10 Pegawai Kerajaan ‘Makan Duit Besi Buruk’ di Tahan SPRM

KUALA TERENGGANU – Enam anggota polis adalah antara 10 pegawai kerajaan dalam dua serbuan berasingan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini dan Kemaman semalam.

Manakala tiga lagi yang ditahan adalah dari Jabatan Alam Sekitar (JAS), sementara seorang lagi belum dikenalpasti.
Penangkapan tersebut dilakukan setelah mendapat maklumat berkaitan satu sindiket yang memeras ugut wang dari pembeli besi buruk di daerah Kemaman.

Para pegawai terbabit didakwa mendapat habuan ‘makan suap duit besi buruk’ dengan pulangan, membiarkan operasi perdagangan besi buruk tanpa sebarang gangguan dari pihak penguatkuasa.
Pengarah Penyiasatan SPRM Mustafar Ali berkata, kesemua mereka yang ditahan meminta duit rasuah diantara RM500 hingga RM5000 dari pembeli besi buruk.

”Kesemua mereka ditahan untuk siasatan,”katanya yang tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi yang akan ditahan terbabit kegiatan berkenaan.

Ulasan