Hakisan Pantai Tok Jembal ‘Merebak’, Penduduk Tambah Bimbang

KUALA NERUS – Jangkaan Buletinonline, hakisan yang berlaku di pantai Kampung Tok Jembal dekat sini, akan merebak sehingga sejauh tiga kilometer sepanjang pantai sehingga Universiti Malaysia Terengganu (UMT), mungkin jadi nyata.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/hakisantokjembal2.JPGIa adalah kerana fenomena ombak musim tengkujuh yang akan berlaku pada tahun ini, dijangka lebih besar dan kuat daripada yang berlaku pada tahun lalu.

Dua penduduk tempatan yang ditemui mengatakan mereka tidak yakin kerja-kerja penambakan dan pengawalan hakisan yang telah dilakukan akan menyelesaikan masalah tersebut.


”Tahun ini, tak tahulah kita, tahun lepas sampai depan tu dah, tahun ini kemungkinan (keadaan menjadi) teruk lagi,”kata salah seorang dari mereka, ketika tinjauan dibuat ke lokasi berkenaan baru-baru ini.

”(Nak buat macamana) tak tahulah, hok ni tak selesai sokmo,”jawab seorang lagi anak muda Kampung Tok Jembal ketika temubual spontan dengan Buletinonline.

Pada 8 November lalu, sebuah akhbar tempatan merakamkan kebimbangan penduduk kampung terbabit apabila hujan lebat dan angin kencang berlaku tanpa henti sejak musim tengkujuh bermula awal minggu lalu.

Berikutan itu, mereka terpaksa menutup laluan pesisir pantai dari lapangan terbang menuju UMT ekoran hakisan pantai yang semakin merebak.

Sekiranya pihak-pihak berkenaan tidak mengambil langkah yang drastik menyelesaikan masalah tersebut, ia akan memberi kesan kepada kehidupan penduduk setempat.
 
“Siapa yang tidak bimbang setelah kawasan tempat tinggal diancam masalah ini (hakisan), tambahan pula ia turut memberi kesan kepada keindahan pantai yang sememangnya dikunjungi ramai.

Justeru itu, kami berharap agar semua pihak mengambil langkah lebih proaktif untuk mengatasi masalah hakisan pantai daripada terus menjadi ancaman kepada keselamatan penduduk, terutamanya golongan nelayan di sini,’kata Che Rani Abdullah, 37 kepada akhbar tersebut.

Pada 5 Februari lalu, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said mengadakan lawatan mengejut setelah menerima laporan, jalan pesisir pantai tersebut hampir putus akibat hakisan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/hakisantokjembal1.JPGDifahamkan, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk menambak kawasan kiri dan kanan landasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, bagi mengawal hakisan yang berlaku.

Namun begitu, tiada siapa yang menjangka tabiat fenomena alam, apatah lagi apabila keadaan semulajadi laut China Selatan telah dicerobohi dan diubahsuai bagi tujuan memanjangkan landasan.

Pemanjangan sejauh satu kilometer landasan terbang dari pantai menganjur ke laut, didakwa menjadi punca hakisan pantai.

Pada 28 Februari, ahli parlimen Kuala Nerus Dato’ Mohd Nasir Ibrahim Fikri berkata satu kajian akan dibuat bagi mengenalpasti punca hakisan.

”Saya tidak dapat memberikan apa- apa ulasan lanjut kerana saya masih tidak mendapat maklumat lengkap berhubung kejadian ini.

”Kajian juga perlu dijalankan bagi mengenal pasti puncanya bagi membolehkan kita mengambil tindakan lanjut,” katanya.

Diminta mengulas lanjut berkaitan hakisan pantai sejak Disember lalu, Mohd. Nasir memberitahu, sebelum ini, penduduk Kampung Tok Jembal turut mengadu masalah tersebut kepadanya.

”Antara aduan dan kebimbangan yang saya terima ialah penambakan pantai untuk projek pembesaran Lapangan Terbang Sultan Mahmud telah menyebabkan kejadian hakisan berkenaan.


”Penambakan pantai tersebut juga mungkin menjadi penyebab kenapa kejadian itu berlaku kerana secara logiknya apabila kita mengubah sesuatu ekosistem itu, ia akan mempengaruhi ekosistem di sekitarnya,” ujarnya.

Namun, sudah setahun berlalu, berjuta ringgit telah dibelanjakan, musim tengkujuh kembali dan hakisan terus merebak, kajian Mohd Nasir masih belum nampak?

Penyelewengan Rumah PPRT Siri 2 - Agihan Kepada Suku Sakat, Jadi Rumah Sewa

BESUT - Pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu hanya mengutamakan ahlinya dalam pengagihan sebarang bentuk bantuan kerajaan negeri.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/PPRTTembila%203.JPGTindakan memilih ‘suku sakat dan kroni’ mereka dalam menerima bantuan, menyebabkan objektif kerajaan membasmi kemiskinan tidak menepati sasaran. 

