KUALA TERENGGANU – Tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) membawa sukan lumba perahu layar ‘Monsoon Cup’ dianggap sebagai tidak menggunakan kekuatan sendiri dan mengimpot kekuatan luar.
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kaum Cina yang berpengaruh, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu (DPPCT), juga berpandangan, Monsoon Cup adalah satu acara pelancongan yang tidak berjaya.
”Seperti kerajaan negeri mengadakan Monsoon Cup itu, agak tidak berjaya,
Menurutnya, kerajaan perlu gunakan apa yang wujud dari aspek budaya, warisan dan alam semulajadi untuk menjadikan sesuatu acara itu menarik.
Katanya, permainan yang sedia ada seperti lumba perahu (panjang), perahu cantik dan sukan air sekiranya ditampilkan dengan inovatif dan kreatif, akan dapat menarik para pelancong datang ke Terengganu.
Alex Lee yang juga Pengerusi Pelancongan dan Hubungan Awam DPPCT mengambil contoh acara ‘baling tomato’ yang diadakan di Eropah dapat menarik ramai pelancong.
”Di Eropah, mereka ada ‘tomato event’, apa yang dia bekalkan adalah tomato sahaja, cuma ambil tomato yang busuk dan tak guna dia baling tomato, semua pelancong datang ke sana,”jelasnya ketika memberikan maklumbalas dalam Majlis Dialog bersama Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan disini semalam.
Sehubungan itu, beliau berkata pembangunan Kenyir sebagai satu tarikan eko-pelancongan haruslah dilaksanakan dengan mengekalkan keadaan semulajadinya.
”Bagi saya sendiri, saya nampak, jika kita mahu menjadikan ia sebagai satu destinasi eco-tourism (eko-pelancongan), kita kena bangunkan sebagai eco-tourism,
”kita tidak boleh bangunkan Kenyir itu sebagai sebuah zoo ataupun kita membina sebuah ‘Jurassic Park’, dimana kita ‘pagarkan gajah’ (kurung dalam satu kawasan),”katanya.
Justeru, beliau berkata, adalah penting bagi kerajaan untuk membangunkan sektor pelancongan sebagai satu sektor yang berdaya saing (sustainable) dan dapat bertahan lama.
Turut hadir bersama Mohd Abdul Wahid Endut dalam majlis dailog yang didakan di bangunan DPPCT itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Ladang, Dato' Tengku Hassan Omar.
Ulasan