Chukai, KEMAMAN – Antara projek yang menjadi kontroversi di Bandar ini adalah ‘Mercu Tanda Kemaman’ yang terletak di persimpangan pusat perniagaan Chukai Utama, berhadapan dengan Balai Bomba
Ia menimbulkan persoalan, bagaimana kerajaan negeri Terengganu boleh membina monumen daripada pasir, simen dan besi-besi, serta plastik dan alatan elektronik, yang tidak memberikan sebarang makna, apatah lagi faedah kepada seluruh rakyat.
Tender cadangan pembinaan Mercu Tanda Di Persimpangan Pusat Perniagaan Chukai Utama, Chukai, dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kemaman pada 11 Oktober, 2005 dengan Rujukan (MPK/KEJ/8/2005).
Kemudian, sebuah syarikat telah membida tender tersebut dengan harga RM 3,996,928.00 dan berjaya mendapat tender tersebut pada 13 November, 2005.
Pembinaan Mercu Tanda tersebut telah siap sekitar tahun 2006, namun tidak berapa lama kemudian, beberapa masalah teknikal telah dikenalpasti dan akhirnya alatan yang dipasang pada binaannya tidak befungsi.
Air pancut, tidak lagi memancarkan air, tiang tiang dengan lampu berwarna warni, tidak lagi menyala, ‘globe dunia’ di perbuat dari steel, tidak lagi berpusing dan papan digital yang sepatutnya memaparkan tulisan, telah menjadi skrin hitam, gelap.
Tuduhan Rasuah
Tuduhan Rasuah
Pada 22 Mac tahun 2008, ketika kemelut pelantikan Menteri Besar (MB) Terengganu memuncak, TV3 telah menyiarkan berita, ADUN Kijal yang disebut-sebut akan dilantik sebagai MB, disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Buletin Utama TV3 melaporkan, seorang ahli politik Terengganu sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung beberapa projek di Kijal.
Buletin Utama TV3 melaporkan, seorang ahli politik Terengganu sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung beberapa projek di Kijal.
Antara projek tersebut adalah Mercu Tanda Kemaman, selain pembinaan Dewan Seri Amar di bandar Chukai dan pembangunan Bandar Baru Kijal, yang mana ketiga-tiga projek tersebut melibatkan Dato’ Ahmad Said.
Pada 14 Jun, 2008, seorang individu, Suhaimi Bin Ahmad yang beralamat 461-A, Jalan Petani, Chukai, telah menghantar surat kepada Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia (sekarang SPRM), Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Said bin Hamdan.
Suhaimi telah memohon pihak BPR untuk memakluman status siasatan kes rasuah
Dato’ Ahmad Said.
Menurut Suhaimi, Dato’ Ahmad Said telah disiasat oleh BPR kerana terbabit dengan rasuah dalam kes-kes berikut:
Dato’ Ahmad Said.
Menurut Suhaimi, Dato’ Ahmad Said telah disiasat oleh BPR kerana terbabit dengan rasuah dalam kes-kes berikut:
1. Projek Roller Coaster di Kemaman pada 1995
2. Projek Pembinaan Dewan Besar Seri Amar Chukai, Kemaman pada 2007
3. Projek Mercu Tanda Daerah Kemaman di Bandar Chukai pada 2006
4. Projek Tambun Tanah di Kijal pada 2008 (3 kes)
5. Pemberian lesen arak dan judi kepada peniaga di Bandar Chukai
2. Projek Pembinaan Dewan Besar Seri Amar Chukai, Kemaman pada 2007
3. Projek Mercu Tanda Daerah Kemaman di Bandar Chukai pada 2006
4. Projek Tambun Tanah di Kijal pada 2008 (3 kes)
5. Pemberian lesen arak dan judi kepada peniaga di Bandar Chukai
Pendedahan Sidang DUN Terengganu
ADUN Bukit Payong YB Ustaz Mohd Noor Hamzah turut membangkitkan persoalan tentang Mercu Tanda Kemaman yang tidak beroperasi dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
Beliau mengemukakan soalan tersebut kerana menurutnya tiada tanda tanda pihak kerajaan untuk membaik pulih kerosakan Mercu tanda itu, supaya ianya beroperasi seperti sediakala.
Menurut, Ustaz Mohd Noor Hamzah, kerajaan tidak dapat menjawab di dalam dewan kerana sudah kesuntukan masa dan persoalan itu telah di jawab secara bertulis.
Semasa Dewan kerajaan negeri Terengganu bersidang, maka timbul pekara ini yang di bangkitkan oleh ADUN Bukit Payong YB Ustaz Mohd Noor Hamzah (PAS).
Agak mengejutkan ! Jawapan yang diberikan kerajaan berbunyi,“untuk ketika ini ianya tidak dibaiki kerana kos operasi nya untuk setiap hari adalah sebanyak RM 250,000.00”.
Siapa Kontraktornya?
Justeru, Mercu Tanda Kemaman adalah projek dibangunkan oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) yang terletak dibawah bidang kuasa Exco Kerajaan Tempatan ketika itu, Dato’ Ahmad Said.
Apa justifikasinya, sehingga projek tersebut menelan ‘wang rakyat’ sebanyak RM4 juta, masih tidak diketahui umum.
Tidak ada sebarang penjelasan dibuat samada oleh MPK atau Ahmad sendiri yang kini sudah bergelar Menteri Besar!
Namun, yang boleh dibuktikan, projek Mercu Tanda Kemaman ada kaitannya dengan dengan kroni dan suku sakat Umno.
Tidak ada sebarang penjelasan dibuat samada oleh MPK atau Ahmad sendiri yang kini sudah bergelar Menteri Besar!
Namun, yang boleh dibuktikan, projek Mercu Tanda Kemaman ada kaitannya dengan dengan kroni dan suku sakat Umno.
Amalan memfara’idkan projek-projek kerajaan kepada ‘keluarga dan rakan-rakan’ sudah menjadi darah daging yang bernanah, kerana setiap transaksi ada perkiraan yang melibatkan kepentingan ‘tumbuk rusuk’.
Persoalannya, siapakah pemilik Zha Development Sdn Bhd?
Berita Berkaitan;
Pasti Ada Sesuatu Di Sebalik......
Tiga Kes Rasuah Didakwa Keatas ADUN Kijal
AMK Desak MB Isytihar Harta
Ulasan