Pemuda PAS Hargai Jaguh LTdL

KUALA TERENGGANU – Prihatin dengan jasa dan sumbangan pengayuh basikal profesional, Dewan Pemuda PAS Terengganu telah menziarahi, Anuar Manan, yang terus mencipya nama dalam LTdL baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Seni, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Terengganu (DPPNT), Yusof Embong berkata lawatan tersebut bertujuan memberikan semangat dan penghargaan kerana Anuar adalah anak jati dari Terengganu yang telah mengharumkan nama negeri dan negara.


”Lawatan DPPNT ke rumah Anuar sangat bermakna kepada kami yang menghargai sumbangan beliau, sebagai ‘orang muda’, bahkan beliau merupakan anak jati Terengganu yang mencipta nama sebagai seorang pelumba professional peringkat antarabangsa,”kata Yusof.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu, Ustaz Ahmad Kamal Ali berkata Anuar tidak menyangka yang datang menziarahinya adalah dikalangan pemuda PAS.

Walau pun begitu, kata Ustaz Kamal, Anuar terharu dan kagum dengan sikap pemuda PAS yang sudi menziarahinya.

Anuar yang mewakili pasukan South Korean Guemsan Ginseng Asia dalam siri Le Tour de Langkawi (LTdL) baru-baru ini terus mengukir nama.

Beliau muncul juara perlumbaan peringkat setelah memenangi perlumbaan sejuh 111.5 kilometer dari bandar Muar ke Port Dickson.

Ulasan