Akaun Kerajaan Negeri Defisit, Hutang Meningkat kepada RM997.60 juta

Akaun Kerajaan Negeri Defisit, Hutang Meningkat kepada RM997.60 juta

KUALA TERENGGANU – Walaupun mendapat sumbangan Dana Khas sebanyak RM2.613 bilion dari kerajaan Pusat bagi tahun 2007 dan 2008, kedudukan akaun hasil disatukan kerajaan negeri masih defisit (kurangan).
http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/laporanketuaaudit.jpgPada tahun 2007, jumlah perbelanjaan mengurus adalah RM1,546.52 juta berbanding hasil yang diperolehi sebanyak RM1,262.13 (defisit RM284.39 juta).

Manakala pada tahun lalu, perbelanjaan mengurus sebanyak RM1,790.10 melampaui hasil sebanyak RM146.54 juta (defisit) dengan penerimaan hasil adalah sebanyak RM1,643.56 juta.

Oleh kerana mengalami defisit dua tahun berturut-turut, kerajaan negeri Terengganu telah mendapat teguran dari Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin Buang.

”Ini bermakna Kerajaan Negeri masih menggunakan sumber daripada Akaun Amanah Disatukan bagi menampung defisit tersebut,”katanya sebagaimana dicatatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Terengganu Tahun 2008

Justeru, katanya, kerajaan Terengganu mesti mengambil tindakan sewajarnya, dengan mengamalkan berhemat supaya keadaan ini tidak berlaku kerana tidak semua wang amanah itu merupakan aset Kerajaan Negeri.

Selain menasihatkan kerajaan Terengganu, beliau juga menyeru supaya kerajaan negeri Terengganu berusaha memungut keseluruhan tunggakan hasil berjumlah RM92.48 juta.

Katanya, Nisbah Semasa yang digunakan mengukur kedudukan kecairan tunai Kerajaan Negeri juga adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa.

”Analisis Audit mendapati pada tahun 2008, Nisbah Kecairan Kerajaan Negeri kurang daripada 1,  menunjukkan kecairan tunai Kerajaan Negeri adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa,”jelasnya.

Beliau juga menyenaraikan, hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan yang meningkat pada tahun 2008 kepada RM997.60 juta berbanding RM937.87 juta pada tahun 2007 iaitu meningkat sejumlah RM59.73 juta atau 6.4%.

http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/akaundefisit.jpg


Siapa Kaut Untung Pembelian Kapal Layar Piala Monsun ?

 
http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/kapallayarmonsuncup1.jpgKUALA TERENGGANU - Penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun di Pulau Duyong merupakan pembaziran wang rakyat yang dilakukan pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dinegeri ini.

Ia jelas tidak memberi faedah yang banyak kepada rakyat tempatan, samada kepada orang awam ataupun dikalangan pengusaha.

Walaupun pihak penganjur acara tersebut mendapat pelbagai anugerah, penganjuran sukan antarabangsa itu kini tidak lagi menjadi daya tarikan kepada pengusaha tempatan untuk memasarkan produk mereka.

Sebuah akhbar arus perdana melaporkan, Pengarah Pelancongan Negeri,  Encik Suhaimi Abu Hassan Shari berkata beliau kecewa kerana pengusaha tempatan tidak menjadikankan ‘simbol’ piala Monsun sebagai strategi pemasaran mereka.

Katanya, dari seluruh pengusaha hotel dan resort, hanya seorang pengusaha ‘home-stay’ yang mengiklankan Piala Monsun, untuk menarik pelanggan bagi menyaksikan kejohanan itu.

Manakala Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (Malaysian Association of Tour and Travel Agents - Matta) bagi negeri Terengganu,  Encik Esmadee Endut berkata populariti Piala Monsun belum berhasil menarik kehadiran pelancong yang ramai.

http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/kapallayarmonsuncup.jpg"Ahli-ahli persatuan tidak tahu apa atau dimana sasaran segmen pemasarannya kerana penganjur tidak pernah memasukkan kami dalam pelan promosi mereka,”katanya. (Gambar kanan - kapal layar RM14 juta diluar musim, hanya digunakan semasa kejohanan)

Bagi PAS, berjuta ringgit yang dibelanjakan setiap tahun, tanpa pulangan yang pasti dan boleh dilihat, menunjukkan penganjuran sukan yang dikatakan berprestij itu sebenarnya ’gagal’.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata kerajaan negeri banyak membazirkan wang rakyat dalam penganjuran Piala Monsun.

Katanya, pembelian kapal layar yang digunakan untuk kejohanan tersebut adalah terlalu mahal.

"Harga sebuah kapal layar itu RM1.4 juta dan kerajaan negeri melalui SEDC (Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu) telah membeli 10 buah kapal layar dengan kos RM14 juta," jelasnya  

Menurutnya, PAS memberi jaminan jika parti itu diberi kepercayaan oleh rakyat memerintah semula Terengganu penganjuran kapal layar tersebut dibatalkan.

"Apa yang rakyat dapat dari perbelanjaan RM14 juta itu dan kerajaan perlu memberi penjelasan kepada rakyat," ujarnya.

Melalui semakan yang dibuat, kapal layar jenis ’Foundation 36’ yang digunakan dalam kejohanan Piala Monsun dibangunkan oleh Western Australian Yachting Foundation.

Kapal tersebut boleh dibeli dengan mudah melalui internet dengan harga AU$115,000 bersamaan dengan RM355,751.35 sebuah. (Gambar bawah - iklan  kapal layar Foundation 36 dalam internet)

Bagaimana pihak Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT – SEDC) membelinya dengan harga RM1.4 juta sebuah?


Pembelian Bas bernilai RM10.5 juta Membazir

 
KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri membazirkan RM10.5 juta membeli 26 buah bas yang dibiarkan tersadai apabila rancangan menyediakan perkhidmatan bas antara daerah terpaksa dibatalkan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/serahbas.jpgIa adalah kerana bantahan dari syarikat-syarikat bas yang telah pun menyediakan khidmat yang sama.

Pembaziran tersebut berpunca dari kerajaan negeri gagal membuat kajian komprehensif sebelum melaksanakan projek tersebut.

(Gambar - penyerahan bas yang 'tersadai' kepada sebuah sekolah, gambar fail SUK)

Laporan Ketua Audit Negara menyatakan kajian sedemikian adalah sangat perlu bagi mengelakkan kegagalan mencapai objektif.

Menurut laporan tersebut, Setiausaha kerajaan negeri telah melantik dua syarikat membekalkan bas-bas tersebut pada tahun 2007.

Kemudian, pada bulan Februari tahun ini, Kerajaan negeri memutuskan untuk mengagih-agihkan 18 buah bas itu kepada beberapa agensi dan jabatan.

Laporan Ketua Audit turut menyebut syarikat berkaitan kerajaan yang dilantik bagi melaksanakan perkhidmatan bas tersebut juga diapati tidak memiliki pengalaman mengendalikan perkhidmatan pengangkutan.

Berdasarkan laporan Setiausaha Kerajaan negeri, audit juga menemui kos pengendalian dua Proton Perdana V6 adalah lebih tinggi dari membelinya.

Sejumlah RM308, 731 telah dibelanjakan untuk dua knderaan tersebut yang dibeli dengan harga RM234,054.

Auditor tidak dapat menganalisa kos yang timbul kerana Suruhanjaya Pencegahan Anti Rasuah (SPRM) telah merampas fail-fail berkenaan.

Laporan Ketua Audit Negara juga mendapati penyelewengan penggunaan kad pegisian bahanapi berlaku di pejabat Setiausaha kerajaan negeri dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.

Kerajaan negeri ditegur oleh Ketua Audit supaya sentiasa memantau aktiviti-aktiviti sayarikat berkaitan kerajaan bagi memastikan mereka melaksanakan amalan pengurusan koporat yang baik, mematuhi peraturan, memperolehi keuntungan dan membayar dividen kepada negeri.


Ulasan