SETIU – Projek Ternakan udang di Setiu seluas 3000 ekar wajar dikurangkan atau dihentikan sama sekali. Ia adalah kerana tidak membawa keuntungan jangka panjang kepada masa depan penduduk negeri Terengganu.
Ketua Penerangan PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim berkata, pelaburan syarikat Blue Archipelago sebanyak RM200 juta itu bukanlah terlalu banyak jika dibandingkan dengan tanah yang diambil bagi projek tersebut.
”Jika dihitung, lebih kurang hanya RM66,667.00 seekar, jumlah yang tidak begitu jauh bezanya dengan nilaian tanah dikawasan tersebut,”ujarnya kepada Buletinonline.
Menurut beliau, pihaknya telah menerima aduan dan mendapat bantahan dari orang-orang kampong yang mendakwa, projek tersebut akan menyebabkan tanah-tanah mereka diambil balik.
Katanya, kerajaan Terengganu juga mungkir janji dan melanggar rancangannya sendiri, sekiranya meneruskan projek ternakan udang itu.
”Dalam Rancangan Tempatan Daerah Setiu (2003 – 2015), dibawah tajuk Koridor Warisan Ekologi Gong Batu – Fikri dan sebahagian Sungai Caluk,
”kerajaan menetapkan pembangunan yang dijalankan mestilah dikawal agar tidak merosakkan kualiti alam sekitar dan ekosistem,”terang Dr Azman.
Sedangkan, kata beliau, menurut kenyataan dan tulisan-tulisan yang diterbitkan, projek tersebut jelas merosakkan alam sekitar dan hidupan liar.
Katanya, projek tersebut tidak disokong oleh Tabung Hidupan Liar Dunia, cawangan Malaysia (World Wild Life Fund – WWF) yang turut dirujuk sebagai panel perunding dalam laporan terperinci Impak Alam Sekitar (Detailed Environmental Impact Assessment - DEIA).
”Dalam kenyataanya, Pengarah Ekskutif WWF berkata, sebanyak 1500 ekar hutan Gelam akan musnah, sebanyak 50,000 kilogram garam akan dicurahkan ke Sungai Caluk,
”ini akan memusnahkan masa depan, alam sekitar anak cucu kita,”tegasnya.
Katanya lagi, sebuah NGO, Sahabat Alam Malaysia (SAM) turut bimbang dan membantah tentang projek berskala besar itu.
Menurut SAM, kata Dr Azman, laporan kesan alam sekitar (EIA) menunjukkan tapak projek itu adalah kawasan paya menjadi tadahan air, iaitu lapangan limpahan air Sungai Chalok yang terdedah kepada kesan pasang-surut.
“Sekiranya projek tersebut dilaksanan, tebus-guna tanah paya yang selama ini menjadi kawasan limpahan air, akan menyebabkan ancaman banjir yang lebih serius,”jelasnya.
Lain-lain artikel berita berkaitan;
No honey, no money

Ulasan