Jerteh, BESUT – Hari ini kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang melalui Majlis Kerajaan Tempatan menghalang aktiviti judi bolasepak, sebagaimana yang diputuskan oleh negeri Selangor minggu lalu.
Exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong berkata, orang-orang Umno dan Perkasa menggelar Pulau Pinang sebagai negeri kafir, namun Pulau Pinang mengharamkan judi bolasepak.
(Gambar - Lebih 5000 orang hadir dalam ceramah Pakatan Rakyat di Besut malam ini 28 Mei, 2010)
Beliau juga mendedahkan bagaimana beliau sendiri telah ditawarkan sebanyak RM13 juta sekiranya keluar PKR dan membawa bersama Ahli Parlimen Sivarasa Rasiah untuk menjadi anggota bebas.
Elizabeth berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Ceramah Pakatan Rakyat Besut disini, ketika mengulas isu ‘gambar seksi’ peribadinya yang dieksploitasi oleh Umno dan Barisan Nasional
Klik Sini Untuk Dengar Ucapan Elizabeth
Ulasan