Setiausaha Kerajaan Terengganu Tidak Tahu Tentang Kehilangan Kenderaan Milik Kerajaan
KUALA TERENGGANU – Amat mengejutkan dan agak pelik ! Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu, Dato’ Mokhtar Nong tidak tahu menahu tentang kehilangan tiga buah kenderaan milik kerajaan negeri.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, sepatutnya SUK lebih tahu kerana perkara tersebut telah di nyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara.
”Saya kemukakan soalan dam sidang DUN, tentang kehilangan 3 buah Proton Perdana V6 sebagaimana dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara,
”SUK tak tahu apa-apa tentang kehilangan kenderaan milik kerajaan itu,”kata Haji Wahid ketika dihubungi Buletinonline semalam.
Selain kereta, katanya, sebuah jengkaut (excavator) milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu turut hilang.
Malah, sewaktu makan tengahari, beliau telah diberitahu oleh Pegawai Kewangan Negeri, bukan tiga buah kereta Proton Perdana yang hilang, tetapi empat.
”Saya juga dimaklumkan, waktu makan tengahari, Pegawai Kewangan beritahu, bukan tiga kereta yang hilang tetapi empat,
”Sebuah proton Perdana baru hilang awal tahun ini,”jelasnya.
Keadaan tersebut katanya menunjukkan ketidakcekapan pentadbiran kerajaan Umno/BN negeri Terengganu yang turut mendapat teguran oleh Ketua Audit Negara.
Malangnya, kata beliau, Laporan Ketua Audit Negara berkenaan Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2008 tidak diedarkan kepada wakil-wakil rakyat .
”Ia satu lagi kelemahan kerajaan, sepatutnya ia diedarkan, supaya perkara yang penting dalam Laporan tersebut dapat diketahui dan dibahaskan dalam siding DUN,”katanya.
Justeru beliau menyeru seluruh rakyat negeri Terengganu supaya membuat penilaian dan menolak kerajaan Umno/BN pada pilihanraya umum akan datang kerana tidak mengamalkan prinsip ‘Kerajaan Yang Baik, Telus dan Bertanggungjawab’ (Good Governance, Transperancy & Accountability)
PAS Sokong Terengganu Tuntut Royalti Sepenuhnya
KUALA TERENGGANU – PAS menyokong penuh tindakan kerajaan negeri Terengganu menuntut sepenuhnya wang royalti petroleum supaya dikembalikan kepangkuan rakyat dan kerajaan.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Burok) berkata, pihaknya berharap Kerajaan Persekutuan mengembalikan wang tersebut kepada Kerajaan Negeri secepat mungkin.
(Gambar - Dr Syed ketika bangun berucap dalam Sidang DUN semalam)
Beliau mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said yang telah memberikan jawapan secara terbuka berkenaan perkara tersebut dalam Sidang Dewan Undangan Negeri semalam.
Namun katanya, beliau agak terkejut dan kesal kerana ratusan juta ringgit wang tersebut telah dibelanjakan oleh kerajaan persekutuan.
“Penjelasan dibuat adalah sesuatu yang mengejutkan apabila wang dibelanjakan untuk pembangunan Persekutuan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menggunakan wang royalti lebih RM700 juta, ini amat kita kesal,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Sidang semalam.
Semalam, Ahmad ketika menjawab soalan Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Rhu Rendang) telah mengumumkan pihaknya masih berunding dengan Kerajaan Persekutuan dalam usaha penyelesaian pembayaran balik royalti petroleum kepada Terengganu.
Katanya, Kerajaan Negeri menuntut sebanyak RM2.792 bilion, namun Kementerian Kewangan masih tidak berganjak dengan keputusan awal untuk membayar balik RM1.686 bilion sahaja.
Syed Azman yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat berharap Kerajaan Negeri dapat mempertahankan pendirian dalam memastikan tuntutan tersebut dipenuhi Pusat.
