KEMAMAN - Pihak Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) diminta menjelaskan kepada orang ramai mengapa bangunan Pasar Binjai (Binjai Souq) masih belum digunakan walaupun dikatakan sudah siap sepenuhnya.
”Orang ramai perlu tahu, apa status Binjai Souq, mengapa para peniaga kuih-muih masih berniaga di luar,
”MPK mesti menjelaskan kedudukan sebenar, kebajikan dan keselamatan para peniaga perlu ditentukan,”kata Haji Zulkifli Mohd Yakim
(Gambar - paling kanan, ketika membuat tinjauan baru-baru ini, turut hadir Penolong Setiuasaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah dan Setiausaha Kerja, Faizal), Ketua Kebajikan PAS Kemaman kepada Buletinonline.
Beliau yang juga seorang kontraktor berkata, ada peniaga yang memaklumkan kepada beliau, beberapa bahagian dalam bangunan tersebut didapati retak, malah baru-baru ini, ada peniaga yang hampir ditimpa ‘slack’ konkrit yang jatuh.
”Walaupun peniaga kuih muih menjalankan perniagaan diluar, namun peniaga ikan, ayam dan daging dibenarkan pula berniaga didalam bangunan,
Oleh itu, sebelum ada sesiapa yang akan menjadi mangsa baik peniaga atau pun pelanggan, adalah lebih baik MPK mengambil langkah pro-aktif, membaikpulih mana-mana bahagian yang tidak selamat.
Katanya, tahap keselamatan bangunan Binjai Souq juga perlu dinilai semula dan beliau berharap MPK tidak berkompromi dalam soal tersebut.
”Selepas banyak bangunan dan binaan yang runtuh dan rosak sepanjang tahun lalu, kerajaan perlu memastikan Binjai Souq benar-benar selamat,
”penilaian tahap keselamatan perlu dibuat, sekiranya ia sudah benar-benar selamat, lebih baik ia dibuka secara rasmi,”ulasnya lagi.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2005, pasar Binjai atau Binjai Souq dibina dengan kos sebanyak RM2.5 juta dan dijangka siap pada tahun 2006.
Namun ia dilaporkan terbengkalai, setelah kontraktor asal gagal menyiapkannya dalam tempoh yang ditentukan.
”Orang ramai perlu tahu, apa status Binjai Souq, mengapa para peniaga kuih-muih masih berniaga di luar,
”MPK mesti menjelaskan kedudukan sebenar, kebajikan dan keselamatan para peniaga perlu ditentukan,”kata Haji Zulkifli Mohd Yakim
(Gambar - paling kanan, ketika membuat tinjauan baru-baru ini, turut hadir Penolong Setiuasaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah dan Setiausaha Kerja, Faizal), Ketua Kebajikan PAS Kemaman kepada Buletinonline.
Beliau yang juga seorang kontraktor berkata, ada peniaga yang memaklumkan kepada beliau, beberapa bahagian dalam bangunan tersebut didapati retak, malah baru-baru ini, ada peniaga yang hampir ditimpa ‘slack’ konkrit yang jatuh.
”Walaupun peniaga kuih muih menjalankan perniagaan diluar, namun peniaga ikan, ayam dan daging dibenarkan pula berniaga didalam bangunan,
“mereka memaklumkan lantai kawasan tersebut retak dan apabila hujan, air meresap dari bawah melalui retakan itu,”ujarnya lagi
Tinjauan Buletinonline baru-baru ini mendapati konkrit struktur penghubung antara bahagian utama pasar dengan bahagian jualan ikan, ayam dan daging mempunyai retakan dan rekahan yang dapat dilihat dengan jelas.
Keadaan dalaman Binjai Souq cukup menyedihkan, kebersihan bilik air dan tandas juga cukup memualkan, dengan samapah dan najis yang tidak dibersihkan.
Yang paling menyedihkan adalah keadaan surau yang tidak diambil peduli, sehingga terdapat bangkai kucing mati yang hampir reput, terbiar dalam surau.
”Masalah yang saya lihat adalah bahagian penyudah atau ‘finishing’, kontraktor yang dipertanggungjawabkan, mengambil jalan mudah, membuatnya sekadar siap sahaja,
”bagi pihak berkuasa, orang yang menyelia projek juga sepatutnya amanah, memastikan keja-kerja dilakukan menggunakan bahan dan spesifikasi sebagaimana yang telah ditetapkan,”jelas Haji Zulkifli lagi

Ulasan