Banjir - Umno Tidak Beri Bantuan Walaupun Satu Sen ?
Chukai, KEMAMAN – Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat@Ramli mendakwa, Umno tidak memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir baru-baru ini walaupun satu sen.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tuduhan yang dilemparkan oleh Umno DUN Chukai, PAS tidak memberikan sebarang bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Geliga disini.
(Gambar - Ustaz Yusof Embong menyampaikan sumbangan bantuan kepada mangsa banjir Kampung Geliga)
Menurutnya, setelah banjir yang berlaku di kampung terbabit surut, Umno yang lambat memberikan bantuan sebaliknya menuduh PAS tidak membantu penduduk kampung tersebut.
”Sebenarnya Umno lah yang tidak memberi walau satu sen pun kepada orang-orang kampung, tetapi pejuang-pejuang PAS mengeluarkan wang dari poket-poket masing-masing membantu saudara-saudaranya yang ditimpa kemalangan,
”bantuan yang diberi oleh Umno bukan dari kocek Umno tetapi adalah wang rakyat,”tegas Hanafiah.
Katanya, bantuan yang dihulurkan oleh orang Umno sebenarnya adalah hasil kutipan yang dibuat oleh kerajaan melalui cukai dan perkhidmatan yang dikenakan keatas seluruh rakyat.
Beliau menegaskan bantuan ‘ehsan’ yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak adalah dari wang royalti minyak, bukan dari tabung Umno.
”Umno Cuma tukang 'bbagi' (sampaikan) dan (sebenarnya) rakyat sepatutnya mendapat lebih dari itu,
”Oleh itu, janganlah orang-orang Umno, pemuda Umno, Wanita Umno dan Puteri Umno nak tunjuk sombong,”katanya ketika dihubungi Buletinonline.
Katanya lagi, beliau telah turun menziarahi penduduk kampung Geliga sebaik sahaja menerima berita bajir kilat yang berlaku.
”Saya telah turun sendiri dan menyampaikan sedikit bantuan, pendahuluan kepada mana-mana yang termampu,
”kemudian pada sebelah malamnya, pihak MTD Chukai telah membuat satu majlis menjemput semua mangsa-mangsa banjir Kampung Geliga untuk mendengar tazkirah dan kemudiannya menerima bantuan yang disumbangkan oleh semua ahli-ahli PAS,”jelas Hanafiah.
Buletinonline dimaklumkan, majlis Tazkirah dan sumbangan bantuan tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Yusof Embong, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Pahang yang dipanggil khusus oleh pihak MTD.
Umno Mempolitikkan Kesusahan Rakyat
Alor Limbat, MARANG - Seorang penduduk Kampung Kubang Durian disini mendakwa terkilan dan seolah-olah teraniya dengan bekas Ahli Parlimen Marang, Dato’ Abdul Rahman Bakar.
Menurutnya Abdul Rahman berjanji akan memberikan bantuan memperbaiki rumahnya yang ditimpa pokok.(Gambar - Yahaya, paling kiri, turut membantu memaku atap rumah Puan Syarifah)
Puan Syarifah Sabarian Tuan Muda berkata pada 22 November lalu Dato’ Abdul Rahman Bakar datang dan menawarkan diri untuk menghulurkan bantuan.
Beliau merasa sukacita dengan pelawaan Abdul Rahman yang menyuruh beliau membeli barang-barang keperluan untuk memperbaiki kerosakkan dan kemudian menghantar resit pembelian kepadanya.
Setelah membeli kayu, atap dan papan dengan kos RM 4800, kata Puan Syarifah, beliau telah menyerahkan resit untuk tujuan tututan semula, berdasarkan janji Abdul Rahman.
Namun begitu, malangnya, Puan Syarifah berkata, Abdul Rahman hanya memberikan RM 1000 sahaja.
“Kejadian (pokok tumbang) ini berlaku pada jam 8.00 malam Sabtu, hari Ahad Dato’ Man (Abdul Rahman) Bakar datang dan janji untuk salur bantuan segera.
“Dia (Dato’ Man Bakar) janji baiki segala kerosakkan tetapi apabila jumlah bil. pembelian barangan (kayu, atap dan papan) berjumlah RM4800 bayaran hanya diberikan RM1000 sahaja,” jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.
Selain itu, beliau turut hampa kerana tidak ada tenaga kerja yang datang membantu sebagaimana dijanjikan oleh pihak Umno
”Nasib baik orang PAS datang, buat gotong-royong membersih dan baiki rumah dengan segera,” ujarnya dan menambah, beliau amat menghargai tindakan PAS yang cakna dan meringankan beban kesusahan rakyat.
Antara yang turun membantu Puan Syarifah adalah Yang Dipertuan PAS Marang, Yahaya Ali yang turut sama bergotong royong.
Beliau yang ditemui meluahkan kekesalan dan menyifatkan tindakan Umno mempolitikkan kesusahan yang dihadapi rakyat sebagai sesuatu yang ‘amat tidak wajar’.
“Orang dalam kesusahan pun pemimpin Umno-BN hendak main politik. Ini tidak sesuai dan amat tidak wajar,” ujarnya.
Katanya, MTD PAS Alor Limbat yang baru mengetahui kejadian tersebut segera menghulurkan bantuan RM1,000 serta menyumbangkan tenaga kerja bagi membaik pulih rumah Puan Syarifah.