“Kita mengharapkan ia dapat disegerakan Kerajaan Pusat terutama Perdana Menteri bersesuaian janji beliau pada 13 Disember 2008 bahawa wang royalti Terengganu akan dikembalikan dan dimasukkan terus dalam Perbendaharaan Negara setiap tiga atau empat bulan sekali,” katanya.

Kerajaan Negeri Disaran Bijak Cari Sumber Lain
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri disaran lebih bijak mencari sumber lain yang mampu meningkatkan hasil pendapatan negeri tanpa terlalu mengharapkan dana daripada Kerajaan Pusat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut (Gambar - dua dari kanan) berkata, ketika ini Kerajaan Negeri masih terlalu bergantung kepada Dana Khas Kerajaan Persekutuan (royalti minyak) sebagai hasil utama.
Menurutnya, dana daripada royalti minyak berjumlah RM1.731 bilion atau 92 peratus mewakili sebahagian besar peruntukan disediakan Kerajaan Negeri untuk Bajet 2010 keseluruhannya berjumlah RM1.881 bilion.
“Bakinya RM163 juta atau hanya lapan peratus datang daripada sumber Kerajaan Negeri dan ia menunjukkan ketidakupayaan Kerajaan Negeri menjana pendapatan sendiri setelah sekian lama.
“Dengan pendapatan berkenaan, nak bayar gaji pekerja di negeri ini pun tidak mencukupi,” katanya ketika sesi perbahasan pembentangan Bajet 2010 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) penggal ke-12, di sini, semalam.
Mohd Abdul Wahid berkata, sikap kebergantungan sangat tinggi terhadap royalti minyak adalah tidak selamat, apatah lagi Menteri Besar, Datuk Ahmad Said sendiri mengakui sumber minyak tidak akan kekal selamanya dan ia juga tertakluk kepada harga pasaran dunia.
Menurutnya, lebih membimbangkan apabila baru-baru ini, Petronas mengumumkan pendapatannya menguncup kurang RM57 bilion.
“Kita juga berhadapan dengan ketidakyakinan bahawa Kerajaan Negeri akan menerima sepenuhnya hasil royalti minyak ataupun pembayaran Dana Khas daripada Petronas ataupun Kerajaan Persekutuan seperti dalam anggaran bajet.
“Sebagai contoh, saya rujuk buku anggaran Bajet 2010, muka surat lapan berhubung royalti minyak pada 2009, hasil minyak dianggarkan berjumlah RM1.533 bilion tetapi berapa yang dibayar kepada kita," katanya.
Menurutnya, pada 2010 pula, hasil minyak dalam buku bajet dianggarkan RM1.629 bilion tetapi berapa yang diperoleh.
"Hal ini diakui sendiri Menteri Besar dalam ucapan bajet semalam. Kedudukan kewangan negeri iaitu akaun hasil disatukan telah mengalami defisit sebanyak RM424.69 juta pada 2008 berbanding defisit pada 2007 yang berjumlah RM278.42,” katanya - Sinar

Rundingan Royalti Terengganu Masih Belum Selesai – Satu Lagi Bukti Najib Berbohong
KUALA TERENGGANU – Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini mendengar penjelasan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said yang menyatakan, rundingan pembayaran royalti minyak masih belum selesai.
Dengan itu mengesahkan bahawa pembayaran royalti petroleum kepada negeri Terengganu masih tertangguh.
Dengan pengakuan Ahmad itu juga, sekaligus membuktikan penyerahan cek yang dikatakan pembayaran royalti berjumlah RM400 juta oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib pada tahun lalu adalah tidak benar dan hanyalah lakonan semata-mata.
Ahmad berkata kerajaan negeri menolak tawaran pembayaran royalti yang dibuat Kementerian Kewangan sebanyak RM1.686 bilion dan bertegas menuntut jumlah RM2.792 bilion bagi tempoh 2000 hingga 2009.
Berikutan itu, masih tidak ada kata sepakat dicapai berhubung pembayaran royalti minyak oleh Petronas itu menyebabkan rundingan mengenainya berlanjutan sehingga kini.
