Fenomena Wanita Menjadi Arus Gelombang Dunia

- Mencabar Institusi keluarga dan Fitrah manusia
Chukai, KEMAMAN – Gejala sosial yang berlaku masakini bukan hanya berlaku dikalangan golongan muda dan remaja malah banyak nerlaku dikalangan dewasa.

Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat Prof. Madya Dr. Asiah Ali berkata, ia berpunca dari penjajaran (alignment) yang tidak tepat dalam menguruskan rumahtangga.

”Dunia pada hari ini, gejala sosial berlaku bukan hanya kepada pemuda pemudi dan para remaja tetapi sampai kepada tahap dewasa pun,

”ini masalahnya kerana berpunca daripada masalah ketidaktepatan dalam penjajaran (alignment) rumahtangga,”katanya ketika menyampaikan ceramah motivasi kekeluargaan sempena Festival DUN Chukai, di pantai Geliga di sini semalam.

Beliau yang juga Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam menegaskan, fenomena wanita sebagai arus gelombang pembangunan dunia hari ini mencabar institusi kekeluargaan dan fitrah kehidupan.


Menurutnya kecelaruan dalam kehidupan rumahtangga menyebabkan sesetengah wanita yang bekerjaya hari ini mendakwa mereka boleh hidup tanpa suami.

”Wanita, muslimah adalah pengurus (manager) rumahtangga suaminya,

”akibat kecelaruan rumahtangga, sesetengah wanita yang berkerjaya hari ini tak perlu suami sebab mereka kata, mereka boleh hidup tanpa suami,

”lalu wujud golongan yang anti kahwin, yang bertentangan dengan fitrah manusia,”tegasnya.

Katanya golongan tersebut menolak sifat semulajadi manusia yang bergejolak untuk berkahwin kerana keegoan menegakkan pendiriannya.

Akhirnya, kata beliau, goloongan tersebut mencari jalan penyelesaian lain yang meningkatkan masalah gejala sosial.

Ulasan