Di mana Nafsiah ?



KUALA TERENGGANU – Orang ramai dirayu supaya membantu mencari Nafsiah Binti Abdul Rahman, yang telah hilang dari rumahnya di kampong Durian Burung, sejak 2 Mei lalu.
Nafsiah, seorang gadis yang kurang sihat, berumur 28 tahun, memakai baju-T berwarna biru dan berseluar ‘slack’ hitam pada hari kehilangannya.

Abang Nafsiah, Zulkifli Abdul Rahman menyatakan demikian ketika dikunjungi oleh Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah, semalam.

(Gambar - Ustaz Mohd Nor meneliti dokumen Nafsiah yang diberikan oleh Abangnya (berbaju merah) sambil diperhatikan oleh Wan Faizul, Setiausaha Pemuda PAS Terengganu)

”Sebagai saudara se Islam dan sesama manusia, marilah kita bersama-sama menginsafi, dugaan yang menimpa keluarga Nafsiah,

”bayangkanlah, sekiranya kita, atau sanak-saudar kita yang mengalami ‘kehilangan’ seperti yang menimpa (keluarga Nafsia),”kata Ustaz Mohd Nor.

Justeru, beliau berkata, Pemuda PAS akan memulakan kempen mengedarkan risalah gambar dan keterangan diri Nafsiah (klik untuk muat turun), ke seluruh pelusuk negeri Terengganu dalam usaha membantu keluarganya mencari Nafsiah.

"Kita akan menggerakkan seluruh pemuda mengedarkan risalah di seluruh negeri, kesian kepada Nafsiah yang telah 10 hari hilang, dimanakah beliau tidur pada setiap malam? Bagaimana makan minumnya?,

"InsyaAllah, segala bantuan, usaha, masa dan tenaga kita akan menjadi amalan baik kita,"kanta beliau yang juga ADUN Bukit Payung.

Ulasan