"Walaupun kerajaan negeri berhasrat untuk menyelesaikan perjanjian itu secepat mungkin, tetapi terdapat beberapa perkara dalam perjanjian itu yang masih tidak mendapat dipersetujui kedua-dua pihak.
"Saya tidak dapat menjelaskan secara terperinci tentang isu atau perkara baru yang dapat dipersetujui oleh kerana kedua-dua pihak masih lagi mengadakan rundingan dan ini mungkin akan menjejaskan perundingan yang sedang berlangsung,"ujarnya
Menjawab soalan lisan yang dikemukakan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Rhu Rendang) mengenai perkembangan terkini proses pembayaran royalti petroleum kepada kerajaan Terengganu, Ahmad berkata mesyuarat berkenaan wang royalti dimulakan pada 16 Sept 2008 antara tiga pihak iaitu kerajaan pusat, kerajaan negeri Terengganu dan Petronas.
"Saya telah jelaskan secara terperinci kepada Perdana Menteri ketika itu bahawa perlunya kerajaan pusat mengembalikan hak rakyat Terengganu mengikut perjanjian asal," katanya.
Katanya mesyuarat itu mengandungi tiga intipati, iaitu royalti dibayar terus oleh Petronas kepada kerajaan negeri; semua pembayaran yang telah dibuat oleh Petronas kepada Kerajaan Persekutuan antara 2000 hingga 2009 adalah dianggap sebagai pembayaran royalti kepada Terengganu dan kerajaan negeri menarik balik saman terhadap Petronas.
Sumber Bernama memetik Ahmad berkata, mesyuarat itu juga bersetuju untuk membincangkan komponen perbelanjaan yang telah dibuat oleh kerajaan persekutuan tetapi perlu dibayar balik oleh Kementerian Kewangan kepada kerajaan negeri.
Mesyuarat terakhir berlangsung di Kuala Terengganu pada 18 Ogos 2009 dan sehingga tarikh itu, Kementerian Kewangan memperincikan iaitu, sepanjang 2000 hingga Mac 2009, kementerian itu telah menerima sebanyak RM15.847 bilion daripada Petronas dan jumlah pengeluarannya sebanyak RM16.576 bilion.
"Perbincangan antara kerajaan negeri dengan Kementerian Kewangan telah berjalan sekian lama dan pihak kementerian masih tidak berganjak dengan keputusan awal untuk membayar balik RM1.686 bilion sahaja.
"Sedangkan tuntutan kerajaan negeri pada ketika ini berjumlah RM2.792 bilion setelah ditolak perbelanjaan yang dibelanjakan di negeri Terengganu. Itulah senarai yang kita putuskan dan kita berharap rundingan dapat diselesaikan," katanya.
Tegasnya, selagi perkara itu tidak diselesaikan, kerajaan negeri tidak akan menandatangani sebarang perjanjian berhubung perkara itu
“Bangunan runtuh Satu Rahmat Untuk Rakyat Terengganu,”kata Yahya Khatib
KUALA TERENGGANU – Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Terengganu, Yahya Khatib Mohamad (gambar kecil sebelah kanan),
berkata kejadian bangunan atau pembinaan runtuh yang berlaku di negeri ini adalah satu perkara biasa.
Bahkan, katanya, beliau berasa bersyukur kerana katanya ia merupakan satu rahmat kepada rakyat negeri Terengganu
Yahya berkata demikian ketika menggulung perbahasan Bajet 2010 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang berlangsung di Wisma Darul Iman, kira-kira jam 1 tengahari tadi, 23 Disember, 2009.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut.
Wahid yang bangun untuk meminta penjelasan sebab-sebab berlakunya kejadian bumbung runtuh pada Terminal Pengangkutan Awam Kuala Berang kelmarin, 21 September, 2009.
Malangnya soalan Wahid tidak dijawab oleh Yahya yang hanya menjawab sambil lewa dan mengatakan apabila berlakunya bangunan atau pembinaan runtuh, ia merupakan rahmat kepada rakyat Terengganu kerana akan mendapat peluang yang baru dan bangunan yang baru.
