Sura, DUNGUN - Orang-orang Muda sekitar bandar ini, bukan hanya setakat 'merempit' mengelilingi bandar Dungun, namun Panduria 2010 menjanjikan acara-acara yang lebih menarik, bermaklumat dan ceria.
‘Explorace Bermotor Panduria Dun Sura 2010’ yang ditunda dua minggu dari tarikh asal pada 27 Februari lalu akan menjadi program yang memberi peluang kepada penduduk sekitar Dungun bersama-sama memeriahkannya dengan mengunjungi pameran motosikal yang terdiri dari Kelab Vespa Dungun, motosikal klasik dan juga berkuasa tinggi.
’Motorshow’ sempena Panduria 2010 tersebut akan diadakan pada Sabtu 13 Mac 2010 yang bertempat di Dataran Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate bermula jam 9 pagi.
Menurut laman blog pemuda bersamamu, pada pagi tersebut juga, satu sesi taklimat keselamatan jalanraya oleh Polis Trafik Dungun kepada para peserta Panduria.
Sementara itu, Ketua Staf Pejabat Khidmat DUN Sura, Tengku Zamri memaklumkan, pelepasan peserta Panduria 2010 akan disemprnakan ADUN Sura, Yang Berkhidmat Ustaz Wan Hassan Ramly.
”InsyaAllah, pada jam 9 pagi, Ustaz Wan (Hassan) akan melepaskan para peserta Panduria 2010, di perkarangan Surau Tuan Guru Haji Zinal Abidin,
”Oleh itu kita jemput semua pihak media untuk membuat liputan,”katanya ketika menghubungi Buletinonline.
Menurutnya, Ustaz Wan Hassan Ramli juga adalah Penaung kepada program tersebut yang kini menjadi acara tahunan Dewan Pemuda PAS DUN Sura.
Pada sebelah petangnya pula, beliau berkata, pengunjung ‘Motorshow’ diceriakan dengan penampilan Juara Akademi Nasyid, Azhan Atan.
”penyampaian hadiah Panduria, hadiah cabutan bertua h akan diserikan dengan kehadiran Azhan,”terangnya lagi
Ulasan