- Mampat anjur Kempen Mengingati Tindakan Zalim Kerajaan Persekutuan
KUALA TERENGGANU - Pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat),
Mohamad Fauzi Abu Samah berkata pada bulan ini, genaplah sedekad (10 tahun) pembayaran royalti petroleum rakyat Terengganu telah dinodai oleh mereka yang rakus dan serakah.
Menurutnya, rakyat Terengganu telah dinafikan hak menerima pembayaran tunai oleh Kerajaan Persekutuan setelah hampir 20 tahun menikmatinya.
“Pada bulan Mac 2010 ini, genaplah 10 tahun royalti rakyat Terengganu telah dinodai oleh mereka yang rakus dan serakah merampas hak dan maruah rakyat Terengganu.
KUALA TERENGGANU - Pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat),
Menurutnya, rakyat Terengganu telah dinafikan hak menerima pembayaran tunai oleh Kerajaan Persekutuan setelah hampir 20 tahun menikmatinya.
“Pada bulan Mac 2010 ini, genaplah 10 tahun royalti rakyat Terengganu telah dinodai oleh mereka yang rakus dan serakah merampas hak dan maruah rakyat Terengganu.
“10 tahun lalu, nikmat kurniaan Allah kepada rakyat Terengganu telah dinafikan hak oleh Kerajaan Persekutuan setelah hampir 20 tahun rakyat Terengganu menikmati hasil minyak sebagai royalti dan digantikan dengan satu nama sedekah iaitu ‘ehsan’,”ujarnya pada satu sidang media, di Terengganu Equestarian Resort (TER), Kuala Ibai, semalam.
Sehubungan itu, katanya, Mampat akan menganjurkan kempen mengingati tindakan zalim tersebut dengan program sulongnya, Dialog Perdana Royalti Rakyat Terengganu Bersama Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.
Beliau berkata, pelancaran Kempen 10 Tahun Penafian Hak Royalti Terengganu akan diadakan pada 18 Mac 2010 di Terengganu Equestarian Resort (TER), Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
Menurut Fauzi, Ahli Parlimen Gua Musang itu adalah seorang yang paling layak dan paling berhak untuk bercakap mengenai isu tersebut kerana beliau terlibat secara langsung menggubal Akta Pembangunan Petroleum (Petroleum Development Act) , menubuhkan Petronas dan menyediakan draf perjanjian antara kerajaan-kerajaan negeri dengan Petronas
Hadir sama pada sidang media itu Timbalan Pengerusi Mampat, Tengku Ahmad Tengku Hussin, Setiausaha Mampat, Mohamad Zaidan Abdullah serta beberapa orang Ahli Jawatankuasanya.
Apabila isu yang sama timbul di negeri Kelantan, Mampat telah bergabung dengan Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) dari negeri Kelantan, bersatu dalam menuntut hak royalty bagi kedua-dua negeri.
Ulasan