PAS Saran Kerajaan Terengganu Tubuh Yayasan Khusus Basmi Kemiskinan
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu diminta menubuhkan sebuah perbadanan atau yayasan khusus untuk menyelesaikan secara mutlak masalah kemiskinan di negeri itu yang telah berlarutan sejak sekian lama.
Ketua pembangkang Dato’ Ustaz Harun Taib (PAS – Manir) berkata pada masa ini terdapat terlalu banyak agensi kerajaan yang bertanggungjawab membasmi kemiskinan tegar di Terengganu sehingga berlaku kecelaruan tugas sedangkan bilangan rakyat miskin di negeri itu masih lagi ramai.
Ketika membahaskan bajet negeri 2010 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selasa, beliau berkata jumlah penduduk miskin di negeri itu adalah yang paling tinggi di Semenanjung.
Katanya setiap tahun kerajaan negeri memperuntukkan jumlah yang banyak untuk membasmi kemiskinan, namun masalah itu tidak pernah selesai sekaligus.
"Apa kata kita wujudkan satu perbadanan atau yayasan, serah semua sekali kepada mereka untuk selesaikan soal ini, daripada buat bancian di kampung-kampung sehinggalah usaha membantu mereka.
"Ia tidak melibatkan atau menyusahkan banyak pihak seperti yang berlaku hari ini. Mungkin cara ini akan libatkan peruntukan yang banyak sekaligus namun ia lebih fokus dan tidak perlu diulang benda yang sama tiap-tiap tahun," kata Ustaz Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu.
Katanya pendekatan lebih fokus juga perlu diguna pakai untuk isu lain seperti meningkatkan sektor pertanian dan mengurangkan kes jenayah.
"Tiap-tiap tahun kita berhadapan dengan masalah sama, kenapa tidak kita fokus dan selesaikan satu persatu masalah-masalah ini, tahun depan kita sudah boleh tumpu kepada perkara lain pula," katanya yang dipetik Agensi Bernama.

Bajet mengalahkan Selangor, taraf hidup rakyat meleset
KUALA TERENGGANU – Bajet 2010 berjumlah RM1.881 bilion yang dibentangkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) penggal ke-12 semalam dilihat terlalu tinggi dan tidak seimbang dengan taraf hidup rakyat negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, Bajet 2010 yang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said itu ‘cukup menakjubkan’ dan kemungkinan besar menjadi bajet tertinggi di negara ini mengalahkan Selangor, Johor serta beberapa negeri lain.
Menurutnya, peruntukan bajet itu yang terlalu tinggi tidak seimbang de-ngan taraf kedudukan rak-yat negeri ini selain dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya kebocoran.
“Saya melihat peruntukan hampir RM1.9 bilion ini tidak sesuai dengan taraf hidup rakyat di negeri ini kerana belum lagi termasuk peruntukan tambahan lain dan ia perlu diperjelaskan.
“Peruntukan ini juga tidak seiring dengan tema ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ kerana seperti tahun lalu ia gagal menyelesaikan masalah rakyat,” katanya ketika mengulas Bajet 2010 dibentangkan semalam.: (Gambar - sebuah rumah rakyat miskin di Kampung Tengah, Chukai, Kemaman)
Beliau berkata, sepa-tutnya bajet yang dibentangkan perlu memberi penekanan untuk menyelesaikan masalah rakyat seperti perumahan yang dialami rakayat yang sehingga kini masih belum selesai.
“Kerajaan perlu memberi perhatian terhadap usaha menyelesaikan masalah asas yang dihadapi rakyat seperti perumahan, biasis-wa, kemudahan asas dan sebagainya,” katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu menilai kembali bajet berkenaan dan perlu lebih memberi tumpuan untuk mengembalikan hak rakyat supaya rakyat tidak lagi mengharapkan bantuan daripada kerajaan dalam bentuk subsidi tetapi biarlah rakyat lebih berdikari menikmati hasil kekayaan negeri ini.
