BESUT – Bekas Menteri Besar Terengganu yang disingkirkan, Dato’ Seri Idris Jusoh menuduh penduduk di bebeberapa buah kampung di daerah ini mengamalkan ajaran sesat.
Katanya, orang-orang kampung mendakwa ’dapat pahala’ jika tidur bersama dengan gambar seorang pemimpin parti pembangkang di negara ini.
"Selain tidur bersama gambar dan percaya apabila melihat gambar pemimpin berkenaan akan memperoleh pahala, penyokongnya juga ditanamkan dengan kepercayaan bahawa sekiranya bermimpi bertemu pemimpin itu maka pahala berganda akan diperolehi oleh orang tersebut.
"Ini satu perkara serius yang patut diperbetulkan kerana ia jelas telah memesongkan akidah yang bertujuan untuk mengekalkan populariti dalam politik," kata Idris kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jualan Mega peringkat daerah di sini pada Sabtu, 31 Oktober, sebagaimana dilaporkan Bernama
Penipuan Hampir Setahun Lalu ?
- Royalti Kembali Ke TerengganuKUALA TERENGGANU - Hampir setahun yang lalu, kira-kira menjelang waktu berkempen untuk pilihanraya kecil Kuala Terengganu, gambar Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said memegang sekeping replika cek bernilai RM408.6 Juta telah ditonjolkan oleh beberapa media utama (Gambar kiri - Ahmad Said menjulang replika cek).
Berita yang diputarbelitkan adalah seolah-olah pembayaran royalti telah kembali Kepangkuan rakyat dan kerajaan Terengganu.
Unit Komunikasi negeri Terengganu melaporkan;
Penantian rakyat Terengganu untuk melihat hasil royalti minyak diserahkan kepada Kerajaan Negeri kini menjadi kenyataan apabila Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyerahkan cek RM408.6 Juta.
Bernama pula menulis;
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan negeri Terengganu perlu menggunakan sebaik mungkin wang royalti berkenaan dan pada masa yang sama bersyukur dengan anugerah yang diberikan itu.
Beliau berkata janji kerajaan pusat untuk memulangkan kembali wang royalti minyak ke pangkuan rakyat Terengganu sudahpun ditunaikan dan itu melambangkan keikhlasan kerajaan pusat.
"Cek wang royalti berjumlah RM408.6 juta saya serah sendiri kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said. Ini melambangkan keikhlasan kita.
Berita Harian turut melaporkan;
"Kerajaan Pusat mengembalikan hak rakyat Terengganu dengan menyerahkan wang royalti kepada kerajaan negeri sebanyak RM408.6 juta.
"Dengan itu, Kerajaan Terengganu sudah cukup pitih (duit) untuk melaksanakan pelbagai pembangunan yang dirancang selama ini," katanya.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Kabinet juga memutuskan pemberian wang ehsan akan dihentikan kerana Kerajaan Pusat menghormati perjanjian yang termaktub dengan Kerajaan Terengganu berhubung pembayaran royalty
Utusan Malaysia pula melaporkan;
“Seandainya minyak pupus, Terengganu dengan langkah ini akan dapat punca pendapatan tambahan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek royalti minyak berjumlah RM408.6 juta kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said di sini hari ini.
Maka seluruh rakyat pun dikatakan gembira kerana kerajaan pusat telah menyerahkan kembali royalti kepada kerajaan negeri Terengganu.
Dilaporkan berita susulan, dengan menemuramah beberapa orang rakyat Terengganu dan semuanya memberikan jawapan, sukacita bahawa royalti telah kembali ke pangkuan negeri Terengganu.
Namun apa yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi, Negeri Terengganu Tahun 2008 adalah sebaliknya.
Dalam muka surat 12, menurut Jadual 4.10 menyerlahkan kebenaran bahawa bayaran RM408.6 juta, bukanlah bayaran wang royalti.
Ia adalah sebenarnya merupakan bayaran baki peruntukan Dana Khas bagi tahun 2007 dan 2008 yang berjumlah RM408.60 juta, yang dibayar pada bulan Disember 2008
”Kita (Pemuda) berjihad menentang ‘musuh’ Allah SWT” – Ustaz Nasruddin
KEMAMAN - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan berkata Pemuda PAS perlu mempersiapkan diri untuk keluar ke tengah medan meneruskan jihad menegakkan Islam di bumi Allah SWT.
Katanya persiapan jentera Pemuda memerlukan perancangan teliti dan menyusun gerak kerja ke arah lebih mantap dan berkesan.