Banjir Kilat Setiap Tahun Kerana Tiada ‘Longkang Tengkujuh’ (Monsoon Drain)
- Bukti (Kedua) Monsoon Cup Tidak Membawa Banyak Manfaat
KUALA TERENGGANU – Beratus-ratus juta telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri menganjur ‘Monsoon Cup’,
sedang ‘Bandaraya’ Kuala Terengganu ‘monsoon drain’ pun tak ada!
Itulah keluhan penduduk, warga Kuala Terengganu yang terpaksa bercekang mata dan tidak dapat tidur lena apabila musim monsun tiba, kerana bimbang air longkang akan melimpah.

”Tiap-tiap tahun ada (banjir kilat), kalau boleh kita minta buat longkang beri molek (jadi lebih baik), sebab ini bukan ‘banjir’, ini longkang punya air naik,”kata seorang warga emas, Wei Ah, 58, ketika ditemui Buletinonline.
Menurutnya, satu hari kelmarin, 1 Disember, berlaku dua kali air longkang melimpah dan membanjiri, hingga ke dalam rumahnya, sekali pada jam 6 petang dan kali kedua berlaku pada jam 10.30 malam.
“Hari ini dah dua kali, (tahun ini) dalam dua tiga bulan ini sudah lima kali, susah kita (jadinya),”keluhnya, yang sedang menimba air keluar, dari ruang tamu rumahnya (Gambar kanan)
Seorang lagi penduduk Taman Perumahan Cerong lanjut, Beow Tin, 60, berkata, penduduk dipersekitaran itu telah menderita selama 35 tahun.
Beliau sendiri pernah menulis surat kepada bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, memohon supaya dibina ‘Longkang Monsun’ (Monsoon Drain) bagi menyelesaikan masalah dilanda banjir kilat setiap kali tiba musim tengkujuh.
”Sudah 35 tahun, mula-mula sekali saya buat (tulis) surat kepada (Tan Sri) Wan Mokhtar
(Menteri Besar) masa tu, sehingga sekarang tak selesai masalah,Seorang lagi penduduk Taman Perumahan Cerong lanjut, Beow Tin, 60, berkata, penduduk dipersekitaran itu telah menderita selama 35 tahun.
Beliau sendiri pernah menulis surat kepada bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, memohon supaya dibina ‘Longkang Monsun’ (Monsoon Drain) bagi menyelesaikan masalah dilanda banjir kilat setiap kali tiba musim tengkujuh.
”Sudah 35 tahun, mula-mula sekali saya buat (tulis) surat kepada (Tan Sri) Wan Mokhtar
”saya minta buat longkang besar sikit, ‘Monsoon Drain’ lah, ini kecil tak padang (cukup), air dari bukit, ni (jadi) slow (perlahan) pasal atas bukit ada projek (yang membawa lumpur),”jelasnya.
Menurutnya, projek pembangunan Puncak Panorama yang sedang dilaksanakan di atas Bukit Pak Apil ‘ada kaitan’ dan menyumbang kepada banjir kilat menjadi lebih teruk.
(Ketiadaan ‘Monsoon Drain’ sebagai satu infrastruktur penting Bandaraya Kuala Terengganu, adalah satu bukti yang jelas, menolak dakwaan bekas Exco Terengganu, Dato; Wan Hisham Wan Salleh, penganjuran ‘Monsoon Cup’ membawa banyak manfaat kepada rakyat)
Dato' Ku Akan Bawa Masalah Banjir Kilat Ke Dalam Sidang DUN
- Sehingga masalah tersebut diselesaikan
KUALA TERENGGANU – Masalah banjir kilat yang berlaku di Taman Perumahan Cerong Lanjut berulang kali berlaku tanpa tindakan yang ‘konkrit’ oleh pihak kerajaan bagi menyelesaikannya.
Oleh itu PAS akan terus membawa suara dan penderitaan yang dialami rakyat sehingga masalah tersebut diselesaikan oleh pihak yang bertanggungjawab.
”Masalah ini telah berlaku pada tahun lalu, kerana ada pembangunan di atas Bukit Pak Apil, tanah bukit turun pada musim hujan, longkang yang ada tidak cukup membawa air keluar, apabila hujan lebat datang, ia terus masuk ke tempat (kawasan) rendah ini,
”dan memang ini masalah yang telah kita sebut pada kerajaan tahun lepas supaya diambil tindakan segera, tetapi tindakan masih tidak diambil kecuali kita nampak ada tanda-tanda nak buat longkang, tapi tak buat juga lagi,”ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar.
Beliau yang ditemui, turun sendiri ke kawasan Perumahan terbabit ketika berlakunya banjir kilat pada malam 1 Disember lalu kesal kerana tindakan yang diambil terlalu lambat.
Akibatnya, kata beliau, apabila musim tengkujuh (monsoon) tiba penduduk di persekitaran tersebut terpaksa menanggung kesusahan apabila banjir kilat berlaku.

