Rakaman Gambar Dan Peristiwa PRK Hulu Selangor

Majlis Pelancaran Jentera PAS Terengganu



Zaid Telah Meninggalkan Perangai Buruk Umno
- telah menarik balik kes saman 'Hudud' di mahkamah


HULU SELANGOR – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, parti-parti dalam Pakatan Rakyat telah bersepakat mencalonkan Bekas Menteri diJabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon bertanding dalam pilihanraya kecil P094 Parlimen Hulu Selangor.

Menurutnya, pemilihan Zaid sebagai calon adaah sangat tepat kerana beliau adalah tokoh nasional yang berprinsip.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Jentera PAS bagi Membantu PRK Hulu Selangor di Desa Maju Sungai Tengi, disini semalam

Katanya, sebagai seorang Menteri, sepatutnya Zaid boleh hidup dengan senang, namun beliau memilih untuk meletakkakan jawatan kerana prinsip tidak bersetuju dengan dasar kerajaan yang terus menangkap dan memenjarakan rakyat dibawah Akta Keslematan Dalam Negeri )ISA).

”Orang lain berebut-rebut jawatan dalam Umno, berebut jawatan AJK Bahagian, nak jadi Ketua Bahagian, tapi Datuk Zahid keluar dari Umno,

”Setelah keluar dari Umno, beliau (Zaid) mahu memohon untu menyertai mana-mana parti sama ada PAS atau PKR,

”Oleh kerana PKR agak terbuka dalam hubungan dengan bukan Islam, maka kita (PR) bersetuju supaya beliau masuk PKR,”jelasnya.

Menyentuh, tindakan Zaid yang pernah menyaman dan membawaundang-undang Hudud dan Qisas yang diluluskan dalam Dewan Undangan Ngerei Terenggan, beliau berkat, Zaid telahpun menarik balik saman tersebut.

Katanya, Umno dan BN menggunakan isu ‘perangai lama’ Zaid semasa dalam Umno dahulu sebagai kempen dalam PRK Hulu Selangor

”Ada wartawan bertanya saya, bagaimana perangai yang tidka molek Zaid dalam Umno dulu, dan macam-macam lagi semasa beliau dalam Umno,

”saya jawab mudah, dia telah tinggalkan semua perangai buruk dalam Umno, semua yang tidak baik dalam Umno,”tegasnya




Kekuatan PAS Meningkat 5 Kali Ganda


HULU SELANGOR – Jentera pembantu dari PAS Terengganu akan memberikan penumpuan secara bersungguh-sungguh bagi merubah para pengundi di Felda Sungai Tengi disini.
Walaupun sudah diketahui, Felda merupakan merupakan ‘tali hayat’ kepada Umno dan Barisan Nasional, namun perubahan-perubahan politik yang sedang melanda, sentiasa memberikan peluang untuk suatu kemungkinan.

Ketua Kontinjen Jentera PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Gerakkerja Jentera PAS Terengganu dalam Pilihanraya Kecil Parlimen P094 Hulu Selangor.

Katanya, Kekuatan PAS di Felda Sungai Tengi telah meningkat lima kali ganda sejak negeri Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat.

"Walaupun pengundi di kawasan Felda menjadi sebagai tali hayat Umno dan Barisan Nasional, tetapi saya yakin perubahan-perubahan politik yang berlaku apa saja kemungkin boleh ber
laku,

"saya difahamkan pada 2008 kita hanya ada 50 orang ahli, sejak negeri Selangor di perintah Pakatan Rakyat, ia meningkat kepada 300 orang,"katanya.





Ceramah Kempen Hari Pertama di Dataran Sungai Tengi














Himpunan Warga Felda Kebangsaan Kali Kedua







Majlis Penutup Himpunan Warga Felda








Ketegangan Akibat Provokasi Pemuda Rempit Umno Felda Sungai Tengi

Ulasan

Terima kasih kepada team BuletinOnline. Salah satu saluran berita alternatif yang baik dan aktif.
Terima kasih daun keladi,
kalau ada apa-apa yang dapat membantu kami,
Hulur-hulurkanlah sekiranya sudi !