KUALA TERENGGANU – PAS tetap akan bersama-sama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) walau dalam keadaan susah atau pun senang
“Kita akan bersama dengan pakatan rak yat, bersama-sama dengan PKR, bersama-sama dengan DAP, bersama-sama dengan seluruh NGO yang sama-sama menyokong pakatan rakyat,perjuangan untuk mengadakan demokrasi dalam negara kita ini sama ada masa senang atau masa susah,”ujar Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu Haji Yahaya Ali.

Ikrar tersebut dibuat ketika beliau menyampaikan ucapan mewakili PAS Terengganu dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu menghadiri Majlis Makan Malam PKR bersama masyarakat Tionghua Kuala Terengganu baru-baru ini.
“Ini ikrar kita, Apa yang kita perjuangkan adalah perjuangan yang sama. Perjuangan untuk meletakkan kepimpinan dalam negara kita ini merupakan kepimpinan yang bertanggungjawab, kepimpinan yang bersih, jauh daripada amalan rasuah, amalan kronisme, amalan penyalahgunaan kuasa,”tegasnya.
Menurutnya, Pakatan Rakyat telah sepakat mahukan kepimpinan Negara berjiwa rakyat, dan mampu memacu kemajuan ekonomi serta berlaku adil dalam pembahagian kekayaan Negara tanpa mengira kaum.
“Kita mahu kepimpinan dalam negara kita ini berjiwa rakyat, kita mahu dalam negara kita, dalam negeri kita ini berlakunya kemajuan ekonomi, berlakunya pembahagian kekayaan yang adil, tidak kira rakyat dari kaum mana,”jelasnya
Menurutnya, di negeri Terengganu, pemimpin Umno berkelahi berebut kuasa, demi kepentingan projek dan bukan kepentingan rakyat.
Katanya perebutan kuasa berlaku diantara golongan yang dipimpin oleh Menteri Besar Dato’ Ahmad Said sebagai Menteri Besar berserta dengan kroninya dengan kumpulan bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh
“Yang berlaku dalam negeri kita ini adalah perebutan kuasa diantara golongan yang dipimpin oleh Dato’ Ahmad Said sebagai Menteri Besar berserta dengan kroninya dengan Dato’ Seri Idris Jusoh.
“Mereka berlawan sesama sendiri bukan kerana kepentingan rakyat tetapi kerana kepentingan kuasa, kepentingan masing-masing mahukan projek, mahu dibahagikan kepada kroni masing-masing,”katanya.
Oleh kerana itu, beliau mengajak semua yang hadir pada majlis makan tersebut, dapat bersama-sama dengan Pakatan Rakyat, membuat satu perubahan dalam demokrasi Negara.

Beliau turut menyeru supaya semua pihak menggembelengkan tenaga dalam meningkatkan usaha memenangkan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum akan datang.
Katanya, Pakatan Rakyat sudah hampir menuju ke Putrajaya bagi mengambil tampuk pemerintahan Negara dan mengambil alih tampuk kepimpinan negeri Terengganu.
Katanya, Pakatan Rakyat sudah hampir menuju ke Putrajaya bagi mengambil tampuk pemerintahan Negara dan mengambil alih tampuk kepimpinan negeri Terengganu.
“Kita gembelengkan tenaga dan usaha kita, (kerana) saya fikir, kita sudah tidak berapa jauh lagi untuk menuju Putrajaya dan pada masa yang sama, saya yakin kita tidak sudah berapa jauh lagi untuk mengambil alih kepimpinan Negeri Terengganu ini,”ujarnya.
Ulasan