11 Mac 2010

PAS Ucap Takziah Kepada Keluarga ‘Pak Su Li’


- Di Kenang Sebagai Tokoh Yang Banyak Menyumbang Kepada Pembangunan PAS Marang.

Pengkalan Berangan, MARANG
– PAS mengucapkan takziah atas ‘pemergian’ Allahyarham Ghazali Mohd, 63, dikenali ramai sebagai ‘Pak Su Li’, seorang aktivis dan ‘orang lama’ yang menggerakkan PAS Kawasan Marang, bermula sejak tahun 60-an lagi.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan takziah tersebut ketika menziarahi keluarganya di sini, hari ini, Khamis, 11 Mac.
”Kita (PAS) ucapkan takziah kepada keluarganya, beliau adalah bekas Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan (Marang) sejak tahun 60-an lagi,”ujar beliau ketika ditemui selepas mengimamkan solat jenazah di Masjid Kampung Temala, disini.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata ‘arwah Pak Su Li’ telah sama-sama membangunkan PAS Marang seangkatan dengan Pengerusi Kelab Veteran PAS Ustaz Kassim Ahmad.

Menurutnya, arwah Pak Su Li juga adaah anak murid kepada Tuan Guru Haji Shafie Sulong, bekas Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu yang kedua pernah menjadi wakil rakyat PAS tahun 1959.

”Beliau juga pernah menjadi AJK PAS Kawsan (Marang) beberapa kali,”jelasnya

Allahyarham Ghazali Mohd sekeluarga mengalami kemalangan apabila kenderaan pelbagai guna Toyota Avanza yang dipandunya bertembung dengan treler di Kilometer 18, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang, dekat Kampung Binjai Rendah, Marang, semalam, Rabu 10 Mac.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir ditempat kejadian, manakala isterinya, Halimah Awang, 56, dan anaknya, Radiah Ghazali, 39, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Selain mereka, 5 lagi ahli keluarganya mengalami kecedaraan dan masih dirawat di Hospital Sultanah NurZahirah Kuala Terengganu.

Turut menyertai solat jenazah dan memberi penghormatan terakhir kepada ‘Pak Su Li’ adalah Ustaz Kassim Ahmad, Pengarah MTD Pengkalan Berangan Ustaz Abdullah Suhaimi dan Penasihat DUN Pengkalan Berangan, Cikgu Mohamad Draman.

Tiada ulasan:

Bertanya, Sahihkan Atau Diam

  Beberapa hari ini riuh berkenaan pembahagian bantuan kepada rakyat. Untuk isu ini, kita tumpukan perhatian bagi negeri Terengganu sahaja. ...