Rakyat ‘dihalau’ tetapi projek hotel dibatal !
KUALA TERENGGANU - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam diberitahu, kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu telah membatalkan satu projek pembinaan Hotel oleh GHM Chendering.(Gambar bawah)
Berikutan itu, PAS melahirkan rasa kebimbangan dengan tindakan seumpama itu yang berkemungkinan boleh berlaku terhadap projek-projek lain.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata kebimbangan tersebut termasuk dengan status projek-projek sedia ada atau yang telah dirancang oleh MB terdahulu.
“Kebimbangan saya status projek-projek yang sedia atau yang telah dirancang oleh Menteri Besar yang terdahulu seperti Taman Ilmu, Terengganu Medical Central, Program Ulul AlBab dan sebagai.
“Bila bertukar Menteri Besar berlaku seperti mana projek (hotel) yang di Chendering ini.
“Rakyat telah pun menjadi mangsa pemindahan dan sampai sekarang seperti ‘anak ayam hilang ibu’.
“Mereka (rakyat) tidak pasti tempat tinggal dan diletakkan di pelbagai tempat termasuk di Flat Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK),” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam soalan tambahan mengenai status terakhir pembinaan Hotel GHM Chendering yang melibatkan pengambilan tanah dan perpindahan penduduk di Lot 1770 Mukim Chendering.
Menurutnya, rakyat yang pernah mendiami di kawasan tersebut terpaksa dikeluarkan bagi laluan projek hotel berkenaan.
Katanya, penduduk berkenaan masih menunggu penempatan sebenar yang dijanjikan oleh kerajaan negeri di Teluk Binjai, Chendering.
“Apa yang berlaku, akhirnya projek yang dicadangkan itu tidak menjadi kenyataan dan rakyat telah menjadi mangsa perpindahan sejak sekian lama,” jelasnya pada Sidang Dun di Wisma Darul Iman, 21 Disember 2009, lalu. (Gambar kanan - Dr. Syed mengadakan perjumpaan dengan penduduk terbabit tidak berapa lama dulu)
Sementara itu, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata pembatalan projek tersebut setelah kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan prestasi serta notis dikeluarkan kepada syarikat berkenaan.
“Kerajaan negeri telah membatalkan keputusan cadangan untuk membina hotel oleh GHM Chendering.
“Kita (kerajaan) telah keluarkan notis kepada Syarikat yang hendak usahakan projek ini tetapi tidak ada jawapan yang diberikan.
“Cuma apa yang dia (syarikat) buat, dia ‘tolak’ (bersih) tanah sikit dan letak kabin (kontena) dua buah.
“Kita telah melihat syarikat yang sama pernah diberikan tanah seluas 77 ratus ekar di Bukit Keluang, Besut untuk membina Padang Golf dan Hotel pada tahun 1990-an dan sampai sekarang tidak juga dibuatnya,” jelasnya.
Beliau menjelaskan kerajaan sedang membina 10 blok Flat Tinga Tingkat yang mengandungi 120 unit kediaman dengan kos RM19.6 juta di Teluk Binjai, Bukit Chendering.
“Rakyat patut bersyukur pertama kerana selama ini mereka (penduduk) asalnya menduduki kawasan tersebut secara ‘haram’ dan terdedah kepada bahaya pada musim tengkujuh.
“Kita menempatkan sementara mereka ini ke rumah-rumah Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dengan sewa rendah dan sebagainya,” ujarnya.
Adun BN yang kononnya telah berdamai, ‘Serang’ MB, Dalam Sidang DUN
KUALA TERENGGANU - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bagi pembentangan bajet 2010 yang bermula semalam, menunjukkan ‘belang’ sebenar Ahli-ahli DUN ’10 Budak Hitam’ yang kononnya telah berdamai dengan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said.
(Gambar - '10 budak hitam', Adun Alor Limbat Alias Abdullah (duduk paling kanan) menyerang Ahmad Said dalam Sidang Dun semalam)
Umpama ‘terkejut dari tidur’ mereka telah menamatkan kempen ‘protes senyap’ dan kembali bersuara dengan mengambil bahagian dalam sidang DUN kali ini.
