KUALA TERENGGANU - Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (TAWNT) sewajarnya mengutamakan kepentingan rakyat sebagaimana slogan ketrajaan negeri, merakyatkan pentadbiran dan pembangunan .
Tetapi, sebaliknya 120 orang pembeli kondo rakyat milik TAWNT mendakwa bangunan berkenaan yang baru disewabeli itu mempunyai banyak masalah serta diragui tahap keselamatannya.
Tetapi, sebaliknya 120 orang pembeli kondo rakyat milik TAWNT mendakwa bangunan berkenaan yang baru disewabeli itu mempunyai banyak masalah serta diragui tahap keselamatannya.
Tinjauan Buletin mendapati pelbagai kerosakan diadukan oleh penghuni di Blok Haruan Kondo Rakyat Darul Iman itu serta diibaratkan ‘rumah sudah siap, pahat masih berbunyi’.
Seorang pemilik, Encik Goh Yeow Beng, 52, (Gambar) mendakwa rumah flat kondo rakyat yang dibeli dengan harga RM28,000 seunit di Blok Haruan banyak kecacatan serta tidak selamat.
Katanya, kabel elektrik terkeluar dari permukaan lantai rumah di setiap bilik, kebocoran atap serta retakan berlaku dengan ketara.
“Ini rumah apa macam ini, wayar kabel elektrik terkeluar dari lantai simen di setiap bilik, permukaan lantai yang tidak sama rata, kebocoran atap, bilik air dan tandas yang tidak sempurna.
“Aduan demi aduan telah dibuat oleh para pembeli tetapi belum ada sebarang tindakan oleh pihak pemaju Kondo Rakyat (Darul Iman) Sdn. Bhd,” jelasnya
Beliau turut melahirkan rasa hairan bagaimana pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) boleh mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki Sementara Bangunan (CF) dalam keadaan rumah tidak siap sepenuhnya.
Menurutnya, sijil CF tersebut telah dikeluarkan pada 6 Disember 2009 lalu di bawah Akta 133 Jalan, Parit dan Bangunan.
Kata beliau, semua pembeli rumah flat di Blok Haruan ini melahirkan rasa kebimbangan tahap keselamatan bangunan serta kecewa dengan mutu kerja pemajunya.
Jirannya, Encik Lee Boon Kiat, 50, turut terkilan serta melahirkan rasa tidak puas hati dengan keadaan fizikal bangunan di Blok Haruan Kondo Rakyat Darul Iman.
Katanya, terlalu banyak kecacatan fizikal bangunan, kerosakan, keretakan serta kemasan kerja yang dibuat sambil lewa oleh pihak kontraktor.
“Selepas saya beli dan dapatkan kunci untuk duduk di bangunan yang baru disewabeli ini tetapi terkejut dengan 1001 macam masalah.
Ulasan