Pendakwah Generasi baru Perlu Lebih Kreatif

http://buletinonline.net/images/stories/berita17/IMG_2227.jpgChukai, KEMAMAN - Generasi muda dalam kalangan pendakwah perlu memikirkan pendekatan lebih sesuai bagi menarik perhatian masyarakat supaya mendekatkan diri dengan Pusat Pengajian Islam, Kampung Bakau Tinggi, Chukai, di sini.



Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai, Hanafiah Mat berkata, golongan ustaz dan pendakwah generasi muda dilihat sebagai pelapis pendakwah sedia ada, justeru, mereka disarankan supaya bertindak agresif mendekati pelbagai lapisan masyarakat.


“Seiring kedatangan 2010, banyak perubahan harus dilakukan dan saya mengharapkan, golongan muda ini memberikan buah fikiran bagi memajukan Pusat Pengajian Islam, Kampung Bakau Tinggi.

“Sudah tiba masanya mereka berada di barisan hadapan,” katanya kepada Sinar Harian pada Majlis Kesyukuran dan Hari Keluarga Pusat Pengajian Taman Islam di Kampung Bakau Tinggi, di sini.

Majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran 1,000 jemaah dari kawasan berhampiran.
http://buletinonline.net/images/stories/berita17/IMG_2206.jpg
Hanafiah berkata, generasi muda juga dinasihatkan supaya berusaha membentuk jaringan komunikasi yang mantap berikutan peranan kedua-dua pihak amat diperlukan bagi pembentukan masyarakat berlandaskan hukum hakam Islam sebenar.

“Inilah dikatakan perjuangan dalam usaha menegakkan hukum Allah SWT di muka bumi, saya sendiri telah berpuluh tahun meninjau prestasi Pusat Pengajian Islam di sini dan saya berbangga kerana pelbagai prasarana baru kini disediakan.

“Sudah ramai pelajar yang melanjutkan pelajaran di Institut Acheh, Indonesia, berikutan mereka mempunyai hubungan yang baik sejak sekian lama,” katanya.

Menurutnya, program pertukaran pelajar juga kerap dilakukan dan perkembangan itu dilihat memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak.

“Bekas pelajar Pusat Pengajian Islam, Kampung Bakau Tinggi ‘berselerak’ di seluruh negara dan apa yang membanggakan kerana kebanyakan mereka menjawat jawatan penting, selain ramai yang berhasrat menabur bakti di tempat mereka menimba ilmu.

“Inilah kebanggaan kepada orang lama di sini dan saya harap, semua pihak sama ada bekas pelajar, generasi muda mahupun lama sentiasa berusaha mengembalikan kegemila-ngan Pusat Pengajian Islam, Kampung Bakau Tinggi yang pernah dinikmati suatu ketika dahulu,” katanya.

Ulasan