Ini penting, katanya kerana hanya gerak kerja yang terancang dan tersusun serta semangat juang yang tinggi akan membuahkan hasil yang diidamkan, menegakkan Daulah Islamiah di Malaysia.
Ini penting, katanya kerana hanya gerak kerja yang terancang dan tersusun serta semangat juang yang tinggi akan membuahkan hasil yang diidamkan, menegakkan Daulah Islamiah di Malaysia.
“Kita (Pemuda PAS) kena sedar bahawa pemuda sebagai obor perjuangan ini telah dipertanggungjawabkan dengan tugasan untuk bersama di medan perjuangan Islam.
“Kita (Pemuda) berjihad menentang ‘musuh’ Allah SWT, membangun, mendidik dan membentuk ummah dan mempertahankan syakhsiah ummah,” tegasnya ketika merasmikan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2009 di Dataran Tok Guru di Kampung Geliga Besar, Chukai, Kemaman, semalam.
Katanya, ‘Himpit 10K’ yang diadakan ini menjadi medan kepada generasi muda menyahut seruan ‘Pemuda adalah obor perjuangan’.
Ustaz Nasruddin mengingatkan Pemuda PAS agar tidak lalai dan terpesona dengan kemenangan selesa pasca pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu.
“Saya harap semoga Himpit 10K yang diadakan ini menjadi medan buat generasi pemuda menyahut seruan “Pemuda Adalah Obor Perjuangan” untuk memperlihatkan Islam terus berdaulat di atas muka bumi Allah SWT.
“Mudah-mudahan dalam suasana PAS berada ditahap selesa pada pasca PRU ke-12 lalu, Kita (PAS) tidak terpesona dengan kemenangan yang ada sehingga ia melalai dan melupakan kita (PAS) dari tugas dan tanggungjawab besar yang berada dihadapan kita,” ujarnya di hadapan hampir 10,000 Pemuda PAS dari seluruh negeri.
Menurutnya, cabaran lebih besar kini berada di hadapan yang bakal ditempohi oleh setiap ahli perjuangan parti.
Katanya, Pemuda PAS tidak pernah takut dan gentar dengan sebarang bentuk cabaran demi menegakkan daulah Islamiah di negara tercinta ini.
Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Yahya Ali dan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Pemuda PAS Pantau Kegiatan Penyelewengan Kewangan Kerajaan Negeri
KEMAMAN – Pemuda PAS Terengganu memantau kegiatan Umno menyelewengkan kewangan kerajaan negeri dan berharap Umno dan Barisan Nasional akan tumbang bersama penyelewengan, salahguna kuasa dan kewangan rakyat negeri Trengganu.
Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata pihaknya menyedari Umno menggunakan kewangan rakyat dan kerajaan negeri Trengganu, yang diluluskan melalui perbekalan tambahan dalan Dewan Undangan Negeri September lalu.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata sepatutnya kerajaan menggunakan kewangan tersebut memberikan latihan kepada anak-anak muda bukan untuk mengukuhkan Umno dengan program ’Dana Bakti Remaja’.

”Kita mendapat maklumat di Paka ada seratus lebih dan di Sura ada seratus lebih (anak-anak muda) dan kita sedar dimana-mana mereka memanggil anak-anak muda (menyertai program Dana Bakti Remaja),
”sepatutnya RM200 itu (dibelanjakan) untuk kerja yang lain, memberikan latihan, khidmat dan berbagai lagi, yang sepatutnya memberikan mereka (anak-anak muda) kemahiran dalam kerjaya, akhlak yang baik dan kefaham Islam” katanya ketika ditemui selepas ceramah sempena Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) di Kampung Geliga, Chukai, disini kelmarin.
Beliau berkata pemuda PAS Terengganu mengambil tindakan bertemu dengan mana-mana pemuda yang hadir dalam kursus tersebut dan membuat tindakan susulan.
Katanya melalui pertemuan dengan anak-anak muda tersebut, pemuda PAS telah diberi jaminan, walaupun mereka mengambil wang dari Umno, mereka tetap akan menyokong PAS.
Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said berkata, kerajaan negeri memperuntuk RM23 juta untuk program yang diperkenalkan sejak tahun 2000 itu yang dahulunya dikenali sebagai wang ihsan.
“Setiap remaja yang terlibat yang berumur 21 tahun ke atas akan menerima sebanyak RM200 seorang dan wang tersebut akan diagih-agih tidak lama lagi kerana borang-borang sudahpun diedarkan kepada remaja-remaja berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Dana Bakti Remaja Terengganu 2009 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, pada 8 Jun, 2009.

Ulasan