KUALA TERENGGANU - Belum pun sampai tempoh tujuh (07) hari yang diberikan, Ketua Pemuda Umno Terengganu, Saiful Bahari Baharudin telah menolak cabaran debat Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Fariz Musa.
Menurut Fariz, penolakan itu membuktikan, Saiful Bahari dan Pemuda Umno pengecut, takut untuk untuk berbincang secara professional berkaitan Halatuju Dan Siapa Sebenarnya Pengkhianat Melayu Terengganu .
”Beliau takut untuk berdepan dengan realiti malah bersikap “ baling batu sembunyi tangan “ dengan memberikan alasan dangkal dan melucukan, menunjukkan beliau dan Sayap Kanan UMNO Terengganu itu benar-benar lemah,
”ia adalah bukti nyata beliau dan Pemuda UMNO bimbang, segala pekung dan nanah mereka akan terbongkar, dan sesungguhnya benarlah, mereka mengkhianati rakyat khususnya orang Melayu Terengganu,”ujar Fariz ketika dihubungi Buletinonline.
Katanya, telah terang lagi jelas, Saiful Bahari dan Pemuda UMNO bukan sahaja tidak mempunyai halatuju, malah telah hilang jatidiri, menjadikan mereka tidak lagi relevan untuk memimpin anak-anak muda negeri Terengganu .
”Saiful dan ‘awak-awak’ Pemudanya hanya dilihat ‘gah’ menggunakan media tapi ‘kurang jantan’ untuk berpencak, berdepan digelanggang.”katanya lagi.
Oleh kerana itu, Fariz mencadangkan agar Saiful Bahari ‘mengunci mulutnya’ dan duduk berdiam diri kerana beliau telah hilang kelayakan untuk memimpin pemuda UMNO Terengganu.
Katanya, terbukti Pemuda UMNO adalah golongan ‘kurang upaya’ yang hanya mampu berdiri bertongkatkan wang ringgit, dan menyuap ‘gula-gula rasuah’ kedalam mulut anak-anak muda negeri Terengganu dengan Dana Bakti Remaja atau Wang Ehsan.
Justeru, beliau berkata, adalah wajar Saiful Bahari meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Terengganu.

Katanya, Saiful juga gagal menjawab beberapa persoalan berkaitan halatuju Pemuda UMNO yang penuh palitan kehitaman akibat gejala penyelewengan , rasuah dan salahguna kuasa kerajaan UMNO/BN Negeri Terengganu, termasuk kegagalan, ketidakadilan , pilih kasih , penginayaan serta kezaliman dalam melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat negeri Terengganu Darul Iman.
”Beliau gagal memberikan penjelasan, keterlibatan beliau dalam syarikat multi-jutaan MZ Hakujaya Sdn. Bhd. yang beroleh projek runding terus, pembinaan jalan dari Kg. Jeram ke Kg. To’ Kong bernilai RM226 juta,
“Saiful juga gagal menjelaskan kezaliman Umno dan BN Terengganu dalam perlaksanaan projek tersebut yang melibatkan perobohan 14 buah rumah rakyat di Kampung Banggol Donas,”jelas Fariz

Beliau menambah, Saiful juga gagal, menafikan penjualan projek tersebut kepada seorang Kontraktor bukan Melayu, lalu menelan sendiri airliur dan ludah dari tempikan slogan “ketuanan Melayu” yang dilaungkan oleh Pemuda UMNO.
”Kasihan ahli–ahli pemuda UMNO di cawangan-cawangan, yang hidup “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”, sedang pemimpin pemuda UMNO seperti Saiful, meraih laba, melonggok harta dan kaya raya dengan keuntungan atas angina, cari projek dan jual projek,
”malang bagi rakyat yang terus teraniaya, ditindas dan dizalimi, secara halus dan jelas, Pemuda Umno bukan lagi membela dan menjaga kebajikan rakyat, tetapi ‘membela dan menyembelih’ rakyat,”katanya.

Sehubungan itu, Fariz menyeru dan mempersilakan, ahli-ahli Pemuda UMNO agar keluar dan meninggalkan parti ‘racist’ itu.
“Saya mengalu-alukan mereka menyertai Parti Keadilan Rakyat atau sebarang parti dalam Pakatan Rakyat yang telah membuktikan membawa perubahan ‘cakna’ dan menjaga kebajikan sepertimana yang dilaksanakan di negeri Selangor , Kelantan , Kedah dan Pulau Pinang,”tambahnya.
Ulasan