Nizar Kemalangan Kereta Terbalik

http://buletinonline.net/images/stories/berita19/100_4485.JPGMenteri besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin cedera ringan apabila keretanya terbalik ketika cuba mengelak sebuah lagi kereta yang keluar dari simpang jalan hari ini.

Ketua polis trafik negeri, Wan Abdullah Ishak berkata Mohammad Nizar dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Rokam ke sebuah klinik pergigian di Jalan Sultan Idris Shah apabila kemalangan itu berlaku pada kira-kira jam 9.30 pagi.


Beliau hilang kawalan kereta Toyota Camry yang dipandunya ketika cuba mengelak kereta yang keluar dari simpang itu.


Bernama melaporkan Mohammad Nizar, yang juga ahli parlimen Bukit Gantang, menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital

Sementara itu, Bekas Setiausaha Politiknya Misbahul Munir Masduki berkata, kemalangan berlaku di hadapan bangunan Pejabat UMNO Negeri Perak, ia bukan bermotif jenayah atau politik, Hj Nizar yang memandu sendiri keretanya dari kediamannya di Sungai Rokam menuju bandaraya Ipoh kerana temujanji dengan doktor gigi. Kereta yang dipandunya hilang kawalan apabila cuba mengelak sebuah kereta yang meluncur laju keluar dari satu persimpangan. Akibatnya keretanya terbalik dan mengalami kerosakakan yang teruk.

http://buletinonline.net/images/stories/berita19/100_4482.JPGRamai pihak yang tidak puas hati kerana mengabaikan keselamatan Hj Nizar, pihak PAS juga turut dipersalahkan kerana tidak menjaga keselamatannya sehingga membiarkan beliau memandu seorang diri. Suka saya jelaskan, sejak akhir-akhir ini Hj Nizar sering memandu sendiri kenderaannnya apabila keluar rumah yang tidak jauh dari kediamannya terutama untuk menghadiri mesyuarat, berjumpa doktor dan sebagainya. Sebelum ini Hj Nizar keluar dengan pemandu sukarela dari kalangan anggota Unit Amal PAS Perak secara bergilir-gilir

Pembantu khasnya sdr. Amran ada menghubunginya malam tadi untuk menemankannya berjumpa doktor di Ipoh, tetapi beliau tidak mahu menyusahkan sdr. Amran yang sering menemaninya ke mana sahaja beliau pergi, beliau mengatakan boleh memandu sendiri kerana tempatnya pula tidak jauh.
.

Lagi >>>



Ulasan