ini dan Islam berlaku adil kepada semua,” ujarnya.

Menurutnya, sambutan rumah terbuka Idulfitri ini bagi menjalinkan hubungan dua hala antara pemimpin dan rakyat serta PAS dan masyarakat.



Berubah Kepada Sebuah Negara Yang Lebih Baik

KUALA TERENGGANU - PAS dan Pakatan Rakyat mengajak seluruh rakyat membuat satu perubahan kearah membentuk sebuah negara Malaysia yang lebih baik. Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Zawawi Salleh, berkata

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/P1180199.JPGdemikian ketika memberikan ucapan dalam Majlis Rumah Terbuka Perhubungan PAS Terengganu yang diadakan di perkarangan pejabat PAS, di Taman Seri Intan, disini, hari ini (13 Oktober).


”Supaya mereka memahami matlamat dan dasar yang diperjuangkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat,


”(yang mana) perjuangan ini adalah untuk memandu negara kita kearah yang lebih baik dan menghapuskan gejala-gejala yang tidak sepatutnya berlaku,”katanya

Menurutnya, ia juga menjadi matlamat seluruh rakyat yang mempunyai rasa tanggungjawab dari pelbagai bangsa dinegara ini.


Apa yang kita sambut pada hari ini mempunyai agenda untuk memperlihatkan batang tubuh PAS dan perjuangannya yang lebih baik kepada umum.

”Inilah yang disebut dalam kitab suci al-Quran, iaitu untuk mengujudkan ’baldatun toyyibat wa rabbun ghafur’, sebuah negeri yang baik yang mendapat pertolongan daripada Allah, dan mendapat kemapunan dari Allah SWT,”ujarnya yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Malaysia.

Beliau berkata program sambutan Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Eidul Fitri yang diadakan pada hari ini, InsyaAllah akan melahirkan suasana kesatuan dalam usaha menggerakkan perubahan, menubuhkan kerajaan baru yang akan membawa kebaikan kepada semua.



Ulasan