Jerteh, BESUT – Kenyataan dan pendedahan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said tentang masalah dewan bedah di hospital-hospital bukan sahaja mengundang kontroversi, malah memalukan warga kesihatan disini.
Satu sumber yang hampir dengan pentadbir Hospital Besut memberitahu, masalah utama dewan bedah hospital tersebut ialah kelewatan pemerolehan peralatan pembedahan.
Beliau berkata, peralatan untuk pembedahan utama (major surgery) masih tidak sampai ada ia amat diperlukan.
Oleh itu, katanya, dengan kelengkapan dan peralatan yang ada, yang diibaratkannya sebagai ‘hanya ala kadar’ sahaja, hospital Besut hanya boleh melakukan ‘minor surgery’ (pembedahan kecil).
”Pembedahan besar (major surgery) tidak boleh dilakukan oleh kerana kelengkapan yang ada di dewan bedah tersebut, tidak cukup,”katanya melalui e-mel yang dihantar kepada Buletinonline.
Namun yang agak mengejutkan, katanya, walaupun peralatan yang ada itu adlah peralatan yang baru, namun ia tidak sepadan dengan perbelanjaan yang dikeluarkan.
Menyentuh tentang fizikal dewan bedah tersebut, beliau berkata, walaupun masalah kebocoran pernah berlaku, namun ia telah diatasi.
Menurutnya, bangunan dewan bedah hospital Besut juga agak lewat disiapkan berbanding tarikh asal namun kelewatan tersebut tidaklah sehingga sembilan (09) tahun seperti yang disebut Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said.
Malah, sumber tersebut menyatakan, ada kecenderungan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said ‘mengeluarkan kenyataan secara borong’.
Justeru, katanya, akibat kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Said, telah kedengaran nada protes dari pihak pentadbir Hospital Besut.
”Mereka menyifatkan kenyataan Ahmad berniat tidak baik dan ada kepentingan politik peribadi,”katanya lagi
Sumber tersebut turut memaklumkan, pihak Pegawai Tadbir hospital walau bagaimana pun tidak mahu mendedahkan maklumat berkenaan kontraktor yang membina dewan bedah tersebut.

Ulasan