- Satu Lagi Rahmat Untuk Rakyat ?
KUALA TERENGGANU – Ketika menggulung perbahasan Bajet 2010 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Yahya Khatib Mohamad berkata beliau bersyukur kerana kejadian bangunan runtuh merupakan satu rahmat kepada rakyat Terengganu.
Hari ini, 29 Mac 2010, genap 96 hari, Yahya mengucapkan kata-kata itu, runtuh pula sebuah lagi bangunan dalam pembinaan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Menurut seorang jurucakap pelajar kumpulan Pro-Mahasiswa UMT berkata, bangunan yang runtuh itu masih dalam pembinaan dan dicadangkan untuk digunakan sebagai Institut Oseanigrafi universiti tersebut.
“Laporan awal memaklumkan kepada saya, sekurang-kurangnya tiga orang terlibat dalam kemalangan tersebut, dan salah seorang dari mereka terhempa,”katanya ketika dihubungi pada jam 6.30 petang.
Sebntar tadi, kira-kira jam 7.20 malam, beliau berkata, jumlah mangsa yang terlibat dalam runtuhan bangunan tersebut (Gambar) meningkat kepada angka 5 orang.
Katanya, seorang maut dan yang yang lain cedera parah.
"lima orang disahkan terlibat dalam kemalangan bangunan runtuh, seorang maut kerana terhempap dan tertimbus dengan runtuhan, seorang kritikal dan tiga yang lain dikejarkan ke hospital,
"semua yang terlibat adalah pekerja binaan warga Bangladesh,"jelasnya
KUALA TERENGGANU – Ketika menggulung perbahasan Bajet 2010 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Yahya Khatib Mohamad berkata beliau bersyukur kerana kejadian bangunan runtuh merupakan satu rahmat kepada rakyat Terengganu.
Hari ini, 29 Mac 2010, genap 96 hari, Yahya mengucapkan kata-kata itu, runtuh pula sebuah lagi bangunan dalam pembinaan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Tingkat ke empat bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika (INOS-AKUATROP), tanpa ribut, taufan dan gegaran, runtuh pada jam 5.15 petang.
Pengarah Bomba Terengganu Mohd Fauzan Ahmad merasakan, punca kejadian runtuh adalah kegagalan perancah (scaffolding) bagi menyokong struktur tersebut , menyebabkan lantai tingkat empat yang sedang di konkrit runtuh.
”Kita percaya kemalangan ini semasa kerja-kerja konkrit ‘slack’ (lantai) (di)tingkat sedang dilakukan,

“Kejadian ini berlaku, saya rasakan, puncanya adalah, kegagalan perancah yang ada, bagi menyokong (struktur) tersebut, telah gagal dan menyebabkan runtuh,
“‘slack’…….apa ni……di tingkat empat dan kerja-kerja melantai yang sedang dijalankan di tingkat empat…..,”katanya kepada media ditempat kejadian.
Menurut Fauzan, pada ketika kejadian berlaku, terdapat lapan orang sedang bekerja, tiga tidak terlibat dalam kemalangan dan lima yang lain terlibat.
Katanya, kesemua empat pekerja warga Bangladesh yang cedera parah dan seorang yang maut dibawah timbunan besi dan tetulang serta konkrit, berjaya dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada jam 6.45 petang.

Yang menghairankan, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said sampai di tempat kejadian sekitar 6.55 petang tiba-tiba memberi komen, kejadian berlaku adalah kerana kecuaian pekerja-pekerja berkenaan.
Kemalangan Yang kebetulan
- Apalah malangnya kerajaan Umno/BN Terengganu !

Kejadian runtuh Terminal Pengangkutan Awam Kuala Berang, yang membawa kepada ucapan ‘tersohor’ Yahya Khatib diatas, berlaku sehari sebelum Sidang DUN Bajet yang bermula 22 Disember, 2009.
Jelas, ia adalah suatu kebetulan dan ketentuan dari Allah SWT, memberikan ruang dan isyarat kepada seluruh rakyat Terengganu untuk mengetahui, ada sesuatu yang tidak kena yang sedang berlaku dalam pentadbiran kerajaan masakini.
Kejadian runtuh bangunan INOS-AKUATROP UMT pada kali ini pula, berlaku lima hari sebelum Mesyuarat Pertama bagi Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Terengganu (Sidang DUN) yang akan bermula pada 5 April, 2010.
Ia akan membuka peluang kepada rakyat mendapat penjelasan sebenar dari Exco yang berkenaan, Yahya Khatib, apakah sebenarnya yang berlaku keatas projek INOS-AKUATROP, UMT yang bernilai RM 25, 107, 122.50 itu.

Menurut saksi, Encik Sharif Dollah, 33, kejadian berlaku dengan pantas dan menyebabkan pekerja gagal menyelamatkan diri kerana tiba-tiba besi penahan patah dan menghempap pekerja berkenaan.
“Masa itu tengah buat kerja, tiba-tiba ‘stagin’ patah dan menghempap pekerja yang sedang mengisi simen hendak buat tangki air, seorang mati dan seorang lagi tersepit, semua dari Bangladesh,” ujarnya.
Namun, apakah ‘besi yang tiba-tiba patah’ itu adalah kerana kecuaian pekerja itu sendiri sebagaimana disifatkan Ahmad Said? Apa yang sebenarnya cuba disembunyikan oleh Ahmad?
Untuk rekod, kontraktor yang mendapat tender pembinaan projek INOS-AKUATROP, UMT yang bernilai RM 25, 107, 122.50 adalah Pembinaan M.A.N Sdn Bhd yang beralamat di 25-A Losong Masjid
Berita berkaitan;

Bangunan INOS Dalam Pembinaan UMT Pula Runtuh
Tepoh, KUALA NERUS – Polis dan bomba dikejarkan ke kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) disini setelah menerima panggilan kecemasan memberitahu terdapat sebahagian bangunan dalam pembinaan disini jam 5.15 petang ini 29 Mac.Menurut seorang jurucakap pelajar kumpulan Pro-Mahasiswa UMT berkata, bangunan yang runtuh itu masih dalam pembinaan dan dicadangkan untuk digunakan sebagai Institut Oseanigrafi universiti tersebut.

Ulasan