Tinjauan Buletinonline ke Kampung Tembila, Besut berjaya mengesan dua buah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dimiliki oleh dua adik-beradik.


Kedua-dua buah rumah dari projek PPRT tersebut terletak dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Putra yang diwakili oleh Mohd Pehemi Yusuf.

Menurut sumber yang boleh dipercayai pemilik rumah PPRT tersebut kepunyaan dua anak-beranak yang telah pun mempunyai rumah kediaman masing-masing.

Seorang penduduk, Encik Mat Jani Abdullah, 47, mendakwa pemilik rumah PPRT tersebut adalah adik-beradik di kalangan orang ‘kuat’ Umno.

Menurutnya, salah sebuah rumah berkenaan telah dijadikan rumah sewa kepada penghuni lain sejak beberapa tahun lalu.

Manakala, kata beliau rumah kedua PPRT itu yang masih diperingkat akhir pembinaan juga bakal disewakan oleh pemiliknya.

“Kedua-dua rumah PPRT ini duduk dalam satu lot tanah dan kepunyaan dua orang adik-beradik sahaja.

“Mereka (pemilik) orang ‘kuat’ dalam Umno dan rumah PPRT yang sudah siap hanya dibuat sewa kepada orang lain,” jelasnya.

Menurutnya, kerajaan BN Terengganu mengagihkan bantuan rumah PPRT kepada bukan sasaran sebenar yang layak.

Katanya, masih ramai rakyat yang tidak mempunyai rumah sendiri dan menumpang tetapi tidak terpilih untuk rumah PPRT.

Kos pembinaan setiap rumah dianggarkan berharga hampir RM20,000 dibina oleh kerajaan Umno-BN dari wang ehsan yang dirampas melalui wang royalti ketika di zaman pemerintahan kerajaan PAS Terengganu tahun 1999 hingga 2004.


Penyelewengan Rumah PPRT Siri 1 – Rumah PPRT Jadi Pondok Jaga Kambing


Tindakan Segera ADUN Ladang Kurangkan Risiko Banjir


KUALA TERENGGANU
– Kerajaan Negeri Terengganu di gesa mengatasi segera masalah perparitan yang menjadi punca banjir dibeberapa kawasan dalam bandaraya ini.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/tindakansegeraadunladang.JPGAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang Dato’ Tengku Hassan Omar berkata, sehingga kini, Kerajaan Negeri masih tidak mengambil sebarang tindakan mengatasi masalah tersebut dengan alasan, pihaknya sedang membuat rancangan bagi pembangunan semula.

Oleh yang demikian, katanya, ramai penduduk khususnya di kawasan Ladang Mengabang terpaksa berhadapan dengan bencana banjir,  setiap kali datangnya musim tengkujuh.

Menurutnya masalah itu sebenarnya berpunca daripada longkang yang tersumbat dengan pasir pantai sejak setahun lalu.

Oleh yang demikian, ketika waktu hujan lebat melanda baru-baru ini, beliau sendiri telah turun padang bersama-sama agensi kerajaan khususnya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk selama ini.

“Jika dulu, masalah banjir di sini berpunca daripada air longkang yang tersumbat dengan sampah sarap, tetapi telah pun diselesaikan di mana pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) telah menyediakan perangkap sampah di sini,

“tetapi, kini masalah lain pula yang timbul di mana longkang disediakan tersumbat dengan pasir pantai dan ini menyebabkan setiap kali musim hujan, air akan melimpah dan mengakibatkan banjir berlaku di sini,” katanya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/tindakansegeraadunladang1.JPGKecaknaan dan tindakan segera beliau yang memaklumkan perkara tersebut kepada JPS telah dapat mengawal banjir yang berlaku daripada terus menenggelami kawasan itu.

Justeru itu, penduduk di kawasan tersebut kini boleh menarik nafas lega bagi mengharungi musim tengkujuh yang baru sahaja bermula tanpa berasa rungsing dan bimbang akan ditenggelami air.

“AlhamduliLlah, setakat ini kerjasama yang diberikan oleh JPS amat baik dan kini kerja-kerja sedang dijalankan oleh pihak mereka.

”diharapkan masalah ini dapat diselesaikan dengan secepat yang mungkin sebelum tibanya musim tengkujuh nanti,” katanya.

“Walaupun apa jua alasan daripada kerajaan, seharusnya permasalahan ini tidak boleh ditangguh-tangguhkan kerana ia menyentuh soal kebajikan dan keselesaan rakyat.

”kerajaan sewajarnya mengambil tindakan ‘segera’ mengatasinya,” tegas Dato’ Tengku Hassan.

Ulasan