Siapa Pemilik Pembinaan M.A.N Sdn Bhd

- kontraktor bangunan INOS-AKUATROP UMT yang runtuh.
KUALA TERENGGANU – Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika (INOS-AKUATROP) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang bernilai RM25 juta adalah dibina oleh Pembinaan M.A.N Sdn Bhd yang beralamat di 25-A Losong Masjid, 21000 Kuala Terengganu.


(Gambar -
Jannah@Zaleha b Nik bersama anak saudaranya Suhaida Amran, yang juga Lembaga Pengarah Pembinaan MAN)
Syarikat tersebut telah ‘dianugerahkan’ tender pembinaan diatas pada 28 Disember, 2008 oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Kerja-kerja pembinaan dimulakan pada 15 Disember tahun yang sama dan dijangka siap pada pada 18 Disember, 2010.

Pembinaan MAN memang cukup hebat, kerana selang 10 hari dari tarikh menerima anugerah tender membina INOS-AKUATROP UMT, syarikat yang sama dianugerahkan pula satu kontrak pembinaan Klinik Kesihatan Batu 2 ½ jalan Air Putih Chukai, yang bernilai RM13, 833, 561.60.

Apakah keistimewaan syarikat ini? Sehingga disayangi oleh kerajaan Malaysia yang memberikan kontrak bernilai RM38.9 juta dalam tempoh 10 hari!

Tidak lain dan tidak bukan, ia adalah satu lagi program ‘Juara Rakyat’, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian di Utamakan dan Orang Kuat Umno (OKU) Melaksanakan’.

Lembaga Pengarah Pembinaan M.A.N adalah empat orang yang terdiri daripada adik beradik Mohamed@Mohd Amran b. Nik dan Jannah@Zaleha b Nik, serta dua orang yang dipercayai anak kepada Mohd Amran iaitu Suhaida Amran dan Ahmad Shahril b Mohamed@Mohad Amran.

Yang lain tidak dijumpai rekodnya sebagai aktivis Umno, namun Jannah@Zaleha b Nik (gambar) adalah bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Terengganu 2005 - 2008

Oleh itu, tidak hairanlah kalau Pembinaan M.A.N mendapat layanan yang begitu baik oleh kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menterinya Dato’ Seri Najib Razak.

Selain itu, rekod menunjukkan betapa kayanya orang Umno Terengganu dengan rekod Pembinaan M.A.N sendiri yang telah mendapat nilai kontrak kerajaan sebanyak lebih dari RM135 juta sejak tahun 2000.
(Klik Untuk Lihat)

Ulasan