Hampir keseluruhan mereka menyertai perbahasan serta mengemukakan soalan lisan di dewan yang mulia itu.
Namun ia agak mengejutkan dan kontra dengan pengakuan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Hishamudin Hussein yang mengatakan perpaduan dalam Umno Terengganu telah mula terjalin.
Kumpulan Adun ‘10 budak hitam’ menggunakan peluang bersuara ‘menyerang’ Ahmad Said
Adun Alor Limbat, Alias Abdullah membidas kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said yang lebih mengutamakan kepentingan Zoo Bikit Takal, di Kemaman dari penyediaan Infrastruktur kepada rakyat di negeri ini.
Katanya, masalah rakyat yang memerlukan Projek Monsoon Drain daripada Baruh Muring Tasek ke Padang Leban dan Sungai Bukit Payong masih belum dilaksanakan.
“Masalah infrastruktur yang tidak sempurna dan ditambah pula dengan banjir yang berlaku setiap tahun. Saya selalu bangkitkan dalam dewan (Dun) ini supaya kerajaan mempercepatkan pengambilan-balik tanah.
“Apakah tidak ada langsung keutamaan kerajaan dalam pembangunan untuk melaksanakan projek ini. Yang mana lebih penting Zoo Bukit Takal di Kemaman atau Infrastruktur kepada rakyat,” soalnya ketika mengambil bahagian dalam soalan lisan di dewan tersebut.
Bahkan, beliau turut menyifatkan Ahmad (MB) cuba mengelirukan dewan (Sidang Dun) kononnya projek (Monsoon Drain) tersebut telah diluluskan sebelum ini.
“Semasa saya menjadi Timbalan (Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan neger) beliau (Ahmad) dan beliau memberitahu satu kelulusan telah diberikan untuk melaksanakan projek tersebut.
“Jadi apa yang hendak saya maklumkan kepada dewan (Sidang Dun) supaya dewan ini tidak diberi ‘salah arah’ (maklumat).
“Ianya (Projek Monsun Drain) tidak berlaku sama sekali dan tidak ada sebarang kelulusan sebelum ini untuk melaksanakan projek itu,” jelasnya ketika membidas jawapan dari MB tersebut.
Soalan asalnya, Alias bertanyakan bila Projek Monsoon Drain daripada Baruh Muring Tasek-Padang Leban-Sungai Bukit Payong akan dilaksanakan?
Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said ketika menjawab soalan tersebut menjelaskan pada dewan (Sidang Dun) bahawa satu kelulusan projek telah dibuat dan kerajaan prihatin tentang masalah tersebut.
“Sebab itu, saya sebut sejarahnya (Alias) tadi. Saya telah bina dan itu menggambarkan kerajaan prihatin tentang masalah ini.
“Jangan jadikan dewan (Sidang Dun) ini untuk membuat sesuatu tuduhan yang tidak menentu hanya hendak melepaskan perasaan setelah menyembunyikan diri sekian lama.
“Muncul dengan ledakan-ledakan ‘bom’ yang tidak sepatutnya digugurkan di tempat yang berlainan yang sepatut digugurkan. Ini yang saya katakan. Siapa dendam siapa?,” ujarnya di Wisma Darul Iman, 21 Disember 2009, semalam
Beliau turut menyelar sikap Adun-adun BN yang pentingkan diri agar mengambil sikap muhasabah diri dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Malah, Ahmad turut menyifatkan Adun BN Bukit Besi, Din Adam yang pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri sebagai ‘tidak cerdik’ ketika meminta penjelasannya.
“Saya rasa Adun Bukit Besi ini dia (Din) pun jadi Exco juga dahulu. Jadi janganlah tunjuk ketidak-cerdikan (bodoh) kita (Adun) pada dewan (Sidang Dun) ini,” jelasnya.

