01 Mei 2010

Ibarat Melukut Di Tepi Gantang, MCA Harus Keluar BN

KUALA NERUS - Sekiranya pemimpin MCA merasakan diri mereka masih bermaruah, mereka harus membuat keputusan keluar daripada Barisan Nasional (BN).

”Kenyataan-kenyataan pemimpin Umno telah menunjukkan 'jalan keluar' kepada MCA. Sebagai seorang yang berketurunan Cina, saya juga rasa malu kerana kini pemimpin MCA solah-olah seperti pepatah Melayu 'hidung tak mancung, pipi di sorong-sorong'”kata Ng Chai Hing, Pengerusi DAP Kuala Terengganu

Menurutnya, bukan sahaja yang terbaru, kenyataan dari Umno Bahagian Paya Besar yang meminta MCA keluar dari BN, malah telah banyak sebelum ini.

Beliau yang ditemui selepas menyampaikan ceramah bersama Dr. BadrulAmin disini semalam berkata, MCA tidak diperlukan oleh gabungan BN yang diketuai oleh Umno yang angkuh.

Oleh itu, pada masa yang sama, beliau persoalkan, takkan pemimpin MCA memerlukan Umno sedangkan MCA kini umpama 'melukut di tepi gantang'.

”Saya percaya MCA akan lebih berperanan membentuk bangsa Malaysia kearah yang lebih baik sekiranya keluar dari gabungan BN,

”lupakan dahulu kuasa dan harta yang ada, tidak guna sekiranya beberapa orang dikalangan pimpinan MCA yang mahu mengekalkan kuasa dan harta,

“lalu sanggup 'dimalukan' dan terus duduk menagih simpati dari pemimpin Umno,”tegas Ng Chai Hing

”Sedang sepatutnya, pemimpin MCA yang berkebolehan dan kerkemampuan boleh bersama-sama rakyat samada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain,

”bersama-sama Pakatan Rakyat, dalam membentuk satu negara yang lebih menjamin masa depan anak cucu kita,”tambahnya.
|

Tiada ulasan:

Menjunjung Kasih Titah Agong; Fokus Tangani Covid-19

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ...