Banjir Gelombang Kedua

Yahaya Kesal JKKK Ambil Kesempatan


MARANG – Ketika rakyat dalam kesusahan menghadapi gelombang kedua banjir di negeri ini, ada sesetengah Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang mengambil kesempatan.
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita14/yahyaredahbanjir1.jpgYang diPertua PAS Marang, Haji Yahaya Ali berkata, beliau dimaklumkan oleh penduduk beberapa buah kampong dalam daerah ini berkenaan perkara tersebut.

”Sepatutnya mereka (JKKK) membantu dengan ikhlas dan berkhidmat dengan dedikasi sebagai sebahagian dari kakitangan kerajaan negeri,
”namun mereka mengambil kesempatan atas kesusahan yang menimpa orang lain,”katanya ketika ditemui sewaktu melakukan ziarah dan mengagih-pantai bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Kubu, dalam DUN Pengakalan Berangan disini.

Menurutnya, sikap JKKK tersebut bertentang dengan slogan dan kehendak Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said yang mahu ‘merakyatkan pembangunan’ serta slogan ‘1Malaysia’, sebagaimana dipopularkan Perdana Menteri.

Beliau yang juga bekas Exco kerajaan negeri pimpinan PAS dari tahun 1999 – 2004, merasa malu dengan sikap JKKK yang tidak pernah berubah, sejak dahulu hingga sekarang.

”Sebelum PAS perintah pada tahun 1999, mereka (JKKK) menekan orang-orang kampong, apabila PAS menang, sesetengahnya pura-pura menyokong PAS,

”apabila mari (datang) wang ehsan, habis semua mengambil peluang memenuhkan poket masing-masing,”katanya dengan nada kesal.

Menurut beberapa penduduk yang sempat ditemui Buletinonline, beberapa JKKK aktif dalam memujuk dan mengugut mangsa-mangsa banjir supaya berpindah ke balai raya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita14/yahyaredahbanjir2.jpgKetua PAS Cawangan Kamg Kubu, Wan Zainun Wan Deris, 50, berkata tujuan mereka mereka memanggil ramai peduduk ke balai raya adalah untuk mendapat senarai nama.

”Dia (JKKK) nak ambil nama-nama, apabila ada banyak nama, dia akan ‘jual’ nama itu kepada pihak-pihak berkenaan dengan tujuan mengambil kesempatan mendapat ‘laba’,”katanya

Sebagai dalilnya, beliau mengambil contoh tindakan JKKK mengagihkan bantuan kepada mangsa-mangsa ribut dikampung itu baru-baru ini.

“Ada mangsa ribut baru-baru ini mengadu nama mereka diambil oleh pihak JKKK yang membuat bancian tetapi bantuan tidak diterimanya.

“bayangkan, 10 keping atap harga RM1,500 dan mereka (JKKK) akan dapat komesyen,” jelasnya.

Turut sama dalam program ziarah dan penyampaian bantuan kepada mangsa-mangsa banjir semalam adalah Haji Nordin Jalil, Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Marang dan Ustaz Abdullah Suhaimi, Pengarah MTD DUN Pengakalan Berangan.

Antara kampong yang mereka lawati selain Kampung Kubu adalah Kampung Tok Fakir dan kampung Bukit Jenjulong.



Presiden PAS Sampaikan Sumbangan Kepada Mangsa Banjir



MARANG – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Tuman dan Bukit Kulim dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Berangan, petang Khamis.
http://buletinonline.net/images/stories/berita14/TG2.JPGSecara kebetulan, sumbangan itu bertepatan dengan suasana umat Islam sedang membuat persediaan untuk menyambut Hari Raya Iduladha.

Menurut Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) berkenaan, Ustaz Abdullah Suhaimi Zakaria, pengagihan bantuan itu dilakukan secara berkumpulan yang melibatkan beberapa pemimpin PAS Kawasan Marang.

Katanya, sebanyak 50 keluarga yang telah kembali ke rumah masing-masing dari pusat pemindahan banjir menerima sumbangan berupa barangan keperluan dapur seperti beras, tepung, minyak masak, susu, ikan kering dan gula.

“Sumbangan daripada PAS kawasan, Dun dan individu ini disampaikan di rumah masing-masing,” ujarnya.

Bagi pihak MTD Pengkalan Berangan, beliau mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang kerana dapat turun sendiri menyampaikan sumbangan tersebut.

Menurutnya, sewaktu kawasan itu dilanda banjir baru-baru ini, Tuan Guru tidak dapat berbuat demikian kerana berada di ibu negara menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

“Presiden PAS dan isteri, To’ Puan Seri Hajjah Zainab Awang Ngah sempat bertanya khabar kepada beberapa orang mangsa banjir sewaktu menyampaikan sumbangan itu,” ujarnya.

Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada orang perseorangan yang turut memberikan sumbangan bagi menjayakan program tersebut.

Selainnya, antara pemimpin PAS kawasan yang turut menyampaikan sumbangan itu ialah Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Ahmad Maarof Ismail, Hajjah Zarani Othman (Ketua Muslimat), Hassan Jusoh (setiausaha) dan Haji Mohd Draman (penasihat MTD).


Ekoran Banjir Terburuk, Petugas PAS Turun Sepenuhnya


KUALA NERUS
– Gelombang kedua banjir yang melanda negeri ini dianggap sebagai banjir yang terburuk sejak beberapa tahun lalu, apabila hampir seluruh daerah di negeri ini dinaikki air akibat hujan lebat yang turun beberapa hari.


http://buletinonline.net/images/stories/berita14/IMG_6364.JPGTinjauan Buletinonline ke kawasan Parlimen Marang mendapati kebanyakkan kawasan-kawasan rendah telah ditenggelami air diantara 1 hingga 2 meter. Keadaan yang sama turut melanda Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu sebagaimana dilaporkan akhbar tempatan (catatan dibawah)

Seorang penduduk di Kampung Kubu, DUN Pengakalan Berangan yang ditemui berkata, tidak pernah berlaku banjir seumpamanya, sejak beliau tinggal di kampong tersebut 6 tahun lalu.

Keadaan banjir akan menjadi lebuh teruk apabila Jabatan Meteorologi menjangkakan hujan lebat serta angin kencang dengan kelajuan 70 kilometer sejam (kmsj) dijangka berterusan sehingga hari kedua sambutan Aidiladha, Sabtu ini.

Penolong Ketua Pengarah Pusat Kajicuaca Jabatan berkenaan, Amirzudi Hashim, berkata angin ribut tropika ini menyebabkan ombak di laut bergelora ke paras setinggi 3.5 meter.

"Kesan daripada itu, air laut di sekitar pantai juga naik lebih tinggi iaitu sebanyak 0.5 meter berbanding hari biasa iaitu di paras kosong ," katanya semalam.

Sehubungan itu, semua jentera PAS diminta untuk bersedia memberikan khidmat membantu mangsa banjir di kawasan masing-masing.

Ketua Lajnah Kebajikan PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata unit-unit utama seperti Unit Amal dan Skuad Khidmat diharap dapat turun ke barisan hadapan menghadapi bencana tersebut.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Nerus berkata beberapa kawasan di sini telah pun dilanda banjir terutama kawasan Taman Pusu Tiga yang dimaklumi sebagai kawasan rendah dan mudah dinaiki air.

Sementara itu, Buletinonline dimaklumkan, Pengarah Unit Amal turut turun padang membantu mangsa-mangsa banjir dikawasan berkenaan


Banjir: Adun nasihat jaga keselamatan, kesihatan



http://buletinonline.net/images/stories/berita14/bu%202.JPGMARANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah mengingatkan penduduk yang terlibat dengan banjir supaya menjaga keselamatan dan kesihatan diri dan keluarga.
Ketua Dewan Pemuda PAS negeri itu juga menasihati masyarakat termasuk di kalangan mangsa banjir supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan dijangkiti kuman kolera dengan meningkatkan penjagaan kebersihan.

Ini, katanya kerana kebetulan pula negeri ini sedang dilanda wabak taun dan pihak hospital menyatakan ia mudah merebak melalui air dan makanan yang tercemar.

Beliau yang melawat beberapa kawasan dalam Dun tersebut yang dilanda banjir bersama anggota rombongan berharap mereka yang terlibat bersabar dengan ujian daripada Allah itu.

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/bu%201.JPGDalam pada itu, beberapa projek yang dijalankan di kawasan Dun berkenaan yang tidak mengambil kira sistem perparitan dikatakan antara punca yang menyebabkan berlaku banjir secara mendadak.

Antara kawasan yang terjejas ekoran keadaan itu ialah Taman Perumahan Al-Amin dan perumahan Giat Mara Bukit Payong yang membabitkan lebih 1,200 penduduk.

Pembinaan Lebuh raya Pantai Timur fasa II antara Jabur dengan Tepoh yang melalui kawasan itu dikatakan menjadi punca air naik mendadak dua hari lalu menyebabkan rumah penduduk ditenggelami air sekitar tiga meter.

Menurut penduduk, sepanjang 14 tahun tinggal di situ, kawasan penempatan mereka tidak pernah dilanda banjir sebelum ini.


Ulasan