PAS mengutuk sekeras-kerasnya kejadian yang menimpa Metro Tabernacle Church di desa Melawati.
Tindakkan tersebut bukan sahaja berlawanan dengan Islam malah ia adalah tindakkan yang tak bertamadun.
Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar berkata, Islam sangat mengambil berat soal hak-hak rumah ibadat hatta dalam peperangan sekali pun Islam menjamin keselamatan rumah ibadat agama lain.

"PAS dengan ikhlas menyeru rakyat Malaysia amnya dan umat Islam khasnya, bahawa sebarang permasalahan yang timbul berkenaan penggunaan nama Allah perlu ditanggani melalui perbincangan yang sihat untuk mengwujudkan perasaan saling memahami dan menghormati antara agama masing-masing.
"PAS juga bimbang bahawa kejadian pengoboman ini adalah berpunca dari adanya tangan-tangan ghaib yang cuba menghangatkan suasana dan mengambil kesempatan kononnya atas isu pembelaan terhadap Islam bagi mengembalikan sokongan politik yang kian pudar pada waktu ini,"katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurutnya peristiwa yang berlaku hari ini mirip peristiwa yang bersifat perkauman pada tahun 1987 yang bermula dari pertumbungan antara Ketua Pemuda UMNO waktu itu Datuk Mohd Najib Razak dengan pemimpin MCA di ketuai Datuk Lim Kim Sai sehingga membawa kepada kemarahan antara satu sama lain dikalangan dua kaum terbesar di negara ini iaitu Melayu dan Cina.
Akhirnya, kata beliau pemimpin pembangkang yang di kambing hitam dengan di kenakan ISA di dalam operasi lalang dan Datuk Mohd Najib bersama Datuk Lim Kin Sai di beri cuti rehat ke Australia dan UMNO berjaya mendapat kembali sokongan umat Melayu dan MCA kembali dapat sokongan bangsa Cina.
Oleh itu, PAS minta pihak yang cuba untuk mendapat dan meraih sokongan politik dengan mengadu-dombakan politik dengan menggunakan sentimen agama supaya menghentikan perbuatan terkutuk ini.
"PAS mengajak umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia bersama bangun menolak politik murahan yang mengadu-dombakan rakyat sehingga sanggup mencetuskan pergaduhan dan pertumpahan darah untuk kepentingan najis politik mereka,"katanya
Katanya, AMK Selangor amat yakin dengan kebijaksanaan rakyat untuk tidak mudah terpengaruh untuk terlibat dengan mana-mana usaha yang cuba mencetuskan konflik antara agama di negara ini.
”Amat jelas rakyat mahu dan cintakan kedamaian dan keamanan yang telah lama terjalin di negara ini. Kepelbagaian dan perbezaan pandangan agama tidak menjadi tembok penghalang untuk mewujudkan suasana dan masyarakat yang berkasih-sayang dan hormat menghormati di antara satu sama lain,”tegasnya

Sehubungan itu, PKR turut mengutuk kejadian yang dianggap keji itu. Sayapnya Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mengambil pendirian tegas mengutuk tindakan pihak dan dalang di sebalik tindakan keji membakar gereja oleh pihak-pihak yang tidak dikenali tujuan dan motifnya.
Ketua AMK Selangor Khairul Anwar Ahmad Zainuddin menjelaskan, tindakan keji dan terkutuk itu amat bertentangan dengan ajaran Islam yang digariskan di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah.
”Kita berharap semua pihak mengambil usaha dan inisiatif bijak dan berhikmah menangani cabaran dan pertikaian ini. AMK Selangor juga menggesa semua pihak agar tidak terbawa-bawa emosi melampau untuk cuba muncul menjadi jaguh dan hero dalam isu ini,”katanya dalam satu siaran media hari ini.
Menurutnya, tindakan yang terbaik ialah melalui dialog peradaban dan antara agama yang melibatkan alim-ulama, intelektual, dan pihak gereja bagi memastikan satu pendekatan terbaik yang tidak menimbulkan konflik antara agama daripada berlaku.

Ulasan