Jabi, SETIU - Kemewahan dan gaya hidup luar (biasa) dari kemampuan berbanding pendapatan seorang Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN), kini sudah menjadi buah mulut orang kampong dan masyarakat sekitar kawasan ini.
(Gambar - YB, bersama rakan-rakan seangkatan, YB Khazan pun tak kurang hebatnya!)
Baru memasuki penggal kedua sebagai YB, rakyat yang melalui Jalan Kg Tanah Merah, dekat sini, pasti melihat dengan penuh curiga, sebuah rumah mewah yang didirikan dari kayu cengal, sedang dalam pembinaan.
Menurut maklumat daripada mereka yang mahir dalam bidang pertukangan dan pembinaan, rumah YB itu, binaan sebesar itu dengan penggunaan kayu cengal sepenuhnya, secara keseluruhannya termasuk pagar dan pintu pagarnya, dianggarkan menelan kos melebihi setengah juta ringgit.
YB juga dilihat memiliki tiga kenderaan mewah, sebuah Toyota Harrier, sebuah Honda CRV dan sebuah motosikal (mewah) berkuasa tinggi
Yang hebat, dimaklumkan, YB membeli ketiga-tiga kenderaan tersebut hampir serentak, kalau tidak bersekali, dengan jarak masa yang tidak jauh berselang, antara satu pembelaian dengan yang lain.
Kalau ditinjau latar belakang YB sebelum ini adalah hanya seorang bekas guru, tidak mungkin YB tiba-tiba ‘mendapat bonus’ yang memungkinkan, YB boleh menikmati semua kemudahan dunia itu.
Maka rakyat pun mula menjadi berbual di kedai-kedai kopi; mampukah seorang YB yang baru memasuki penggal ke 2 menjadi wakil rakyat, bukan pula seorang Exco, hanya sebagai ADUN sahaja, dapat memiliki semua ini?
Lainlah kalau sebelum ini beliau seorang tokoh korporat atau ahli perniagaan berjaya.
Nampaknya walaupun masyarakat Jabi rata-ratanya adalah masyarakat luar bandar yang masih agak ketinggalan, YB Jabi tidak ketinggalan untuk memasuki senarai wakil rakyat BN yg membina kemewahan mendadak.
Rakyat tentunya tidak boleh dipersalahkan kalau mereka ingin bertanya, "Maafkan kami YB. Dari mana semua kemewahan ini?,"sebagaimana diceritakan kepada Buletinonline.
Ulasan