Konvensyen Muslimat Menjangkaui Sasaran

- Lebih 3,000 peserta hadirMARANG – Konvensyen Muslimat PAS negeri Terengganu yang diadakan buat kali pertama hari ini 6 Februari, telah dihadiri lebih 3,000 peserta dari seluruh negeri Terengganu. (update video 3.33am)

Menurut Setiausaha Muslimat Negeri, Cikgu Raja Endun Raja Abd Rahman, program susulan kepada Ijtimak PAS negeri tahun lalu itu, dianggarkan akan hanya dihadiri oleh kira-kira 2,000 peserta.

Beliau selaku pengerusi majlis perasmian berkata program tersebut mendapat sambutan hangat dan menjangkaui sasaran.

Sementara itu, Pengarah program Hajah Zaroni Othman berkata konvensyen tersebut diharap dapat menyatukan fikrah dan tindakan seluruh pendukung muslimat termasuk Nisa’.

Ia penting katanya, bagi merealisasikan hasrat PAS untuk kembali memerintah negeri Terengganu pada pilihanraya umum yang akan datang.

Sementara itu, Ketua Muslimat Terengganu, Cikgu Safinah Jusoh meminta semua petugas muslimat supaya mengumpulkan segala apa yang ada pada muslimat bagi membuat persiapan menghadapi pilihanraya.

Beliau melahirkan sukacita atas kehadiran muslimat yang ramai dari pelbagai lapisan, yang muda dan juga golongan veteran

“Kita perlu bersiap sedia mengumpul segala apa yang ada pada diri kita, mempersiapkan diri kita untuk pilihanraya akan dating,

“saya sangat gembira, kami sangat gembira melihat kepada sambutan yang diberikan oleh para perwakilan yang hadir, dari pelbagai lapisan,

“inilah tenaga-tenaga penggerak kita diperingkat akar umbi,”katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya.

Konvensyen Muslimat Negeri Terengganu telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Ustazah Nuridah Mohd Salleh

Ulasan