Bajet Semakin Naik, Bangunan Semakin Runtuh
RM1.881b anggaran Bajet 2010, Terminal bas berharga RM4.2 juta dalam pembinaan runtuhKUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri mencadangkan bajet bagi tahun 2010 berjumlah RM1.881 bilion meningkat sebanyak RM82 juta, dari bajet 2009 yang berjumlah RM1.799 bilion.
Dalam pada itu, bumbung sebuah terminal bas berharga RM4.2 juta yang masih dalam pembinaan di Kuala Berang telah runtuh
Ia menjadikan pembinaan yang ke 7 dalam tahun ini yang telah rosak, punah dan runtuh.
Trend berbelanja besar kerajaan Terengganu telah bermula pada tahun 2005 selepas Umno dan Barisan Nasional merampas tampuk pemerintahan dari PAS pada pilihanraya umum ke 11, 2004.
Manakala kejadian rosak, punah dan runtuh ini dijangka berterusan.
Seorang bekas pegawai kerajaan negeri yang pernah bertugas di bahagian perbendaharaan memaklumkan, banyak lagi pembinaan yang akan runtuh akibat penyelewengan dan rasuah
Katanya, antara contoh amalan dalam penyelewengan itu ialah, pihak kontraktor terbabit membuat tuntutan keatas kerja-kerja yang belum disiapkan.
”Setelah mendapat wang tuntutan, kerja-kerja tidak dilaksanakan, sehingga menerima amaran, barulah kelam kabut mahu menyiapkan sesuatu projek,”katanya yang meminta identitinya dirahsiakan.
Menurutnya, perlaksanaan pembinaan yang ‘kelam kabut’ kerana mengejar ‘tarikh siap’ projek menyebabkan ia tidak menurut spesifikasi yang ditetapkan.
Ulasan
Dalam sidang DUN Terengganu yang lalu YB Alias Alur Limbat telah bangkitkan isu pegawai 48 di bayar jusa dan pegawai 54 diletakan pada 'sarang' 48 secara sensasi kerana kekebalan DUN. Setelah dicabar oleh Ahmad Said supaya bercakap diluar dewan,Dato' Rosol telah menyambutnya dengan buat pendedahan dalam laman blognya hari ini.
Setiausaha Kerajaan Sendiri telah memberi kelulusan kepada Pengarah sebuah Yayasan dari kalangan TCS gred 48 dan dibayar Jusa.
Seorang TCS Gred 48 dipinjamkan ke peringkat persekutuan menjadi ketua jabatan (Pengelola) dan di bayar gaji Jusa.
Dalam blognya Dato' Rosol nyatakan isu Pegawai N 54 diletakan pada 'sarang' N 48, perkara ini disensasikan. Sebenarnya Ahmad Said meletak pegawai kanan yang berpengalaman di Hulu Terengganu bagi kepentingan pembangunan kawasan Ajil dan Tasik Kenyir. Sudah 30 tahun Tasik Kenyir wujud tanpa apa-apa aktiviti. Semua ini dibuat berdasarkan kepada keperluan.
Tapi apa yang berlaku zaman mereka berkuasa. Dato' Engku Mohamad Abdul Rahman TCS 54 ditempat yang tiada sarang, begitu juga dengan Tuan Mamat pegawai 54 dijerok tanpa sarang. Haji Husni dan Haji Zahari dari Bandaraya diletakan di Jabatan Perancang Bandar dan Pejabat SUK. Dato' Wan Zahari bekas Pegawai Daerah yang pernah dibayar Jusa ditempatkan kejawatan yang tiada sarang. Dato' Mustafa pegawai N 54 diletakan di Jabatan Bekalan Air yang lebih rendah Grednya.SUSK dibayar Gaji Jusa.
Kegagalan Setiiausaha Kerajaan beri penjelasan kepada ADUN ADUN ini menyebabkan ADUN ini bercakap secara tiada ilmu di sidang DUN dan mensensaisikan perkara ini bagi menunjukan kepada Tuan mereka bahawa pentadbiran Ahmad Said kucar kacir.
Terima kasih,
RAYMOND WEE