12 Mac 2010

Laporan Ahmad DiPertikai

KUALA TERENGGANU - Pihak-pihak yang terlibat dengan pembinaan atap Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang runtuh mempersoalkan kenyataan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berhubung laporan kejadian runtuh atap tersebut.

Rabu lalu, Ahmad telah mendakwa
kegagalan semua pihak yang dilantik untuk membina SSMZA mengikut spesifikasi yang ditetapkan di dalam kontrak menjadi punca kejadian bumbung stadium itu runtuh pada 2 Jun tahun lepas.
Ahmad berkata, berdasarkan laporan kertas siasatan berhubung kejadian tersebut mendapati semua pihak menyumbang kepada keruntuhan bumbung stadium SSMZA itu.

"Tidak ada satu pihak pun yang ditunjukkan benar-benar paling bersalah. Semua bahagian pun ada (salah). Semua pihak menyumbang ke arah runtuhnya bumbung stadium itu," katanya ketika mendedahkan laporan kertas siasatan kejadian itu.

Seorang kontraktor yang yang terlibat dengan pembinaan tersebut menafikan mereka gagal membina ‘foundation’ ( struktur asas) pembinaan atap tersebut mengikut spesifikasi.

Beliau yang ditemui menyatakan mereka tidak menentukan tindakan kerja yang dilakukan, tetapi, mengikut arahan yang di beri oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Beliau yang enggan dikenali berkata, syarikatnya telah membina siap struktur asas pembinaan atap tersebut, apabila kemudiannya diarahkan oleh pihak JKR supaya memecahkannya semula.

”kerja-kerja cerucuk terpaksa dibuat semula dalam masa yang singkat, kemudian dibina struktur baru, dengan keadaan tanah yang paya pada persekitaran tapak pembinaan tersebut,”ujarnya kepada Buletinonline.

Sementara itu, Senibahri Arkitek hari ini menafikan pihaknya terlibat dalam mereka bentuk atap stadium yang runtuh itu.

Walaupun beliau dilantik sebagai arkitek utama, namun menurut Raja Kamarul Bahrin Shah, syarikatnya tidak dilibatkan dalam merekabentuk atap stadium tersebut.

Oleh itu, timbul persoalan, wajarkah semua pihak dipersalahkan dalam tragedi bumbung runtuh itu dan adakah Laporan Akhir Kejadian Atap Stadium Runtuh yang disediakan oleh 10 orang Jawatankuasa Penyiasatan tersebut boleh diterima pakai?

Tiada ulasan:

Bertanya, Sahihkan Atau Diam

  Beberapa hari ini riuh berkenaan pembahagian bantuan kepada rakyat. Untuk isu ini, kita tumpukan perhatian bagi negeri Terengganu sahaja. ...