KUALA TERENGGANU - Ibubapa pelajar Chung Hwa Wei Sin menyifatkan pihak Jabatan Kementerian Pelajaran (JKN) Terengganu, khususnya Pengarah Jabatan bersikap 'ego dan tunjuk kuasa' apabila mengarahkan pintu utama masuk ke sekolah tersebut ditutup.
Bahkan, pihak jabatan berkenaan langsung tidak mengadakan perbincangan dengan ibubapa serta Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah.
Seorang ibu, Puan Tan Suan Tan, 43, mendakwa para pelajar tidak dibenarkan menggunakan laluan pintu masuk utamanya.
Katanya, para pelajar diarah menggunakan pintu belakang sekolah berhampiran kantin (gambar).
“Pintu ‘belakang’ sana sangat sibuk dan jauh. Mereka (jabatan) ini ego tidak mahu berbincang dahulu dengan ibubapa,” jelasnya.
Seorang bapa pelajar, Encik Yong Tuck Kung, 53, turut menyifatkan tindakan penutupan pintu utama itu bersifat ego serta mementingkan diri sendiri.
“Sekolah ini bukan baru dan telah ada (wujud) sejak lebih 40 tahun. Patut bincanglah dengan ibubapa atau persatuan (PIBG).
“Ini tiba-tiba selepas raya kita (cina) pintu pagar utama sekolah telah ditutup dan semua orang (pelajar, guru dan ibubapa) susah,” ujarnya.
Encik Ah Seng, 45, dari Hiliran Masjid mahukan pihak berkenaan membuka semula pintu masuk utama terutama waktu pagi sahaja.
“Kami (ibubapa) mahu pintu utama itu dibuka semula waktu pagi untuk hantar anak-anak ke sekolah antara jam 6.45 hingga 7.30 pagi.
“Jika hari hujan budak-budak (pelajar) akan kebasahan kerana tidak ada laluan berteduh,” ujarnya.
Buletin dimaklumkan, ibubapa mula menghantar anak-anak ke sekolah antara jam 6.45 hingga 7.30 pagi dan waktu pulang sekolah kira-kira jam 2.00 petang.

Tindakan menutup pintu utama itu menyukarkan para pelajar dan ibubapa yang menghantar serta mengambil anak-anak mereka ke sekolah berkenaan.
Seorang ibu, Puan Tan Suan Tan, 43, mendakwa para pelajar tidak dibenarkan menggunakan laluan pintu masuk utamanya.
Katanya, para pelajar diarah menggunakan pintu belakang sekolah berhampiran kantin (gambar).
“Saya tidak setujulah pintu (utama) ini ditutup kerana menyusahkan anak-anak ke sekolah dan urusan ibubapa menghantar dan mengambil.
“Pintu ‘belakang’ sana sangat sibuk dan jauh. Mereka (jabatan) ini ego tidak mahu berbincang dahulu dengan ibubapa,” jelasnya.
Seorang bapa pelajar, Encik Yong Tuck Kung, 53, turut menyifatkan tindakan penutupan pintu utama itu bersifat ego serta mementingkan diri sendiri.
“Sekolah ini bukan baru dan telah ada (wujud) sejak lebih 40 tahun. Patut bincanglah dengan ibubapa atau persatuan (PIBG).
“Ini tiba-tiba selepas raya kita (cina) pintu pagar utama sekolah telah ditutup dan semua orang (pelajar, guru dan ibubapa) susah,” ujarnya.
Encik Ah Seng, 45, dari Hiliran Masjid mahukan pihak berkenaan membuka semula pintu masuk utama terutama waktu pagi sahaja.
“Kami (ibubapa) mahu pintu utama itu dibuka semula waktu pagi untuk hantar anak-anak ke sekolah antara jam 6.45 hingga 7.30 pagi.
“Jika hari hujan budak-budak (pelajar) akan kebasahan kerana tidak ada laluan berteduh,” ujarnya.
Menurutnya, waktu masuk pejabat bagi kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu kira-kira jam 8.00 pagi.

Ulasan