“Orang-orang disini terpaksa menanggung kesusasahan walaupun telah membuat benteng (dipintu) rumah, bila air masuk, tak boleh keluar, ini masalah yang selalu timbul,”jelasnya yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu.
Katanya, kerajaan sepatutnya prihatin tentang masalah yang menimpa penduduk di situ, kerana menurutnya, beliau selaku wakil rakyat telah membuat makluman awal, bahkan telah membawa perkara tersebut ke dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (Sidang DUN) yang lalu.
”kita sudah beritahu awal, kita sudah bawa kepada Sidang DUN (berkenaan) masalah penduduk disini, tetapi tindakan masih lambat juga”katanya kesal.
Justeru, beliau menggesa pihak kerajaan supaya menyegerakan pembangunan ‘Puncak Panorama’ diatas bukit Pak Apil kerana menurutnya, selagi ia tidak siap, ia akan terus menjadi masalah.
”Kita menggesa kerajaan supaya menyiapkan segera pembangunan di atas Bukit Pak Apil, kita jua minta supaya dibuat penahan tanah, supaya dapat menahan runtuhan tanah-tanah merah ke bawah,
”Dan kita minta supaya longkang dan sistem perparitan itu diperbaiki dan disegerakan pembinaanya, jangan tunggu tahun depan lagi pula,”tegasnya

Menurutnya, beliau akan bertanya lagi soalan berkenaan pembangunan di atas bukit Pak Apil dalam Sidang DUN pada 21 Disember akan datang.
”memang ada salah satu soalan yang saya kemukakan tentang pembangunan itu,”tambahnya

Tidak Pernah Berlaku Sejak 40 Tahun Lalu
Chukai, KEMAMAN – Satu kejadian yang ‘agak aneh’, yang tidak pernah berlaku telah dialami oleh sebahagian besar penduduk di kampung Geliga, dekat sini sejak kelmarin.
Hujan lebat yang tidak berhenti-henti pada hari Jumaat lepas menyebabkan air bertakung dan meneggelamkan hampir keseluruhan kampung tersebut.
Seorang penduduk warga emas, Mat Min, 72, yang lebih dikenali sebagai Pok Mi berkata sejak beliau tinggal di situ belum pernah dilanda kejadian ‘banjir kilat’ seumpama itu.

”Sudah 40 tahun saya tinggal dikampung ini, tidak pernah air naik, tidak pernah banjir, baru ini lah terjadi begini,”katanya ketika di temui wartawan Buletinonline.
Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Hj Hanafiah Mat, menyifatkan banjir yang melanda kampung terbabit adalah sesuatu yang ‘serius’ yang perlu diambil perhatian oleh pihak berkuasa.
Menurutnya, sepanjang pengetahuan beliau, kampung Geliga adalah kawasan yang agak tinggi dan tidak mudah dinaiki air.
Beliau yang ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada beberapa penduduk berkata, kejadian itu berlaku mungkin kerana tanah di kawasan tersebut tidak lagi dapat menyerap air hujan.
”Selepas hujan pada gelombang pertama dan kedua musim tengkujuh, hujan sangat lebat baru-baru ini, tanah kawasan tersebut mungkin tidak menyerap air lagi, menyebabkan air bertakung,”jelasnya.
Oleh itu, beliau menggesa pihak-pihak berkenaan termasuk Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat kajian terperinci tentang kejadian itu dan mengambil tindakan perlu supaya ia tidak berulang.
”Saya mencadangkan supaya dibina longkang bawah tanah, yang tertutup namun dapat menyerap air hujan, sekiranya turun berlebihan,
”kita (kerajaan PAS) pernah membuat longkang bawah tanah dihadapan sebuah pusat beli belah ditengah-tengah Bandar Chukai, untuk mengelakkan banjir, hasilnya, banjir kilat tidak berulang,”ujar beliau yang juga bekas Ahli majlis Perbandaran Kemaman.
Beliau berkata, pihaknya sedia bekerjasama bagi menjayakan apa-apa cadangan kerajaan supaya para penduduk dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa.

Ulasan