HULU TERENGGANU – Keputusan pemilihan rakyat keatas parti yang akan diberi mandat untuk mememerintah sudah berbeza sejak Mac 2008.
Pada pilihanraya ke 12 yang lalu, majoriti penduduk di kawasan-kawasan Bandar dan pinggir bandar membuat perubahan memilih parti selain dari Umno dan Barisan Nasional.
(Gambar - Rakyat cerdik tidak termakan 'gula-gula' pilihanraya! suasana projek 'mee segera' dalam pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor)
Trend pemilihan tersebut berterusan sehingga kepada pilihanraya kecil terbaru. Parlimen Hulu Selangor pada akhir bulan lalu.
(Gambar - Rakyat cerdik tidak termakan 'gula-gula' pilihanraya! suasana projek 'mee segera' dalam pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor)
Trend pemilihan tersebut berterusan sehingga kepada pilihanraya kecil terbaru. Parlimen Hulu Selangor pada akhir bulan lalu.
Berdasarkan fenomena inilah, ramai yang membuat rumusan, masyarakat yang berilmu serta terdedah dengan sumber maklumat akan menyokong Pakatan Rakyat.
Exco Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ridhuan Mohd Nor turut berkata demikian ketika
beliau memyampaikan ucapannya pada satu majlis Penerangan di Kampung Kebur Besar, Manir, dekat sini, baru-baru ini.
Katanya, rakyat selama ini diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin Umno-BN yang memerintah sejak lebih 50 tahun negara merdeka.
“Kita (PAS) dapati yang memenangkan Umno-BN adalah di kawasan felda dan kawasan pendalaman orang Melayu.
“Masyarakat yang berilmu kini didapati sokong Pakatan Rakyat dan kita kalah pun di tempat orang kurang mesra ilmu.
“Jika rakyat cerdik (berilmu) mereka (pengundi) tidak akan sokong Umno dan kerajaan Barisan Nasional lagi,” jelasnya.
Beliau yang juga Ketua Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam mendakwa Umno-BN yang memerintah negara lebih 50 tahun tetapi Melayu hilang nilai.
Sebenarnya, kata Ustaz Ridhuan Umno-BN tidak membantu mengembangkan Islam serta tidak mempedulikan nasib agama.
“Jika Umno-BN pedulikan nasib agama sudah tentu mereka tidak menggunakan khidmat APCO Worldwide, tidak jemput pasukan kriket Israel dan menentang Israel.
“Mereka (Umno-BN) tidak sensitif dengan penglibatan dan kezaliman bangsa Yahudi dan Israel yang sentiasa memusuhi umat Islam,” ujarnya.
Menurutnya, Melayu dan Islam semakin terhakis serta hilang nilai-nilai peradapan agama sejak 50 tahun lalu di bawah pemerintahan Umno-BN.
Ulasan