Demi Projek Dan Kroni, Kerajaan Umno Terengganu Menganiyai Ahli Sendiri

KUALA TERENGGANU – Perjuangan Umno hanyalah untuk projek dan Kroni, bagi mengumpulkan kekayaan peribadi, bukan untuk pembangunan dan rakyat.

Manakala, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) adalah badan pelaksana hasrat pemimpin Umno bagi mengumpulkan seberapa banyak laba yang mungkin.

“JKKK yang menjadi dalang,”kata Faeezal, 25, apabila ditanya dimanakah peranan JKKK dalam menghadapi perobohan Kampung Paya Bunga baru-baru ini.

Beliau adalah seorang penduduk yang masih tinggal berhampiran Kg Paya Bunga, bakal menerima nasib yang sama tidak lama lagi.

”Rumah saya atas tanah MAIDAM, belum kena dan bakal kena (roboh),”katanya apabila diajukan pertanyaan, mengapa rumahnya tidak terlibat dalam perobohan tersebut.

Menurutnya, lebih 85% penduduk disitu adalah ahli dan penyokong tegar Umno, manakala rumah yang disewa oleh Ketua Wanita Umno kampong tersebut turut dirobohkan, tanpa sebarang pampasan.

Di Kg Wakaf Cagak, Batu Rakit, JKKK menjadi ‘raja’ penentu siapa yang patut diberi bantuan dan siapa yang mesti dizalimi.

 
Penduduk yang miskin bukan syarat yang mewajibkan mereka menerima bantuan kerajaan Umno, namun ‘kabel’ (hubungan) dengan JKKK lebih utama.

Encik Hussin Sulong, 63, dan isterinya, Puan Rahimah, 59, dinafikan hak menerima bantuan atap dan baiki rumah tersebut.

Katanya, beberapa kali permohonan pernah dibuat dan bancian pihak berkenaan juga dilakukan tetapi kelulusan ‘tergantung’.

“Rumah saya sekarang banyak yang atapnya bocor tetapi bantuan atap yang diagihkan kepada penduduk miskin tidak diperolehi.

“Saya pernah buat permohonan dan dia (pihak berkenaan) datang ambil gambar rumah tetapi tidak tahu lulus atau tidak,” ujarnya.

Beliau mendakwa ada kes-kes tertentu penduduk yang dapat bantuan atap dan subsidi baiki rumah beberapa kali seorang kerana baik dengan orang ‘tertentu’.

Semakan Buletin mendapati kedua-dua pasangan terbabit pernah menjadi ahli Umno yang aktif suatu masa dahulu dengan nombor keahlian Umno masing-masing 00734080 dan 00736041

Ulasan